Siti Syafa termenung sendirian menghadaphalaman rumahnya. Hampir tiga minggu bapanya di tahan reman. Disebabakan diatidak mampu untuk mengikat jamin, Pak Sakor dipenjarakan 5 tahun atas tuduhanmembantu menjual dadah.
Kakinya terhencut-hencut masuk ke dalammenggunakan tongkat. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.
“Assalamualikum!” Suara Syarmimi memecahgegendang telinga Siti Syafa. Siti Syafa sudah duduk di atas kerusi kayu diruang tamu.
“Waalaikumsalam, masuk kak” Arah Siti Syafa.Syarmimi masuk bersama bungkusan makanan di tangan. Atas permintaan Ella,Syarmimi menghantar makanan di rumah Siti Syafa setiap hari. Nilah diapengorbanan seorang sahabat. Syarmimi menhenyak punggung di atas kerusi.
“Kalau Syaf nak jumpa Pak Sakor, ayah akak bolehbawakan Syaf pergi sana. Lagi satu, kenapa Kak Ella call, Syaf tak jawab?” SoalSyarmimi. Ella sudah risau bila adiknya tidak mahu mengangkat telefon.
“Syaf tak boleh dengar suara Kak Ella kak, Syafsedih. Syaf rindu dia, tapi Syaf tak nak kacau kebahagian dia lagi.” Ucap SitiSyafa sebak. Syarmimi menghela nafas panjang.
“Syaf, jangan fikir macam tu. Ella tu tetapkakak Syaf. Dia sayang kan Syaf, setiap hari whats up akak tanya pasal Syaf.”Balas Syarmimi. Air mata Syafa mula kelihatan.
“Sekarang baru Syaf rasa apa yang Kak Ellarasa, hidup tanpa kasih dari keluarga. Kalau dulu Syaf ada bapak yang selalusokong Syaf, kini semuanya hilang kak. Allah dah tarik semua tu. Syaf lupauntuk bersyukur, sekarang baru Syaf sedar” Ucap Siti Syafa bersama linanganairmata.
“Dah-dah, yang dah berlalu tu jadikanpengajaran. Akak nak cakap ni, esok Kak Ella balik sini. Dia nak Syaf hadirperiksa SPM. Dia akan tinggal dengan Syaf sampai habis SPM” Balas Syarmimi.Siti Syafa memandang muka Syarmimi. Tidak percaya dengan kata-kata yangdiucapkan.
“Kak Ella cakap macam tu dengan akak? Kan diadah ada suami? Tak kak! Syaf tak kan susahkan dia lagi. Dia dah banyak meranasebab kami.” Bersungguh Syafa menolak.
“Ella tetap akan balik jugak, dia kan degilmacam kamu jugak. Ala, dia dah discuss lah tu dengan suami dia. Dah lah, akaknak balik dulu. Ni makanan ni jangan lupa makan, akak letak kat dapur” BalasSyarmimi seraya melangkah ke dapur bersama bungkusan makanan.
Terkial-kial Siti Syafa bangun menggunakantongkat. Syarmimi sudah keluar dari rumah. Syafa masuk ke dalam bilik dan dudukdi birai katil. Telefon bimbit yang terletak di atas katil di capai dan di dailnombor Ella Eddya.
“Syaf!!!!” Jerit Ella Eddya dihujung talian.Suara yang dia rindu. Sejak Pak Sakor masuk ke penjara, tidak sekalipun Ellamengangkat panggilan dari Ella.
“Tak payah balik sini. Syaf tak nak ganggu akaklagi. Tolonglah kak, Syaf dah boleh berdikari. Buat apa akak nak fikir pasalSyaf lagi. Balas Siti Syafa bersahaja. Ella punya excited dengar suara adikdia, dia boleh pulak cakap macam tu.
Terdengar keluhan kecil Ella Eddya di hujungtalian. “Kau kenapa nak menjauh dari aku Syaf? Aku ni kakak kau. Dan sampaibila-bila tak kan berubah title tu. Kalau macam ni jawapan kau, aku malas nakcakap dengan kau lagi. Esok aku balik kampong.” Ucap Ella seraya mematikantalian. Tubuh Ella di hempas di atas kerusi malas. Matanya di pejamkan.
“Ella…” Tegur Nurul Faqihah yang terdengarjeritan Ella. Kaki terus je naik ke atas rooftop. Ella membuka mata dan menghadapmuka Faqihah, lantas badannya di tegakkan di atas kerusi malas. Faqihah menarikkerusi di sebelahnya.
