Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 5

BAB 5

“Kau jelah yang bersaing dengan abang Rian tu. Lagipun aku rasa, aku masih muda. Malas lah nikah kahwin ni semua. Aku tak bersedia lagi.” Ucap Adlishah pada Adrianshah. Masing-masing tengah menjalankan misi yang diberikan oleh bapa mereka. Air yang berada di atas meja dihirup Adlishah.

“Kau tak boleh macam ni Shah. Ni lah masanya kita nak kenakan mamat bongkak tu! Apa dia ingat dia kesayangan Tok Ma dengan Tok Pa, dia boleh buat apa yang dia nak!” Balas Adrian memberi semangat. Sesekali mata Adrian dikenyitkan pada pelayan wanita yang menjaga di tempat cashier.

“Masalahnya kau lain Ad, aku lain. Mana ada perempuan yang nak nikah dengan aku. Dengar je anak luar nikah, diorang cabut lari.” Balas Adlishah dengan nada sebak.

“Sharmila tak tahu lagi?” Soal Adrianshah ingin tahu. Pantas Adlishah menggeleng lemah. Ada keluhan besar di nafasnya.

“Kalau betul dia cintakan kau. Dia akan terima kau apa adanya. Baik kau terus terang dengan dia dulu.” Sambung Adrian pada adiknya. Adlishah menggaru kepala yang tak gatal.

“Dia anak Dato’ wei. Confrim dia tinggalkan aku kalau dia tahu benda ni.” Balas Adlishah runsing. Air dihadapannya dihirup. Adrianshah turut berasa simpati pada adiknya. Lahir sebagai anak luar nikah sememangnya bukan keinginan sesiapa. Ibu kandung Adlishah pula meninggal saat melahirkannya. Nasib baik mama Adrian baik hati untuk menjaga anak luar nikah suaminya.

“Belum cuba belum tahu. Tak semua perempuan macam tu.” Semangat masih disalurkan oleh Adrian.

“Ok. Kalau dia terima aku tapi family dia pulak menolak. Sama je.” Adlishah bersuara lagi. Masing-masing diam kembali. Susah betul nak cari penyelesaian. Makanan yang sudah ditempah telah sampai ke meja makan.

“Miss, dia ni single. Nak try?” Soal Adrian pada pelayan wanita yang menghantar makanan di mejanya. Adlishah memandang malas muka abangnya. Perangai betul!

“Im married” Balas pelayan itu ringkas. Padan muka kau Adrian! Gatal sangat. Kau yang nak try sebenarnya kan! Kau pass dekat Adlishah pulak!

“Yang kau ni sibuk pasal calon aku. Kau tu ada calon ke?” Soal Adlishah pula. Adrian tersenyum bahagia.

“Tak ada.” Balas Adrian bersama ketawa yang melekek. Pantas sahaja tangan Adlishah mengetuk bahu abangnya.

“Dah tu sibuk sangat pasal aku pehal!” Marah Adlishah manja. Mereka sama-sama tergelak. Makanan disua ke dalam mulut. Bahagia melihat adik beradik yang sudah rapat sejak kecil itu. Yelah beza pun setahun je.

…………………………

“Kita kahwin.” Ringkas bunyi ayat yang dituturkan Arrianshah. Selaku naib CeO di Shah Holdings, dia tak kan biarkan adik beradiknya yang lain merampas takhta yang sememangnya menjadi idamannya. Dan selagi tiada pewaris, Tan Sri Armanshah juga tak kan berganjak dari kerusi CeO di Shah Holdings itu sampai tempoh masa yang diberikan tamat.

Faqihah yang menjadi setiausaha peribadi Arrianshah terkedu sekejap. Posisi Arrianshah masih membelakangkan setiasusahanya.

“Sejak bila saya bercinta dengan boss?” Soal Faqihah pelik. ‘Tak pasal-pasal nak ajak aku kahwin. Pehal mamat senget ni!’ Bicara hati Faqihah.

“Alah, awak ingat saya tak tahu ke yang awak suka saya dalam diam. Lagipun tak kan awak tak teringin nak nikah dengan boss awak ni. Pakej lengkap. Kaya, handosme, apa lagi awak nak?” Balas Arrianshah seraya memusingkan tempat duduknya menghadap Faqihah. Muka setiausahnya dipandang bersama senyuman belagak. Nurul Faqihah binti Isa hanya memandang pelik bossnya.

“Mana pulak boss dengar semua ni? Tak pernah ada rasa suka pun dalam hati saya ni pada boss.” Balas Faqihah jujur. Arrianshah bangun dari kerusinya. Langkah digerakkan ke sofa yang ada dalam pejabatnya.

“Duduk sini” Arah Arrianshah. Faqihah menurut tanpa banyak bicara.

“Awak ada boyfriend ke? Sebab tu awak tolak saya mentah-mentah. Saya serius ni nak nikah dengan awak” Sambung Arrianshah. Pergh! Desperate gila! Main tangkap muat je si Arrian ni. Mentang –mentanglah Nurul Faqihah tu baik. Cepatlah kau sebat!

