BAB 3
Basikal yang
tersandar di tepi dinding rumah papan Pak Sakor disorong Ella menuju ke halaman
rumah. Bakul yang sudah dipenuhi karipap di ambil dan diletakkan di bahagian
tempat duduk belakang. Ella mengikat kemas bakul tersebut supaya tidak terjatuh
saat dia mengayuhnya. Ella memulakan kayuhan. Hampir 10 minit juga kayuhan yang
dilakukan di kampong Melati. Basikalnya diberhentikan di rumah Mak Limah.
“Assalamualaikum”
Suara serak basah Ella kedengaran memberi salam. Kelibat Mak Limah masih belum
kelihatan. Ella memberi salam untuk kali ke dua. Pintu rumah Mak Limah terkuak.
“Eh Ella,
Waalaikumsalam. Siap dah karipap?” Soal Mak Limah bersama senyuman. Ella membalas
senyuman.
“Siap dah Mak
Limah, yang ni yang mentah, yang dalam bekas ni dah masak.” Balas Ella seraya
menyerahkan dua bungkusan karipap. Bungkusan sudah beralih ke tangan Mak Limah.
“Eyuuu. Apa ni
mak? Mak tak geli ke, makan masakan anak pungut ni? Geli lah mak. Entah apa
yang dia letak dalam karipap ni.” Pedas kata-kata Dinni yang merangkap anak
kepada Mak Limah. Cepat sahaja tangan Mak Limah menarik rambut anaknya. Ella
hanya berwajah selamba.
“Tak pelah jadi
anak pungut pun, yang penting tak jadi anak kurang ajar. Susah kalau jadi anak
kurang ajar ni. Hidup dia tak aman. Selalunya orang macam ni dia ada gangguan.
Tu apa yang saya tahu lah. Ok lah Mak Limah. Saya nak hantar karipap kat rumah
Mak Inah pulak ni” Balas Ella seraya bersalaman dengan orang tua di hadapannya.
Dinni sudah
menjeling geram. Ella sudah berlalu pergi. Masak sangat dengan perangai orang
kampong. Dah lali telinganya mendengar caci maki seperti itu.
“Mak tak pernah
ajar kamu jadi kurang ajar macam ni tau! Kalau memang dia anak pungut ke, anak
luar nikah ke, yang salah tu mak bapak dia. Bukan budak tu!” Marah Mak Limah
seraya masuk ke dalam rumah. Dinni sudah mengajuk cakap maknya dengan muka
menyampah. ‘Apa yang baik sangat budak pungut tu pun aku tak paham lah!’ Omel
Dinni sendirian.
Kayuhan Ella
diteruskan ke rumah Mak Inah pula. Nafasnya ditarik panjang sebelum memberi
salam. Kekuatan dikumpul. ‘Mintak-mintak bukan Izzat yang keluar’ Doa Ella di
dalam hati.
“Assalamualaikum”
Kuat suara Ella
memberi salam. Hanya dengan satu salam, Ella sudah kedengaran suara orang
berlari membuka pintu. Doa tidak dimakbulkan. Muka Izzat terpacak di halaman
rumah.
“Eh anak pungut
datang” Izzat bersuara sambil tersenyum bahagia. Ella hanya menjeling malas.
“Nah” Ella
memberi bungkusan karipap pada Izzat. Izzat mengambil karipap di tangan Ella.
Sempat tangannya mengusap tangan putih Ella. Pantas Ella menarik kasar
tangannya.
“Alah, sentuh
sikit pun tak boleh. Kau tu pun bukan suci sangat pun. Kat mana lagi kuah nak
tumpah kalau bukan ke nasi.” Sinis jawapan yang diberikan Izzat. Sekali lagi
Ella menghela nafas panjang.
“Aku rasa kau
ni yang anak pungut. Kalau kau tu suci sangat, kau tak sentuh tangan aku ni.
Apa tadi kau cakap? Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Haah memang tepat
peribahasa kau tu. Patutlah Pak Leman tu suka sangat usik janda Kiah kat hujung
kampong tu. Sama sepsis rupanya korang ni. Blah dulu. Assalamualaikum.” Balas
Ella seraya mengayuh basikalnya pergi. Izzat sudah menjeling geram. Bungkusan
karipap yang ditempah khas oleh maknya di hempas di anjung rumah.
Lantaklah! Yang
penting Ella dah dapat duit. Ella kembali semula ke rumah. Basikal di sandar di
tepi dinding. Langkahnya dilajukan masuk ke dalam rumah. Tudung bawal hitam
yang dipakai di sangkut di belakang pintu bilik. Jam didinding sudah masuk
pukul 10 pagi. Ella menuju terus menuju ke dapur.