“Kenapa ni?” Soal Faqihah. Ella masih lagidiam. Fikiran masih memikirkan adiknya di rumah.
“Syaf tu kak, Ella tak faham lah dengan dia tu.Kalau nak menyesal sekalipun, kenapa sampai nak ketepikan Ella. Ella dahmaafkan dah semua kesilapan dia. Bingung betul kepala ni kak” Balas Ella Eddya.Buntu bila mendengar butiran dari adiknya sebentar tadi. Faqihah memandang mukaElla Eddya.
“Sebab dia rasa dia menyusahkan Ella dan diatak sanggup nak susahkan Ella lagi. Dan lagi satu, mungkin dia malu dengan Ellasebab sikap dia yang dulu. Dia rasa diri dia tak layak untuk menerima bantuandari Ella lagi mungkin sebab dah terlalu banyak perkara yang dia pernah buatuntuk sakitkan hati Ella.” Balas Faqihah lembut. Cuba untuk menenangkan EllaEddya.
“Ye kak, memang banyak. Tapi walaubagaimanasekalipun, dia tetap adik Ella kak. Air yang dicincang tak kan putus. Walaupundarah kami tak mengalir dalam tubuh, tapi Ella membesar dengan dia kak. Ellafaham setiap inci perangai dia. Kalau Ella boleh terima dia, kenapa dia nakketepikan Ella? Dia masih anggap Ella ni orang luar, sebab tu dia tak sanggupnak terima bantuan Ella lagi” Ulas Ella panjang lebar. Faqihah pula terdiam.Ada betulnya juga kata Ella Eddya.
“Ella cubalah cari jalan penyelesaian. Esokjumpa dengan dia bincang baik-baik. Mungkin dia masih lagi stress pasal kes PakSakor” Ucap Faqihah lagi. Masing-masing senyap kembali. Ella menyandarkantubuhnya di atas kerusi malas. Mata dipejamkan. Faqihah hanya menggelengkepala. Badan dibangunkan dan turun dari rooftop. Ye, mungkin Ella perlukanmasa untuk memikirkan masalahnya.
…………………………………………………………………………………………………
Adlishah dan Adrianshah dipanggil masuk olehPapa mereka. Anisah turut ada bersama. Laporan kilang di JB sudah berada ditangan Anisah. Mereka bertiga berdiri berhadapan dengan meja Tan Sri Armanshah.Masing-masing senyap bila muka Tan Sri Armanshah tegang.
“Best pergi honeymoon haritu?” Soal Tan SriArmanshah bersahaja. Matanya masih memandang fail di tangan . Cermin matanya diletak di atas hidung. Bola matanya di jongket ke atas melihat mukaanak-anaknya.
Adlishah dan Adrianshah terkedu. Pelik. Bilamasa pulak bapanya tahu? “Err… Kami…” Balas Adrian tak habis. Takut bilaPapanya buat muka begitu. Tawa yang ditahan Tan Sri Armanshah terhambur juga.
“Good job! Apa lah anak Papa ni. Nak pergihoneymoon siap berahsia bagai! Lepas tu apa barang bawak wife pergi Legoland!Macam tak de tempat lain. Bawaklah pergi Paris ke. Lepas tu mana ada oranghoneymoon 2 hari je” Ucap Tan Sri Armanshah bersama tawa dibibirnya. Anisahyang menjadi pemerhati juga tergelak kecil. Adrian dan Adlishah mengangkat mukasesame sendiri. Pelik dengan kelakuan Papanya.
“Pa, lawak sangat ke Pa? First time Ad tengokPapa ketawa macam ni lepas ibu meninggal.” Soal Adrian bersama senyuman. TanSri Armanshah tersengih.
“I miss the old us. Ketawa sama-sama. Pergivacation sama-sama. Bila Papa tengok gelagat kamu berdua, Papa mesti teringatarwah ibu kamu. Hari-hari dia pening kepala sebab fikir pasal kamu.” Balas TanSri Armanshah. Adlishah dan Adrian sudah tersenyum. Kerusi di hadapan bapanyadi tarik. Anisah pula meminta izin untuk keluar.
“Seriusly Shah ingat Papa nak marah kitorangtadi. Tulah Papa ni, buat lagi kerja gila suruh buat cucu. Ni anak Papa dahgelabah. Konon je Pa honeymoon. Nothing happened pun.” Balas Adlishah memecahtembelang. Depan Papanya kepala Adlishah di tonjol oleh Adrian.