“Saya tak ada boyfriend pun boss. Tapi kenapa tiba-tiba? Selama ni saya tak tahu pulak yang boss suka dekat saya?” Soal Faqihah pelik. Mukanya yang berkulit kuning langsat serta bujur telur tu dikerutkan. Masih tak dapat menghadam apa yang dibicarakan oleh Arrianshah.

Arrianshah memaniskan mukanya. ‘Kau ingat aku suka kau ke perempuan? Muka macam rumah tak siap! Aku buat semua ni sebab terpaksa kau tahu!’ Bicara hati Arrianshah.

“Tulah, saya dah lama simpan perasaan dekat awak sebenarnya.” Balas Arrianshah tipu. Berdegup kencang jantung Faqihah dengan pengakuan berani Arrianshah.

“Errr… Saya tak tahu pulak. Saya ingat boss ada mak we. Selama ni boss selalu keluar.” Balas Faqihah ingin tahu.

‘Tu perempuan simpanan aku lah perempuan! Diorang semua tak bersedia nak nikah! Kalau ikutkan, aku pun tak bersedia nak nikah! Tapi sebab title CEO tu!’ hati Arrianshah berbicara lagi.

“Oh, tu kawan-kawan masa dekat U. Kiranya awak setuju lah ni?” Soal Arrian inginkan jawapan Ya dari Faqihah. Berpeluh terus dahi Faqihah. Tudung bawal yang dipakai ditarik kebelakang sedikit. Otak ligat mencari jawapan.

“Saya kena bincang dulu dengan keluarga saya. Kalau boss memang jodoh saya apa salahnya. Bagi saya masa untuk fikir, solat istikharah. Dalam masa seminggu saya bagi jawapan dekat boss. Tapi saya tak jamin jawapannya positif.” Balas Faqihah yang berusaha untuk tenang. Arrianshah menunjukkan seyuman yang paling manis pada Faqihah. Tak pernah dia memberikan senyuman sebegitu pada gadis yang sudah berkhidmat dengannya sejak dua tahun lalu.

“Saya harapkan jawapan positif dari awak Cik Nurul Faqihah. Saya harap sangat awak sudi terima lamaran saya ni. Saya betul-betul ikhlas nak peristerikan awak. Saya janji akan buat awak bahagia” Ucap Arrianshah penuh romantic. Tak tahu penuh dengan muslihat dalam kepala otak dia tu. Si Faqihah pulak macam nak cair je muka dia tu.

“Emm. InsyaAllah boss. Buat masa sekarang ni, saya belum boleh bagi jawapan.” Balas Faqihah jujur. Bibir mengukir sedikit senyuman.

‘Yes!’ Jerit Arrianshah dalam hati. ‘100 peratus kau akan setuju punya!’ Bicara hati Arrianshah.

“Ok, sekarang ni awak boleh balik tempat awak. Saya harap sangat jawapan awak tak menghampakan saya.” Balas Arrianshah. Faqihah bangun dari sofa dan keluar dari pejabat bossnya. Hatinya sukar ditafsir, tapi terdapat segaris senyuman dibibir sewaktu melangkah keluar dari pejabat Arrian. Jahat betul lah si Arrianshah ni! Hish!

Muka Arrianshah tersenyum bahagia. ‘Simple! Lepas dapat anak nanti aku ceraikan kau! Habis cerita. Papa nak sangat cucu kan.’ Bicara Arriansahah sendirian. Panggilan telefon mematikan pandangan keluar tingkap dari tingkat 10 bangunan Shah Holdings. Telefon di angkat.

“Yes you…” Balas Arrianshah manja.

“Macam mana?” Kedengaran suara perempuan dihujung talian.

“Semua dalam perancangan. You jangan risau. Kita still bersama.” Balas Arrianshah bersama senyuman bahagia. Bencinya dengan Rian ni!!!!

“Make sure ceraikan dia lepas you dapat anak.” Balas perempuan gedik di hujung talian.

“Of course darling. You tak kisah ke pasal anak tu nanti?” Soal Arrianshah ingin tahu.

“Daddy I dah cukup kaya. I bukan nak harta you pun. Cuma sekarang ni I masih tak bersedia nak ada anak. Lagipun anak you tu syarat untuk you jadi CEO je kan? Nanti kalau kita dah ada anak sendiri, tak kan you nak ketepikan anak kita tu. You mesti faham maksud I” Panjang perempuan gedik ni berhujah. Arrianshah tersenyum bahagia. Otaknya ligat memikirkan tindakan selanjutnya sekiranya Faqihah mengandung anaknya.

Talian telefon dimatikan setelah puas memikirkan tindakan yang akan dilakukan pada Faqihah dan adik-adiknya. Kini rancangannya ialah untuk menghancurkan pernikahan adik-adiknya pula walaupun Adlishah dan Adrianshah masih lagi tiada calon untuk berkahwin. Kejam betul si Arrian ni!

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.