BAB 14
Kereta MyVi
milik Adlishah dipandu laju dan berhenti di luar perkarangan Prince Rooftop.
Jam di tangan sudah masuk pukul 10 malam. Code gate di tekan, lantas gate
terbuka sendiri. Kereta masuk ke perkarangan rumah. Setelah itu, Adlishah
membuka kunci rumah dan terus masuk ke dalam. Badan direbahkan terus di atas
sofa.
Ella terdengar
sesuatu di bawah, lantas dia membuka pintu rumah rooftop dan berjalan perlahan
menuruni anak tangga bersama pistol mainan di tangan. Untuk keselamatan
katanya. Ella terperasan kelibat manusia yang sedang mengais-ngais kotak CD di
hadapan TV. Ella berjalan perlahan dan terus mengacu pistol di belakang tubuh
Adlishah.
“Diam! Jangan
bergerak. Seinci kau bergerak aku tembak!” Tutur Ella berani. Adlishah
mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah.
“Kau nak amik
apa-apa dekat sini, kau ambiklah. Jangan bunuh aku. Aku muda lagi. Kahwin pun
tak lagi” Tutur Adlishah separuh merayu. Ella masih dengan lagaknya.
“Tahu pun kau
muda, yang kau nak merompak rumah ni kenapa? Fikir sikit mak bapak kau kat
rumah tu! Jangan jadi anak tak guna boleh tak?” Bentak Ella lantang.
“Ni rumah bapak
saya, kenapa pulak saya nak rompak?” Soal Adlishah yang masih mengangkat
tangannya di hadapan TV. Muka Ella belum dipandang. Takut kena tembak. Ella
terperasan perkataan yang di tutur oleh Adlishah.
“Kau jangan
bohong! Kalau kau cakap ni rumah bapak kau. Aku pun boleh cakap yang ni rumah
pusaka atok aku!” Balas Ella. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Adlishah.
“Sumpah! Aku
tak tipu. Kau ni sapa? Kalau kau nak rompak harta bapak aku ni, kau rompaklah.
Jangan tembak aku” Balas Adlishah. Ella mengalihkan pistol mainannya.
“Kau anak Tan
Sri Armanshah?” Soal Ella berani. Adlishah memusingkan badannya. Tubuh Ella
yang sedang berdiri di pandang.
“Ye aku anak
Tan Sri Armanshah. Suka hati kau je nak tembak aku. Lain kali tu tanyalah
dulu.” Marah Adlishah tiba-tiba. Ella sudah serba tak kena.
“Eh,
sorry-sorry. Aku ingat perompak tadi. Yelah, aku kan penjaga dalam rumah ni,
kalau ada apa-apa yang hilang, aku yang kena bertanggungjawab.” Balas Ella
tidak mahu mengalah. Adlishah bangun dan berdiri menghadap Ella di ruang tamu.
Muka Ella di tenung.
“Muka kau ni
yang macam penyamun kau tahu tak? Suka hati nak tuduh aku rompak rumah sendiri.
Aku tak da mood nak tengok CD dah ni” Balas Adlishah seraya masuk ke dalam
biliknya. Pintu biliknya ditutup agak kuat. Ella terkedu. Serbasalah
menyelubungi diri.
‘Lantaklah!
Bukan aku sengaja. Dah memang aku tak tahu dia sapa’ Bicara Ella sendirian.
Lantas kaki naik semula ke rooftop. Pintu rumah kecilnya ditutup. Otaknya masih
ligat memikirkan kejadian tadi. Lantas Ella tergelak kecil.
Badan
direbahkan semula di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Mata
Ella masih segar memandang syiling.
Adlishah
menggaru kepalanya yang tidak gatal di dalam bilik. Masih tidak habis fikir pasal
penjaga rumah barunya itu. ‘Yelah salah aku jugak, tiba-tiba masuk tak bagi
salam dulu. Tapi minah tu lagi salah, patutnya dia selidik dulu anak-anak
majikan dia.’ Bicara Adlishah sendirian di atas katil. Lantas kakinya bangun dari
katil. Gitar di tepi almari di capai. Jam di dinding sudah mencecah pukul 12
malam.
