Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 32

BAB 32

“Huarghhh!!!!” Adrian mengeliat besar. Hodoh betul gayanya.Tubuh Faqihah yang bersanggul tuala di pandang dengan mata yang masih kuyu.

“Dapat ke pinjam boxer? Kenapa saya rasa macam lama.” Soal Adrian tiba-tiba. Faqihah tergelak mendengar soalan suaminya. Lantas kaki duduk di hadapan meja cermin.

“Awak mamai ni. Dah bangun, kita nak solat subuh ni” Balas Faqihah bersahaja. Dengar je percakapan Faqihah, Adrian terus terbangun dari katil. Matanya segar bugar serta merta.

“What? Bila masa dah subuh? Bukan awak keluar pergi bilik sebelah ke tadi” Ucap Adrian seraya meraub wajahnya. Faqihah tergelak kecil. ‘Padan muka tu! Tulah, tidur mati lagi.’ Bicara hati Faqihah.

“Dah pukul 6.30 pagi ni, cepat solat. Nak balik pukul berapa?” Soal Faqihah lagi bila melihat suaminya mundar –mandir di hadapan katil. Entah apa yang dia fikir agaknya.

“Kenapa awak tak kejut saya Aqih?” Soal Adrian bersama kerutan di muka. Faqihah menahan gelak. Ayat di cari untuk membalas. Muka suaminya yang masih berdiri di tepi katil di pandang.

“Kenapa pulak nak kena kejut, bukannya awak tertinggal solat pun. Lagipun saya tengok awak macam penat je” Ucap Faqihah bersama tawa yang di tahan. Adrian menggaru-garu kepalanya.

“Memanglah tak tinggal solat, tapi saya tertinggal slot penting. Awak tak faham.” Balas Adrian seraya melangkah masuk ke dalam bilik air. FAqihah sudah tergelak-gelak.

“Eleh, saya yang tak faham ke? Awak yang tak faham” Biara Faqihah sendirian.

…………………………………

“Hoi Shah, bangun lah. Kau nak bangun pukul berapa?” Kejut Ella. Bahu Adlishah di gegar. Adlishah masih dengan lenanya. Ella menggegar lagi tubuh suaminya. Kali ni lebih kuat. Tiba-tiba, tangan Faqihah yang menggegar bahu suaminya di tarik kuat oleh Adlishah. Tubuh Ella jatuh di atas dada bidang suaminya. Bibir Ella tersentuh dagu suaminya. Aww!

Ella tergamam bila tubuhnya di peluk erat. “Oh my cuttie pie” Ucap Adlishah yang masih lena dengan mimpinya. Tubuh Ella di bawa dalam pelukan.

“Mabuk agaknya mamat ni” Ucap Ella yang mula menggelabah. Tubuhnya masih melekat di atas dada bidang suaminya. Tangan dan tubuhnya di peluk sangat erat. Nak tolak pun tak boleh. Ella menggunakan kepalanya untuk mengetuk muka suaminya.

“Hoi! Hoi! Kau buang tebiat ke? Kau jangan macam-macam dengan aku.” Ugut Ella, padahal diri sendiri takut. Adlishah masih lagi dengan mimpinya. Kali ni lebih parah, “Erm… its looks so delicious. Ais krim…” Ucap Adlishah seraya mengeluarkan lidahnya. Apa dia ingat Ella tu ais krim agaknya.

“ArgH!!!!!!!” Ella jerit kuat bila melihat lidah Adlishah ingin mengena di dahinya. Mata Adlishah tercelik. Tubuh Ella di tolak sekuat hati. Ella jatuh terjelopok di sebelah katil. Adlishah bingung.

“Weh! Weh! Kau kenapa? Aku buat apa dekat kau?” Soal Adlishah cemas. Ella masih menggosok punggungnya yang sakit.

“Kau ni lapar ea? Apa kau ingat aku ni ais krim. Sengal lah kau ni! Dah bangun subuh. Lebam bontot aku ni!” Marah Ella. Tangannya masih menggosok punggung. Adlishah seolah-olah tersedar lantas bangun dan menghampiri isterinya

“Weh sorry, aku mengigau eh? Alamak, sorry, serius aku tak sedar. Kau ok tak ni? sakit sangat ke tu. Jomlah pergi klinik” Ucap Adlishah risau bila melihat Ella masih menggosok punggungnya.

“Dah, aku ok je. Kau solat dulu lah, subuh dah nak habis ni” Ucap Ella seraya bangun dari tepi katil. Adlishah turut bangun dan menuju ke bilik air setelah di arah Ella. Ella menekan-nekan punggungnya yang sakit. Sementara Adlishah ada di bilik air, baju yang sudah tersedia di pakai Ella.

Adlishah keluar semula dan menunaikan solat subuh. Sejurus salam yang terakhir langkah Ella yang agak terhencut sedikit di pandang risau oleh Adlishah. Lagi tadi Ella memegang punggungnya. Lebam agaknya tu. Adlishah risau. Pantas langkahnya menghampiri Ella.

“Weh kau ok tak ni? Aku betul-betul tak sengaja.” Ucap Adlishah lagi. Ella berwajah selamba. Tahu Adlishah tidak sengaja.

