Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 12

BAB 12

Ella mengibas-ngibas kain sebelum di jemur di ampaian rooftop. Mukanya tersenyum bahagia. Kerusi rotan malas yang sememangnya tersedia di atas rooftop di tarik sedikit. Kain yang dijemur di tarik betul-betul bersebelahan kerusi malas tadi untuk melindung cahaya matahari. Ella merebahkan badannya di atas kerusi malas tersebut. Tak pernah dia merasa bahagia sebegini rupa. Telefon bimbit di kocek di ambil dan dibuka aplikasi Facebook. Sesekali Ella tersenyum sendirian.

Telefon bimbit Ella bordering saat Ella sibuk membaca status Facebook rakan-rakanya.

“Waalaikumsalam. Hah kenapa?” Soal Ella.

“Bapak kau mengamuk ni Ella, tak tahulah apa nasib Syaf tu” Suara Mimi di hujung talian kedengaran seperti orang risau.

“Mengamuk pasal apa?” Soal Ella yang turut risau. Lama dia tak dengar suara Siti Syafa semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur ni.

“Bapak kau mengamuk nak nikahkan kau sekarang ni. Aku pun tak pasti puncanya apa. Sekarang ni tengah paksa Syaf bagitahu kau dekat mana. Risau lah aku” Mimi beri penjelasan. Muka Ella berkerut.

“Nikah? Pehal pulak bapak aku nak suruh anak pungut dia nikah? Ada orang kampong yang nak dekat aku ke?” Soal Ella bertubi-tubi.

“Aku tak tahu details sangat. Aku Cuma dengar-dengar dari orang kampong je. Cuma aku kesian dekat Syaf tu. Makin tak terurus budak tu.” Balas Syarmimi lagi. Ella menghela nafas panjang. Teringat peristiwa yang dia melarikan diri pukul 12 malam. Bersungguh Siti Syafa menyuruhnya pergi.

“Kau rasa, apa patut aku buat? Kalau ikut aku, aku memang nak jaga si Syaf tu, tapi dia yang beriya suruh aku kerja dekat KL ni. Bila aku fikir balik,kerja dekat sini memanglah besar gaji. Boleh tolong family aku kat kampong tu.” Ujar Ella bersama keluhan kecil. Fikirannya terbayang keadaan Siti Syafa di rumah. Risau sangat.

“Bila aku tanya Syaf, dia cakap dia ok je lagi. Aku tak tahulah ok yang macam mana. Aku tak berani nak jenguk Syaf selalu. Bapak kau tu macam singa. Cuma ada lah sikit perubahan. Haritu masa mak aku tengok dia, Syaf dah boleh naik kerusi roda sendiri.” Balas Syarmimi.

“Mungkin sebab dia muda kut, sebab tu proses nak baik cepat. Baguslah kalau macam tu. Thank you tau selalu tolong aku. Duit gaji aku bulan ni, aku bank in kan dekat kau sikit. Tolong belikan Syaf phone biasa je. Senang sikit aku nak call dia” Balas Ella. Lama perbualan dua sahabat tu. Ella mematikan talian. Fikiran terus tak tenang memikirkan Siti Syafa, bukannya fikir pasal Pak Sakor yang nak nikahkan dia. Ella…Ella…

Ella bangun dari kerusi malas. Kaki digerakkan ke bahagian pintu masuk untuk turun ke bawah. Hampir seminggu duduk dekat dalam rumah Prince Rooftop ni, sekalipun Ella tak pernah masuk ke dalam bilik-bilik di dalam rumah tersebut. Langkah Ella sampai ke anak tangga yang paling terakhir. Pintu bilik anak tuan rumah di buka perlahan. Ella terpandang gambar kanak-kanak di dinding. Satu persatu ruang di dalamnya di belek Ella. ‘Anak kecik-kecik lagi rupanya’ Bicara Ella sendirian. Tanpa sengaja Ella merebahkan punggungnya di birai katil. Sempat mengelamun si Ella ni. Bosan lah tu! Tak tahu nak buat apa dah.

…………………………………

“Syafa! Syafa!” Jerit pak Sakor lantang. Pintu bilik anaknya ditolak kasar. Terkejut Siti Syafa memandang wajah Pak Sakor. Badannya cuba digerakkan ke atas kerusi roda dengan bersusah payah. Pak Sakor hanya memandang tanpa membantu.