‘Abaikan semua
ni!’ Adlishah keluar ke perkarangan rumah. Tangga luar rumah yang menuju ke
rooftop di panjat. Kerusi malas yang selalu menjadi tempat pembaringan Ella menjadi
tempat duduk Adlishah.
Gitar di tangan
terus di petik. Lupa agaknya yang Ella tidur dekat dalam rumah rooftop tu.
Jujurlah
sayang, aku tak mengapa
Biar semua,
jelas tak berbeda
Jika nanti aku
yang harus pergi
Ku terima,
walau sakit hati
Ella tersedar
dari mimpi. Baru 5 minit rasanya dia terlelap. Suara sayup-sayup di luar
memanggil Ella untuk keluar dari rooftop. Ella terpandang sesusuk tubuh yang
sedang memetik gitar sambil memandang bintang-bintang di langit. Merdu
suaranya. Ella memberanikan diri keluar dari rumah kecilnya. Ella khayal dengan
lagu yang dinyanyikan Adlishah, punggungunya dihenyak di atas rumput carpet.
Kakinya dipeluk. Kepalanya dilentokkan di atas kepala lutut.
Adlishah
menghabiskan nyanyiannya. Badan di pusingkan kebelakang. Ella yang sedang
memeluk tubuh dipandang.
“Woi! Kau dah
kenapa goyang-goyang macam tu?” Soal Adlishah bila melihat tubuh Ella seperti
menari-nari. Ella tersedar.
“Eh, aku macam
nak ambik angin, tu yang keluar kejap ni” Balas Ella cepat. Pantas Ella berdiri
dan memandang muka Adlishah.
“Macam-macam
lah kau ni. Aku turun dulu lah.” Balas Adlishah bersahaja.
“Eh, kejap!”
Arah Ella. Adlishah berpusing semula. “Kenapa?” Soal Adlishah.
“Sorry pasal
tadi.” Ikhlas Ella memohon maaf. Adlishah hanya mengangkat muka tanda dia ok
sahaja. Ella menyambung duduk di atas kerusi malas. Gilirannya pula memandang
bintang di langit. ‘Sedapnya suara dia’ Ella bermonolog sendirian.
Adlishah
kembali semula ke dalam biliknya. ‘Cantik jugak maid baru tu, berani betul dia
duduk dalam rumah besar ni sorang-sorang. Tak takut hantu ke?’ Soal hati
Adlishah. Badan direbahkan di atas katil. Ingatan kembali pada kejadian rompak
merompak tadi. Adlishah tergelak kecil. Tiba-tiba satu mesej masuk di dalam
telefon bimbitnya. Cepat sahaja tangan membuka pesanan ringkas tersebut.
“Saya akan nikah dengan Arrian. Kalau ada masa nanti
datanglah. Jangan cakap saya tak jemput”
Adlishah meraub
wajahnya setelah pesanan ringkas itu di baca. Entah kenapa airmata jantannya
terkeluar sedikit. Penat memikirkan nasib hidupnya yang selalu menjadi kejian
abangnya sendiri. Tidak cukup lagi, Tok Ma dan Tok Pa nya juga tidak pernah
mengaku dia sebagai cucunya.
Adlishah
membuka perbualan di aplikasi Whats up dirinya dan ibu tiri yang menjaganya
sejak lahir.
‘Perempuan yang
betul-betul ikhlas sayang Shah tak kan tinggalkan Shah disebabkan asal usul
Shah. Perempuan yang betul-betul sayang Shah akan jaga Shah sebab dia telah
letakkan hati dia dalam hati Shah. Ibu yakin, suatu hari nanti Shah akan jumpa
wanita tu’ Mesej terakhir Ibu tirinya sebelum meninggal di baca. Adlishah
mengalirkan airmata rindu. Matanya dipejam rapat. Muka Puan Nora terbayang
difikirannya. ‘Ibu… really miss you’ Sebaris ayat yang terbit di bibir
Adlishah. Malam.