“Dah lah, tu salin baju dulu” Arah Ella. Adlishah hanya menurut. Baju di ambil dan di tukar dalam bilik air. Malu-malu kucing si Adlishah ni, tak macam abang kau tu!

…………………………

Jam tepat pukul 8 pagi. Serentak dua pasangan itu keluar dari bilik hotel. Langkah Ella yang sedikit pelik di pandang oleh Faqihah dan Adrian.

“Kenapa tu Ella?” Soal Faqihah bersahaja. Ella masih menggosok punggungnya. Beg pakaian di bawa oleh Adlishah.

“Jatuh katil kak, mamat nilah punya pasal” Rungut Ella. Adlishah tersengih. Adrian sudah membuat muka terkejut.

“Seriusly Shah? Congrats! Aku sedar-sedar je dah pagi.” Ucap Adrian. Semua sudah memandang pelik. Adlishah menepuk dahi bila Adrian berkata begitu lantas membuat isyarat mata pada abangnya.

“Eh tak masksud aku, macam mana dia jatuh katil?” Soal Adrian menukar soalan. Ella dan Faqihah malas nak melayan, kaki mula melangkah dan menuju ke lift. Soalannya tidak di jawab. Adlishah menarik sedikit abangnya ke belakang.

“Bongok lah kau ni! Mana ada pape. Siap congrats bagai. Kau ingat aku menang pingat emas acara merentas desa ke malam tadi. Aku tertolak badan dia je. Kau tu macam mana? Siap nyorokkan boxer lagi? Pingat emas ke perak?” Bisik Adlishah perlahan. Faqihah dan Ella hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah dua beradik yang saling berbisik tu. Tak pandai cover langsung!

“Sia-sia Shah! Jangan kata kilauan pingat emas. Malam tadi sungguh gelap gelita. Aku boleh pulak tidur sampai subuh. Nak tengok muka dia pun tak sempat. Balas Adrianshah jujur. Adlishah sudah ketawa terbahak-bahak.

“Eh Kejap!” Langkah Adrian terberhenti.

“Alah kau ni nak apa lagi? Dah-dah lah tu. Penat kau tau tak” Adlishah membuat muka geram walaupun masih ada sisa tawa di bibirnya.

“Mana boleh tak jadi pape. Sia-sia kita jalan jauh sampai sini. Tambah satu hari lagi. Esok bukan kerja pun. Esok kan ahad” Balas Adrian bersama kening yang di angkat berkali-kali. Adlishah sudah menepuk dahi.

“Allah… bengong lah abang aku ni. Ya Allah tolong sambungkan fius-fius yang terputus dekat kepala abang aku ni. Amin” Sempat lagi Adrian mengaminkan doa adiknya. Sengal!

“Aqih, Ella!! Meh, meh sini. Keluar balik dari lift tu. Amboi, cepat betul nak balik. Ingat kita suka-suka duduk hotel ni. Tak tahu ke kita tengah honeymoon.” Jerit Adrian tanpa segan.

Ella sudah terbahak-bahak ketawa. Faqihah pula menggeleng kepalanya. “Ya Allah laki aku…” Keluh Faqihah. Masing-masing melangkah keluar semula dari lift dan berjalan ke arah suami masing-masing.

…………………………

Sharmila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada suaminya. Kerap sangat keluar malam. Tetapi alasan yang di berikan juga masih sama! Kerja. Arrian sudah bersiap-siap untuk keluar. Hari ini juga dia akan bermalam di hotel bersama dengan Syaza Melissa.

“Abang…” panggil Sharmila lembut. Arrian sibuk membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Sharmila yang sedang duduk di atas sofa bilik di pandang bersama senyuman.

“Kenapa ni sayang? Kenapa muka risau je.” Tegur Arrian. Sharmila cair dengan suara suami sendiri.

“Shar sunyi bila abang tak da, Shar tak tahu nak buat apa.” Balas Sharmila manja. Lengan suaminya di paut. Arrian masih tersenyum . ‘Hish semak lah kau ni! Renyuk baju aku nilah bodoh!’ jerit Arrian dalam hatinya.

“Sayang janganlah macam ni, berat hati abang nak tinggalkan sayang ni. Jomlah ikut abang pergi jumpa client sekali. Abang tak sanggup tengok muka sayang sedih macam ni.” Balas Arrianshah penuh romantic. Tangannya di kucup manja.

“Ermm… Boleh tak kalau Shar nak balik rumah Papa dengan Mama, rindu lah dengan diorang.” Pinta Sharmila Aqira. Sejak bernikah jarang dia dan suaminya pulang melihat Mama dan papanya. Arrian tersenyum bahagia. ‘Good idea!’

“Of course boleh sayang. Tapi nanti kalau Mama dengan Papa tanya abang, sayang nak jawab apa? Nanti Mama dengan Papa fikir, abang asyik tinggalkan sayang je” Balas Arrian yang bermain talik tali dengan isterinya. Pantas Sharmila mencuit hidung suaminya.