“Aku tak kira! Kau kena bagitahu dekat mana Ella sekarang!” Pak Sakor sambung menjerit. Syafa menghela nafas panjang. Kerusi roda di tolak sedikit menghampiri bapanya.

“Syaf anak bapak, Bapak buatlah apa yang bapak nak buat. Biarlah Kak Ella rasa bahagia pulak. Syaf mohon dengan bapak, janganlah susahkan hidup dia lagi.” Ucap Siti Syafa lembut. Pak Sakor mendengus geram.

“Aku bagi kau masa seminggu je lagi! Kalau kau tak nak bagitahu dekat mana Ella sekarang, siap kau aku kerjakan!” Jerit Pak Sakor seraya keluar dari rumah. Siti Syafa menitiskan airmata. Fikirannya juga bingung. Kecoh satu kampong yang Pak Sakor ingin menikahkan Ella Eddya dengan duda kaya di kampong ni. Syafa sendiri kurang pasti atas alasan apa bapanya bertindak demikian.

Ketukan pintu mematikan lamunan Siti Syafa. “Masuk, pintu tak kunci” Arah Syafa. Syarmimi mula melangkah masuk ke dalam bersama makanan di tangan.

“Akak tak boleh lama ni, takut bapak Syaf balik. Ni ada telefon lama akak. Syaf guna tau, jangan sampai Pak Sakor tahu. Makanan ni akak letak dapur kejap” Ucap Syarmimi cepat seraya melangkah ke dapur. Lantas kakinya melangkah semula ke depan.

“Syaf tak boleh terima phone ni kak. Dah banyak Syaf susahkan akak.” Balas Siti Syafa sebak.

“Dah, tak payah nak cakap macam tu. Pakai je. OK, akak tak boleh lama ni. Akak balik dulu. Nanti ada masa call kakak kamu tau.” Ucap Syarmimi seraya keluar dari rumah pantas. Takut betul dengan Pak Sakor. Yelah! Lepas kena jerit haritu mau tak takut.

Syafa memandang telefon bimbit di tangannya. Hatinya sebak. Lantas kerusi roda di tolak masuk semula ke dalam bilik. Pintu biliknya di kunci. Nombor Ella di dail.

……………………

“What? Tapi kenapa sampai macam tu sekali? Selama ni Sapa yang tolong Syaf?” Soal Ella pada adiknya yang baru sahaja telefon. Ella sudah mundar-mandir di atas rooftop.

“Kadang-kadang kalau Mak Senah nampak bapak keluar dari rumah, dia terus datang tengok Syaf. Kadang-kadang Syaf terbaring je, bapak buat tak tahu je” Balas Siti Syafa sebak. Ella mula risau.

“Kalau macam tu akak balik jelah.” Balas Ella. Badanya sudah digerakkan di atas kerusi malas. Redup suasana petang yang sedikit mendung tu. Memang bestlah duduk atas rooftop sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

“Jangan kak! Akak tak boleh balik. Bapak akan paksa akak nikah dengan Pak Jali. Syaf pun tak pasti sebab apa. Tapi Bapak dah menggila sekarang ni nak suruh akak nikah dengan Pak Jali tu.” Syafa memberikan penjelasan pada kakanya. Muka Ella berkerut. Bermacam-macam persoalan yang bermain dalam fikirannya. Perbualan dengan kakaknya dimatikan apabila Siti Syafa mendengar derapan kaki Pak Sakor.

Ella masih lagi menikmati suasana petang di atas rooftop. ‘Hina sangat ke anak pungut macam aku sampai kena nikah dengan duda?’ Ella berbicara sendirian. Otaknya ligat berfikir, kenapa Pak Sakor nak sangat dia bernikah dengan Pak Jali tu.

‘Argh! Tak payah fikir semua ni! kan aku tengah vacation. Duduk rumah mewah. Makan mewah! ha, cakap pasal makan, manalah Encik Mahmood ni, kata nak hantar barang basah.’ Bicara Ella sendirian lagi. Kakinya menuju ke arah tangga luar di rooftop dan kaki mula menuruninya. Ella menunggu kehadiran Pak Mahmood, orang yang ditugaskan untuk menghantar barangan di rumah ini. Selamatlah bervacation Ella!

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.