Assalamualaikum Pembaca Nikah Asal Boleh!
Terima kasih kerana sudi jengah karya ni. Untuk next teaser, sis akan post di group Love Novel Publication. Boleh lah add Facebook Lovenovel Publication untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.
Sekiranya tak jumpa, boleh juga add facebook sis Humaira' Mai. Ada di ruangan komen di bawah kalau yang tak jumpa jugak FB sis. BOLEH ADD. BOLEH PM SIS KALAU TAK JUMPA FB LOVENOVEL
Doakan semoga karya ini dipermudahkan. Kejap!! Nak bagi teaser sambungan sikit.
“Aqih, mana
saya punya boxer? Awak letak mana?” Soal Adrian yang sedang mengais beg baju
pakaiannya. Faqihah masih lagi merapikan rambut di hadapan cermin.
“Ada dekat
situ, saya letak dalam beg kecik. Cuba cari betul-betul” Balas Faqihah
bersahaja. Adrian mengais lagi sehingga semua baju di dalam beg pakaian di
keluarkan.
“Tak ada,
memang betul tak ada.” Balas Adrianshah. Kakinya di angkat dan duduk di birai
katil. Faqihah tersenyum. ‘Ada-ada je dia ni’ Bicara Faqihah separuh berbisik.
Faqihah pergi
ke tempat bersebalahan katil. Pakaian yang di selongkar oleh Adrian di periksa
satu – persatu. Alamak! Memang betul tak da. ‘Tak kan aku lupa masukkan kut’
Bicara hati Faqihah. Fikiran cuba mengingat satu persatu. ‘Tapi aku masukkan
semalam’ Bicara Faqihah lagi.
“Haah lah awak,
tak da. Balas Faqihah risau. Mukanya
dikerutkan.
“Kan dah cakap
tak da. Macam mana ni? Aqih kan tau saya tak boleh tidur kalau tak da boxer.
Kalau macam ni baik tak payah pakai pape lah.” Rajuk Adrian seraya ingin
membuka lilitan tuala di pinggangnya. Faqihah cemas. Dia dah mula dah!
“Eh,
kejap-kejap. Apa lah awak ni, pakai kain pelikat dulu.” Balas Faqihah cepat
seraya menghulur kain pelikat pada suaminya. Adrian tidak menghiraukan
isterinya.
“Tak nak, Tak
nak, saya tak nak” Balas Adrian seperti gaya anak kecil. Lilitan tuala di
pinggang dilepaskan. “Zass!” Bayangan kali pertama haritu pun masih tak hilang
lagi. Ini dia buat lagi?Oh My God!
Cepat sahaja
Faqihah memejamkan matanya. Memang perangai gila-gila suaminya ni! “Awak tunggu
sekejap. Saya jumpa Ella” Balas Faqihah seraya meraba-raba tepi dinding. Adrian
sudah tergelak-gelak. Lilitan tuala dipakai semula. Selekeh betul!
“Buat apa nak
jumpa Ella? Nak pinjam boxer Shah ke?” Duga Adrian bersama gelak yang masih
bersisa. Faqihah masih meraba-raba tepi dinding sehingga sampai ke pintu
keluar.
“Dah, saya
keluar dulu. Pakai kain tu! Mengada betul!” Marah Faqihah tiba-tiba. Tubuh
masih membelakangi Adrian yang sedang duduk di birai katil. Pantas Kaki
melangkah keluar dari bilik. Masih lagi kedengaran sayup-sayup tawa Adrian dari
luar. Faqihah mengesat dahinya sambil menghela nafas panjang di sebalik pintu.
Langkahnya di atur dan menuju ke bilik sebelah. Loceng pintu di tekan.
THANK YOU
-AIRA EDDY-