BAB 24
Gara – gara Mee
Kerang Danial, Adlishah juga turut terkena tempias. Dah lah ajak Adrian makan
sekali. Saat ingin keluar date, perut tiba-tiba memulas. Dah terpaksa cancel
acara nak propose Ella Eddya.
“Perut dah baik
ke? Kang tengah nak propose terberak cair pulak.” Sengaja Ella mengusik pasal
kisah sakit perut semalam. Adlishah tersengih. Pintu kereta di buka untuk Ella
di bahagian penumpang hadapan. Comel Ella berbaju kurung merah jambu dan
bertudung peach. Tak pulak Adlishah complaint. Cantik agaknya.
“Malu tak aku
pakai macam ni?” Soal Ella pada Adlishah. Adlishah tersenyum.
“Apa guna kalau
pakai baju cantik kebabom sekali pun kalau hati kotor. Saya tak kisah pun.
Sebab saya nak cuba ikhlaskan hati saya pada awak.” Balas Adlishah. Pandangan
di hala ke jalan raya. Ella menoleh bakal suaminya.
“Sebab apa kau
pilih aku? Kan banyak anak pungut lain.” Soal Ella ingin tahu. Adlishah
tergelak.
“Sebab kau dah
ada depan mata, buat apa susah-susah nak cari.” Balas Adlisahh bersahaja. ‘Dan
lagi satu, kalau boleh aku nak sangat kalahkan abang aku yang bongkak tu.
Harap-harap jodoh kita dipermudahkan.’ Sempat Adlishah berdoa dalam hati.
Ella makin
berpuas hati dengan jawapan Adlishah tapi hatinya masih belum pasti sebenarnya.
‘Argh bedal jelah. Lagipun sapa je nak dekat aku.’ Ella hati pula berbicara.
Kereta MyVi
yang dipandu oleh Adlishah di parkir di hadapan satu restaurant mewah. Ni jelah
cara Adlishah dan Adrianshah nak habiskan duit elaun yang diberi bapanya tiap
bulan sebanyak RM5000. Tapi, lepas ni dah kena kerja. Menghadap lah muka naib
CEO Shah Holdings tu, sapa lagi kalau bukan Arrianshah. Tu sebab Arrian panas
dengan keputusan papanya. Padan muka kau Arrian!
Ella duduk di
atas meja yang sudah di tempah khas oleh Adlishah. “Kejap eh. Saya pergi toilet
kejap” Pinta Adlishah yang tidak jadi duduk tiba-tiba.
“Ai, sakit
perut lagi ke?” Soal Ella separuh berbisik. Adlishah tidak menghiraukan
kata-kata Ella. Pantas kakinya melangkah pergi ke bahagian belakang.
Selang beberapa
minit kemudian. Adlishah muncul bersama gitar di tangan. Ada dua pengiring di
belakang membawa dua buah dulang yang bertutup. Gitar di petik. Nyanyian di
mainkan. Permata Yang Dicari.
Hadirnya, tanpa
ku sedari
Menggamit kasih
cinta bersemi
Hadir cinta
insan pada ku ini
Anugerah ,
kurniaan Ilahi
Lembut tutur
bicaranya
Menarik hatiku
untuk mendekatinya
Kesopanannya
memikat di hati
Mendamaikan
jiwaku yang resah ini
Ya Allah, jika
dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Ella Eddya
terpana sekejap dengan nyanyian Adlishah. Orang sekeliling sudah memandang. Oh
romantiknya! Gitar diletak di meja sebelah. Dulang pertama di buka oleh
pelayan. Sejambak bunga ros di keluarkan oleh Adlishah. Adlisahh melutut di
sebelah meja bersebelahan kerusi Ella. Ella dah tak karuan nak buat apa. Tunggu
je tindakan Adlishah yang selanjutnya.
“Ella Eddya
binti Abdullah. Saya bukan lelaki yang sempurna. Lahir pun bukan atas kehendak
manusia. Tapi Allah panjangkan juga umur saya sehingga ke hari ini. Baru saya
faham kenapa? Sebab Allah nak temukan saya dengan gadis cantik di hadapan saya
ni” Ucap Adlisahh romantic seraya menyerahkan bunga ros pada Ella.
Ella menyambut
bunga ros yang diberikan. Muka Ella cemas. Tak Tahu nak buat reaksi apa bila
semua orang di sekelilingnya menepuk tangan. Ella kaku. Peluh keluar dari dahi
walaupun restaurant mewah ni ber air cond.
Dulang kedua
dibuka oleh pelayan. Sebentuk cincin berlian di ambil oleh Adlishah.
“Boleh saya
sarungkan cincin ni di jari manis awak selepas akad nikah nanti?” Soal
Adlishah. Kedengaran suara pelanggan di sekeliling menyuruh Ella menerima
lamaran Adlishah. Ella panik. Pantas cincin di tangan Adlishah di ambil laju.
Pelayan-pelayan
sudah kembali ke belakang. Adlishah mengambil tempat duduknya berhadapan dengan
Ella.
“Dah-dah, kau
jangan lah sweet sangat. Orang semua tengok kita tu” Ucap Ella sedikit tegas.
Padahal jantung berdegup kencang macam orang lumba lari.
Adlishah
tergelak. “Rileks lah. Kau orang pertama yang aku buat macam ni tau. Dengan ex
aku pun simple je propose dia.” Balas Adlisahh jujur. Ella masih lagi malu
dengan kejadian tadi. Air yang sudah terhidang di hirup.
“Ye, aku terima
kau. Sebab apa? Sebab aku pun tak tahu dengan life aku macam mana nanti. Kalau
memang jodoh aku dah sampai aku terima jelah. Ermm… Kita usaha sama-sama. Tu je
yang aku boleh cakap” balas Ella bersahaja.
“Kau ni brutal
ek. Pakai baju kurung tutup dari atas sampai bawah, tapi cakap ganas gila”
Balas Adlishah. Ella tergelak.
“Sebab aku dah
terbiasa. Kalau aku lembut, orang asyik pijak kepala aku. Penat nak jadi lemah
je.” Balas Ella jujur.
“Ooo… habis ni
nak ajak bapak kau sekali tak? Ke sapa-sapa yang kau kenal dekat kampong tu?”
Soal Adlishah bersahaja. Makanan yang sudah terhidang di sua ke dalam mulut.
Ella juga menyua makanan ke dalam mulutnya.
“Tak payah
bagitahu, cari nahas je. Kalau aku nak bagitahu pun, maybe dekat bestfriend aku
je kut. Tengoklah macam mana nanti.” Balas Ella bersahaja. Moga bahagialah ye
Ella dengan Adlishah.