BAB 23
“Aqih oh Aqih…
Jerit Adrian di dalam bilik air di bahagian dapur. Faqihah yang berada di dapur
terdengar jeritan suaminya. Si Faqihah ni dah berhenti kerja. Tak kisah lah dah
dua tahun kerja dengan Arrian. Nak lagi kerja dengan orang yang dah buat hidup
kita macam tu! Please lah! Nurul Faqihah berlari menuju ke bilik air yang
berdekatan dengan dapur. Si Adrian ni pun jerit-jerit je kerjanya, nasib baik
Puan Syamira dengan Encik Isa keluar pergi kenduri kahwin.
“Kenapa?” Soal
Faqihah di sebalik pintu bilik air. Adrian membuka sedikit pintu bilik air dan
menampakkan matanya.
“Amikkan tuala,
saya terberak cair dalam seluar ni. Sakit perut.” Balas Adrian bersahaja
bersama muka berkerut. Faqihah tak tahu nak gelak ke nak kesian. Lantas kaki
menuju ke tingkat atas dan mengambil tuala suaminya yang tergantung di tepi
almari dan turun semula.
“Nah…” Hulur
Faqihah. Adrian mengambil tualanya dan di sarungkan di pinggang. Perutnya di
tekan. “Awak ok tak ni?” Soal Faqihah risau. Adrian hanya mengangkat tangannya.
“Seluar tu saya
dah basuh nanti saya jemur sendiri. Biarkan kejap.” Ucap Adrian lemah. Entah
makan apa, sampai sakit perut.
“Tak pe- tak pe
nanti saya basuh, dah jom kita naik bilik dulu” Arah Faqihah. Comel je suami
isteri ni.
Faqihah
mengeluarkan boxer suaminya. Faqihah memusingkan badannya. Tahu yang Adrian
akan melepaskan tuala sesuak hati je.
“Dah belum?”
Soal Faqihah. Arrian yang tak da mood nak mengusik hanya memberikan jawapan
dah. Lantas Faqihah berpusing menghadap suaminya yang dah terbongkang di atas
katil. Badannya di tiarapkan.
‘Comel pulak
boxer batman ni’ Sempat lagi hati kecil Faqihah berbicara. Faqihah memberanikan
diri mendekati suaminya. Minyak di atas meja solek di ambil. Kaki Adrian di
sapu dengan minyak. Malu, tapi sapu jugak.
“Tadi makan
dekat mana? Sampai sakit perut macam ni?” Soal Faqihah yang sedang menyapu
minyak di kaki Adrian. Adrian masih berkerut mukanya menahan sakit. Namun
digagahi juga membalas soalan isterinya.
“Si Danial tu
masak mee kerang malam tadi dekat rumah sewa Shah. Dah semua orang sakit perut
ni.” balas Adrian. Faqihah tersenyum sedikit. Patutlah balik tadi tak cukup
langkah, terus je masuk bilik air.
“Nah minyak,
sapu dekat perut” Arah Faqihah. Adrian pantas berpusing.
“Ala… sapukan
lah, tengok ni tangan. Nak angkat pun tak larat. Macam dah retak je ni” balas
Adrian sengaja melonglaikan tangannya. Faqihah tergelak tengok gaya tangan
Adrian yang meliuk-liuk tu.
“Saya tak ada
penyakit kulit lah. Dah tak berapa sado dah perut saya ni. Ni semua mee kerang
punya pasal. Hish, geram pulak dengan Danial ni” Omel Adrian. Sekali lagi
Faqihah tergelak bila melihat perut Adrian yang sengaja dikempiskan.
“Tulah semalam
saya suruh makan dekat rumah, nak jugak makan dengan kawan-kawan. Dah jangan
membebel. Benda nak jadi” Giliran Faqihah membebel. Tangan diberanikan untuk
menyapu minyak di perut Adrian. Adrian tersenyum bila tangan isterinya
menyentuh perutnya.
Sekejap je dah
tertidur. Faqihah menggeleng kepala melihat Adrian yang genap sebulan menjadi
suaminya. Pantas kaki melangkah keluar semula. Seluar Adrian yang tersangkut di
dalam bilik air di cuci lagi sekali dan di jemur di ampaian. Bunyi kereta Puan
Syamira dan Encik Isa sudah kedengaran. Jam sudah menujukkan pukul 12. Tangan
Faqihah lincah membuatkan bubur untuk suaminya.
“Masak apa?”
Tegur Puan Syamira. Encik Isa turut ke dapur melihat anaknya yang sedang
mereneh bubur ayam.
“Adrian sakit
perut mak. Ni buat bubur sikit.” Balas Faqihah ringkas.
“Esok baru nak
start kerja dah dapat MC.” Sengaja Encik Isa melawak. Lantas mereka sama-sama
ketawa.
“Dia makan mee
kerang katanya.” Balas Faqihah bersahaja. Encik Isa dan Puan Syamira duduk di
atas meja dapur sambil memerhati anaknya yang sedang masak.
“Aqih dah sedia
nak pindah ke? Jadi ke Adrian nak pindah?” Soal Puan Syamira. Faqihah masih
belum ada jawapan.
“Entahlah mak,
Adrian kata dia tak kisah. Kalau Aqih nak pindah dia bawak, kalau tak nak pun
dia ok. Cuma rumah rooftop tu dekat dengan tempat kerja dia” Balas Faqihah. Api
dapur di matikan. Badan dihenyak di atas kerusi.
“Pindahlah,
belajar hidup berumah tangga. Sampai bila nak berkepit dengan mak dengan abah.
Abah bukan nak menghalau. Abah nak Aqih rasa macam mana hidup berumah tangga
yang sebenar.” Tambah Encik Isa. Faqihah berfikir sejenak.
“Tapi, mak
dengan abah…” balas Faqihah risau. Riasu pasal sakit pening mak abahnya.
“Jangan risau
lah, mak dengan Abah, InsyaAllah ok. Kalau ada pape nanti, mak call lah kamu.
Lagipun Abah dengan mak dah pencen. Duit pencen pun tak habis pakai. Kamu nak
risau apa?” Balas Puan Syamira.
“Jangan risau
lah, Abah tak kan tinggal buah hati pengarang jantung abah ni. Pergi mana-mana
Abah bawak. Kamu tu dah ada suami. Utamakan suami kamu. Macam mana Mak utamakan
Abah.” Balas Encik Isa pula. Faqihah tersenyum melihat kebahagiaan mak abahnya.
‘Ye, aku yang
harus cipta kebahgiaan aku sendiri’ Suara kecil Faqihah berbunyi. “Ok lah mak,
nanti Aqih bincang dengan Adrian macam mana, Aqih naik dulu lah. Nak hantar
bubur” balas Faqihah seraya mencedok bubur ke dalam mangkok. Puan Syamira dan
Encik Isa hanya tersenyum bahagia.
“Kalau teruk
bawak pergi klinik, jangan di biar je” Ucap Puan Syamira pada anaknya yang mula
melangkah keluar dari dapur. Faqihah hanya memberikan senyuman. Kaki mula
meniti anak tangga dan menuju ke bilik. Alahai comel je tengok.