BAB 11
Jam didinding
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Mak andam sudah sedia dengan berus make upnya.
Muka Nurul Faqihah ditepek dengan bedak untuk menaikkan seri pengantin.
“Berdebar ke
kak?” Soal salah seorang sepupu Faqihah yang masih lagi bersekolah menengah.
“Adalah sikit.”
Balas Faqihah bersahaja. Sesekali Faqihah memandang mukanya di hadapan cermin.
‘Cantik jugak aku ni’ Bicara hati Faqihah.
“Kejap eh, Akak
rasa nak terkucil pulak.” Ujar Mak Andam yang sedang menepek bedak di muka
Faqihah. Faqihah tergelak kecil. Sepupunya juga sudah keluar dari bilik.
Sementara menunggu Mak Andam datang semula, telefon di atas meja solek di
ambil. Muka Arrianshah dipandang bersama senyuman bahagia.
“Tit..tit..”
Aplikasi whats up di telefon Faqihah berbunyi. Lantas pesanan ringkas yang
masuk di baca. Hilang terus senyuman dibibirnya. Pesanan ringkas dibaca lagi
sekali. ‘Sorry Nurul Faqihah, saya tak dapat nikah dengan awak. Saya betu-betul
mintak maaf. Saya terpaksa buat keputusan drastic ni’
Airmata Faqihah
mengalir tanpa dipaksa. Nak menjerit takut orang-orang diluar dengar. ‘Allah!
Nak buat apa ni?’ Lantas telefon nya mendail nombor Arrianshah namun tidak
berjawab. Berkali-kali nombor itu didail, masih juga tiada yang angkat. Faqihah
sudah berjalan mundar-mandir di dalam biliknya bersama muka yang berkerut.
Fikirannya buntu.
……………………………
“Macam mana
boleh jadi macam ni? Kenapa Rian buat keputusan secara tiba-tiba?” Bergegar
banglo milik orang tua Tan Sri Armanshah.
“Sebab Rian
rasa, Rian tak boleh bersama dengan dia” Balas Arrianshah bersahaja. Rombongan
dari pihak lelaki juga sudah bersedia di ruang tamu rumah orang tua Tan Sri
Armanshah. Dua ketul sengal tu sudah memandang menyampah muka abangnya yang
bongkak tu!
“Bagi Papa
alasan kenapa kamu buat semua ni? Kamu ni tak ada hati perut ke? Budak
perempuan tu dah siap buat persiapan. Nak tunggu nikah je pukul 10 ni!” Marah
Tan Sri Armanshah lagi.
“Sebab Rian dah
jatuh cinta dengan Sharmila Aqira binti Dato Arsyad.” Balas Arrianshah
bersahaja. Si sengal dua ekor tu dah memandang sesama sendiri. Bermacam-macam
persoalan yang timbul.
“Sejak bila
pulak dia jatuh cinta. Baru je jumpa malam tadi.” Bicara Adlisahh separuh
berbisik pada Adrianshah di sebelah. Tak bersani nak campur tangan.
“Dah lah Man,
dah budak ni tak nak kahwin. Janglah kamu paksa. Lagipun mama setuju dia nikah
dengan Sharmila. Sekurang-kurangnya keluarga Sharmila tu ada standard sikit”
Sampuk Datin Sri Dewi.
“Nilah
padahnya! Mama dengan Papa manjakan sangat budak ni! Sampaikan semua kepala dia
nak pijak. Suka hati dia nak buat keputusan! Mana saya nak letak muka saya ni!
Kesian mak bapak budak tu! Malu dia.” Jerit Tan Sri Armanshah. Semua yang hadir
di situ terdiam.
“Rian tetap tak
kan nikah dengan Faqihah. Lagipun Papa ada cakap kan, suruh nikah dengan gadis
yang kita cinta. Dulu Rian pilih Faqihah tu pun sebab peraturan bukan-bukan
papa nilah.” Balas Arrianshah bersahaja. Lagi tadi duduk berkepit dengan Tok Ma
dengan Tok Pa nya.
“Dah Man, kalau
kamu tak nak bagitahu pihak perempuan yang anak kamu tak jadi nikah, biar Papa
yang bagitahu.” Ucap Papa Tan Sri Armanshah bersahaja. Macam tak ada perasaan
langsung diorang semua ni.
“Dah, yang lain
boleh balik. Pernikahan batal. Hantaran tu kalau kamu semua nak, kamu
ambiklah.” Bersahaja ayat yang dituturkan oleh Mama Tan Sri Armanshah. Tan Sri
Armanshah mendengus geram. Memang tak kan menang kalau bercakap dengan orang
tuanya. Rombongan dari pihak lelaki sudah keluar. Adlishah dan Adrianshah turut
keluar dari rumah banglo Tok Pa nya. Nak bersalaman? Tak payah. Memang tak kan
bersambut pun.
“Kejap!” Arah
Adrianshah pada rombongan dari pihak lelaki yang sudah memasuki kereta
masing-masing. Adlishah memandang pelik abangnya.
“Pernikahan ni
berjalan, Cuma kita tukar pengantin je” Balas Adrianshah selamba. Matanya
diangkat berkali-kali. Tan Sri Armanshah yang terdengar butiran dari mulut
anaknya saat ingin keluar dari pintu rumah juga tercengang.