“Eleh kau! Tu haritu. Sekarang dah lain. Kautak tahu. Aku dengan Aqih dah kamcing. Tak payah nak bukak google lagi” BalasAdrian riak. Membulat mata Adlishah. Tan Sri Armanshah terhibur melihat telatahanak-anaknya. Rindu suasana ketika mereka masih bersama.
“Wait! Serius lah wei? Tipulah! Tutorial manakau ikut? Tak ajar aku pun!” Jerit Adlishah pula. Tan Sri Armanshah menggelengkepala.
“Sudah-sudah! Tak malu ke orang lain dengarnanti. Mana ada orang bincang cerita dalam selimut. Apa lah kamu ni!” Tegur TanSri Armanshah. Tersengih anak-anaknya macam kerang busuk.
“Abang Rian tak amik tahu pasal kitorang punPa, Papa cakap Abang Rian akan amik tahu pasal kitorang kalau kitorang dahnikah” Ucap Adrian. Tajuk perbualan sudah di ubah. Dekat tempat kerja pun jadi.
“Mana kamu tahu? Entah-entah dia pasang Spy.Kamu tak check dulu. Mana tahu dia pasang spy sampai dalam bilik” Usik Tan SriArmanshah. Masing-masing muka cuak. Arrian dah rancang! Kalau Faqihah atau Ellayang mengandung dulu, anak tu confirm tak selamat! Tu perancangan Arrian.
“Yok ol je Papa ni. Pa! kalau Abang Arrian yangdapat anak dulu. Lepastu dia tetap tak berbaik dengan kami. Apa rancangan Papapulak? Nak suruh kami nikah lagi satu, pastu buat baby baru ke?” Usik Adrianlagi. Adlishah sudah tergelak-gelak.
“Perli Papa ea? Kurang asam punya budak!” MarahTan Sri Armanshah bersama sengihan. Adlishah dan Adrian sudah mengekek ketawa.
“Kalau memang Arrian tak terbuka juga hati dia,kita doa jelah sama-sama supaya dia berubah. Kamu sambung jelah kerja dekatsini. Mana tahu hati Arrian terbuka nak berbaik” Sambung Tan Sri Armanshah.
“Heh! Tak ingin lah kena maki dengan diahari-hari. Suruh Ad kerja sorang! Baik Shah bukak bisness sendiri.” BalasAdlishah. Tak berpuas hati dengan rancangan bapanya. Adrian juga menyokong.Sapa yang nak kerja dengan singa jadian tu! Dah lah suka buat maksiat.
“Pa! kenapa setahun je masanya? Kalaulah dalammasa setahun ni, tiga-tiga tak dapat anak, pastu papa jual syarikat ni kan?Bagus jugak ek? Nanti duit tu boleh bukak bisness baru” Ucap Adrian lagi.Keningnya dijongket ke atas dan ke bawah.
“Heh! Sapa cakap duit tu bakal menjadi milikkamu?” Soal Tan Sri Armanshah. Adlishah sudah memandang pelik? Habis, kalaubukan untuk mereka, untuk sapa lagi? Tak kan untuk Tok Pa dengan Tok Ma kut?
“Habis untuk sapa? Papa ada isteri baru ke?”Soal Adlishah pula. Laju tangan Adrian mengetuk kepala adiknya. Tan SriArmanshah tergelak. ‘Nak korek rahsia Papa lah ni’ Bicara hati Tan SriArmanshah.
“Sibuk je nak tahu. Dah keluar-keluar. Satukerja pun tak jalan ni kang. Papa ada meeting kejap lagi. Dah shuh! Shuh!”halau Tan Sri Armanshah seperti menghalau kucing.
“Ek eleh… Dia halau kita macam halau kucing. YaAllah, Kau datangkanlah roh ibu aku dalam mimpi Papa, lepastu biar ibu cekikPapa sebab buli anak-anak kesayangan dia. Amin” Ucap Adrian seraya melangkahkeluar dengan laju. Adlishah sudah terbahak-bahak ketawa. Tan Sri Armanshahhanya menggeleng kepala dengan senyuman. Bahagia sekejap bila dapat berborakdengan anak-anaknya.
Tutup sahaja pintu pejabat Tan Sri Armanshah,muka Arrian terpacak di hadapan pintu. Adlishah memandang biasa.
“Apa kau buat kat dalam tu? Menagih simpati?Sedar sikit taraf kau tu!” Sinis ayat yang dituturkan Arrianshah. Adlishahmalas hendak bertengkar. Langkah dilajukan ke tempat duduknya. Giliran Arrianpula masuk ke dalam pejabat Papanya.
Boleh dapatkan Novel ini di pasaran. Thank you:)