“Mama dengan Papa Shar ok jelah. Abang tu yang fikir bukan-bukan. Dah lah bang, nanti kesian client abang tunggu lama tu” Ucap Sharmila seraya bangun dari sofa dan menuju ke almari pakaian. Arrian sengaja membuntuti langkah isterinya. Pinggang Sharmila dipeluk manja.

“Tak kisah lah client abang tunggu lama, sayang lagi penting dalam hidup abang.” Ucap Arrianshah lembut. ‘ Perempuan bongok! Cepatlah mengandung! Lambat betul lah kau ni nak mengandung! Aku dah macam bela ular sawa pulak dalam rumah ni! Bunting tak jugak!’ Jerit hati Arrian.

Sharmila meleraikan pelukan. Mata suaminya di pandang. “Kang Shar ikat abang dekat katil kang, baik abang pergi cepat” Ugut Sharmila manja. Arrian tersengih. ‘Bangang perempuan ni! Nak main ikat-ikat pulak! Kalau kau tu tak period! Memang dah lama aku kerjakan!’ Jerit hati Arrian lagi.

“Yelah, abang pergi dulu. Bye sayang” Ucap Arrian seraya mengucup dahi isterinya dan terus keluar dari bilik. Sharmila Aqira kembali tersenyum. Tangannya sibuk memilih baju untuk di pakai. Baju goun pendek moden berwarna hitam di ambil dan di kenakan pada tubuh.

Hampir satu jam juga bersiap, Sharmila mengambil kunci keretanya dan keluar dari bilik. Datin Seri Dewi terlihat kelibat cucu menantunya yang berpakaian paras peha semasa menuruni anak tangga. Hatinya terus menjadi menyampah!

“Sharmila!” Tegur Datin Seri Dewi yang ralit membaca akhbar sedari tadi. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sharmila menoleh pada Tok Ma nya lantas memberi segaris senyuman. Langkah dilajukan dan duduk berhadapan dengan Tok Ma nya.

“kamu nak kemana pakai baju macam ni? Arrian tak de dekat rumah, kamu nak jual tubuh kamu dengan orang lain? Cuba pakai sopan sikit!” Sinis ayat yang dituturkan oleh Datin Seri Dewi. BErdegup kencang jantung Sharmila bila mendengar butir perkataan yang keluar dari mulut Tok Ma nya.

“Errr… Shar nak balik rumah Papa, tadi dah bagitahu abang rian” Balas Sharmila gagap. Terkejut dengan perubahan sikap Tok Ma nya. Selalu kalau keluar dengan Arrian, pakai macam mana sekalipun tak marah. Tapi kenapa sekarang nak marah?

“Baju sopan sikit dah tak ada dalam bilik tu? Arrian tu tak da dengan kamu! Nak suruh lelaki mana yang tengok peha kamu ni?” Marah Datin Seri Dewi lagi. Sharmila terdiam. Takut hendak menjawab. Masuk bulan kedua dia dan Arrian bernikah, ini kali pertama dia dimarahi.

“Tapi Shar tak pergi mana-mana pun Tok Ma, terus balik rumah Papa” Jawab Sharmila jujur. Datin Seri Dewi memandang garang wajah cucu menantunya.

“Kamu tu perempuan. Kat luar sana banyak mata keranjang! Dah salin baju yang sopan sikit.” Arah DatinSeri Dewi. Sharmila hanya menurut tanpa membantah. Nasihat sinis yang diberkan oleh Datin Seri Dewi di ambil sebagai kebaikan untuk dirinya.

Sharmila turun dengan mengenakan seluar jeans dan baju kemeja. Langkah dilajukan menghampiri Datin Sri Dewi yang menyambung bacaan surat khabar. Datin Sri Dewi melihat perubahan baju cucu menantunya.

“Lama balik rumah Papa kamu?” Soal Dati Sri Dewi seraya bersalaman dengan Sharmila. Kejap je angin dah baik.

“Kejap je Tok Ma, petang atau malam, Shar balik sini semula” Balas Sharmila bersahaja.
“Tu yang dalam perut tu, tak kan tak ada tanda-tanda lagi? Dah masuk bulan ke dua dah ni” Ucap DatinSri Dewi bersahaja. Sharmila terkedu sekali lagi. Otaknya ligat mencari ayat untuk membalas.

“Belum ada rezeki Tok Ma” Ucap Sharmila bersahaja. Datin Sri Dewi mengambil semula surat khabar di hadapannya. Mata berpura-pura membaca akhbar. Otaknya juga ligat menyusun ayat.

“dalam masa 4 atau 5 bulan, kalau kamu tak mengandung, Tok Ma akan nikahkan Arrian dengan orang lain” Ucap Datin Sri Dewi bersahaja. Gugur jantung Sharmila tatkala mendengar percakapan Tok Ma nya. Tidak mampu menghadam ayat yang di tuturkan. Sharmila terdiam kaku.

“Dah balik sana, kenapa tercegat lagi dekat situ.” Arah Datin Sri Dewi. Sharmila tersedar. Tiba-tiba terasa seperti sesak nafas. Lambat langkahnya menuju ke halaman rumah. Otaknya masih lagi tidak mampu untuk menerima ayat yang di tutur oleh Tok Ma nya.




Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.