“Kau ni Ad,
asal boleh je. Ni nikah tau, bukan main-main.” Balas Adlishah tidak berpuas
hati.
“Memang kita
nikah asal boleh je ni” Bisik Adriansahah ditelinga adiknya. Tergelak kecil
Adlishah.
“Betul ke ni?”
Soal Tan Sri Armanshah yang sudah merapati anak keduanya. Seakan tidak percaya
dengan keputusan drastic anaknya.
“Rileks Pa,
InsyaAllah ok jelah. Papa rasa Ad dah boleh nikah kan? So, apa yang tak betul
nye.?” Ya Allah! Memang kalau semua benda yang keluar dari mulut si sengal
sorang ni, semua benda jadi mudah!
“Tapi kamu tak
tahu sapa Faqihah tu, dia nak ke dengan kamu?” Soal Tan Sri Armanshah risau.
“Papa ada
nombor telefon bapak budak tu kan? Sini bagi Ad call bapak dia, pastu biar Ad
cakap dengan budak tu.” Balas Adrianshah bersahaja. Tan Sri Armanshah hanya
menurut kata anaknya. Panggilan dimatikan setelah mengambil masa 15 minit
perbualan.
“Ok Pa,
cantik!” balas Adrianshah sejurus mematikan talian.
“Dah jom!” Ajak
Tan Sri Armanshah laju. Risau dengan keluarga sebelah pengantin. Malu Tan Sri
Armanshah dengan perlakuan anak sulungnya tu!
“Eh, yang kat
dalam rumah tu macam mana?” Soal Adlishah. Arrianshah,Tok Pa dan Tok Ma nya
langsung tidak menjengah keluar. Tak tahu menahu langsung apa yang tengah
dirancang si Adrian ni.
“Lantaklah yang
dekat dalam tu. Pening kepala Papa dibuatnya.” Balas Tan Sri Armanshah geram seraya
masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu oleh Adlishah bersama dua orang
penumpang. Siapa lagi kalau bukan bapanya dan abangnya yang sengal ni. Nikah
asal boleh je katanya. Dua lagi kereta rombongan pihak lelaki membuntuti kereta
mereka dari belakang. Hilang sedikit rasa risau yang terbit dalam hati Tan Sri
Armanshah. Tak sangka anaknya sanggup berkelakuan demikian. Hmm!
……………………………
Pintu bilik di
tutup rapat oleh Encik Isa di dalam bilik anak perempuannya. Puan Syamira turut
berada dalam bilik tersebut.
“Macam mana
boleh jadi semua ni Aqih?” Soal Encik Isa yang juga terkejut dengan situasi
sekarang ini. Tetamu dan saudara-mara di luar sudah memandang pelik. Tok Kadi
juga sudah sampai. Hanya tunggu pengantin lelaki sahaja sekarang ni. Tu pun
Encik Isa terpaksa kelentong, yang pengantin lelaki kesesakan lalu lintas.
Mata Faqihah
sudah basah dengan airmta. Makeupnya sudah tidak terurus. Jawapan bapanya tidak
mampu di balas.
“Aqih nak jugak
ke nikah dengan adik dia tu?” Soal Puan Syamira pula. Hatinya turut marah bila
anak perempuanya dipermainkan. Faqihah hanya membalas dengan anggukan. Entah di
mana datangnya kekuatan untuk dia bernikah dengan orang yang belum pernah
dijumpai. Nurul Faqihah pasrah. Dia tidak mahu ibu bapanya malu dengan
pernikahan yang tiba-tiba terbatal.
“Abah dengan
Mak tak paksa Aqih. Biarlah nak dapat malu sekalipun. Yang penting perasaan
anak abah lagi penting” Lembut ayat yang ditutur oleh Encik Isa. Makin deras
airmata yang keluarr dari pipi Faqihah.
Pintu biliknya
diketuk tiba-tiba. Pantas Encik Isa membuka pintu bilik anaknya. Muka Puan
Rugayah sudah terjongol di hadapan pintu.
“Ok ke?
Pengantin lelaki dah sampai tu” Ucap Puan Rugayah. Encik Isa hanya menggangguk.
Pantas pintu bilik ditutup semula.
“Abah tanya
buat kali terakhir ni. Betul kamu nak nikah dengan adik dia tu?” Soal Encik Isa
sedikit tegas. Nurul Faqihah menggangguk lemah. Puan Syamira sedari tadi
mengelap airmata anaknya. Sebak melihat anaknya yang menangis seperti itu.
Encik Isa keluar dari bilik anaknya dan menuju ke ruang tamu.
Hanya sekali
lafaz sahaja Adrianshah kini sah menjadi suami pada Nurul Faqihah binti Isa.
Mukanya tersenyum bahagia sambil bersalaman dengan tetamu yang hadir.
“Rasa makcik
muka tunang Aqih lain haritu?” Soal Puan Rugayah pada Adrianshah. Pantas
otaknya ligat mencari ayat.
“Oh, sebenarnya
macam ni Mak Cik. Yang Mak Cik nampak tu orang tengah dalam hubungan kami. Saya
ni malu sikit nak jumpa-jumpa. So saya guna orang tengah je.” Balas Adrianshah.
Semua orang dah kena kelentong. Haish Adrian… Adrian… asal boleh je kau ni!