“Alamak! Kayu
api tinggal sikit pulak!” Jerit Ella. Sekali lagi Ella mengeluh, namun
langkahnya di atur masuk ke bilik. Tudung yang tersangkut di ambil dan di pakai
semula. Kayuhan basikal Ella kali ini diberhentikan di kawasan hutan. Ella
meneruskan misi hariannya. Gadis yang kecil molek serta mempunyai raut wajah
yang comel itu terpaksa melalui semua ini demi dua anak beranak yang berada di
rumah tu. Ella sendiri bingung dengan hidupnya. Sampai bila? Itu persoalan yang
selalu timbul dalam diri Ella Eddya binti Abdullah.
Ella mengutip
satu persatu kayu yang sesuai untuk dijadikan kayu api. ‘Kalaulah tiba-tiba
prince charming datang naik kuda pastu pikat aku kan bagus. Amin..amin..amin..’
Ella berbicara sendirian.
“Ella!” Jerit
Pak Arun. Ella menoleh kebelakang. Kelihatan Pak Arun datang menghampirinya
bersama sarang burung tempua. ‘Ni bukan prince charming, ni atok prince
charming yang datang.’ Bicara hati Ella.
“Bahaya tahu
tak jalan sorang-sorang dalam hutan ni. Kalau jumpa babi hutan tu boleh elak
lagi, kalau jumpa manusia yang bertopengkan babi hutan macam mana? Kan Pak Arun
dah cakap kalau nak cari kayu api bagi tahu Pak Arun” Marah Pak Arun yang juga
merupakan orang kampong Ella. Ella memberikan sengihan bila dirinya dibebel.
“Rileks Pak
Arun, Ella dah biasa dengan semak, hutan belantara ni semua. Mungkin sebab Ella
dijumpai dalam semak, sebab tu Ella tak takut semak kut.” Balas Ella bersama
gelak tawanya. Pak Arun menarik nafas panjang.
“Kamu ni Ella,
nak je Pak Arun hantar kamu jauh dari bapak kamu tu. Dah lepas ni tak payah
cari kayu api lagi. Kita pakai gas!” Tegas arahan Pak Arun.
“Mana bol..”
Ayat Ella dipotong. Pak Arun membulatkan matanya
“Degil! Degil!
Bukan mahal sangat pun! Biar Pak Arun yang tolong.
“Bukan apa Pak
Arun, cukup-cukuplah Pak Arun tolong Ella, lagipun kalau bapak tahu nanti,
masak Ella kena bebel dengan dia.” Ella membalas hormat.
“Jangan risau
lah, tak de sapa yang tahu kalau Pak Arun dengan kamu tak bukak mulut. Tak
tahulah kalau ada orang ketiga yang dengar sekarang ni, lepas tu report dekat
bapak kamu” Balas Pak Arun. Sengaja menakutkan Ella.
“Eleh! Ingat
takut ke?” Balas Ella dengan nada berlagak. Pak Arun tersengih.
“Dah, jom balik.
Singgah umah Pak Arun. Ada dapur lama yang tak pakai tu. Nanti kamu bawak
balik. Gas nanti Pak Arun suruh Ali hantar dekat rumah kamu. Kalau bapak kamu
tanya, cakaplah Pak Arun order 1000 biji karipap, nak derma dekat anak-anak
yatim” Balas Pak Arun. Ella hanya mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan
keluar dari hutan tersebut.
Ella mengikat dapur
masak yang diberikan Pak Arun di tempat duduk belakang basikalnya. Mak Jenab,
isteri kepada Pak Arun turut membantu Ella mengemaskan lagi ikatan.
“Terima kasih
Mak Jenab. Serbasalah pulak saya.” Ujar Ella sekadar berbahasa. Mak Jenab
menepuk bahu Ella.
“Mak Jenab tahu
kamu kuat orangnya. InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan beri jalan
penyelesaian yang terbaik untuk kamu. Kamu tak teringin ke nak cari orang tua
kamu? Mana tahu dia hidup lagi.” Balas Mak Jenab bersahaja. Ella mengerling
sedikit jam di tangannya.
“Entahlah Mak
Jenab, saya ni pun tak pasti hala tuju hidup saya ni macam mana. Saya serahkan
pada takdir je. Kalau orang tua saya nak kan saya lagi, mesti dia cari saya
semula. Ok lah Mak Jenab, kirim salam Pak Arun. Kejap lagi bapak balik nak
makan, saya tak masak lagi ni.” Balas Ella seraya bersalaman dengan Mak Jenab.
“Ha yelah.
Baik-baik kayuh basikal tu. Ingat, kalau ada apa-apa bagitahu Pak Arun dengan
Mak Jenab. Mimi pun ada sekali. Kami semua ni keluarga kamu Ella, jangan
malu-malu.” Sambung Mak Jenab. Ella Eddya memberikan senyuman. Lantas kakinya
memulakan kayuhan. Otak ligat berfikir perkara yang dibicarakan oleh Mak Jenab
sebentar tadi. Mak Bapak kandung? Mungkin pernah terlintas dalam diri Ella
untuk mencari mereka, tapi dengan kudrat dia miliki sekarang ni, mampu ke? Ella
sendiri tak habis fikir.