BAB 26
“Tak guna! Tak
guna! Tak guna! Menyesal aku kutip budak tak guna tu!” Jerit Pak Sakor lantang.
Bergegar rumah papan miliknya. Siti Syafa terpanggil untuk melihat bapanya.
Terkial-kial Siti Syafa menggunakan tongkat untuk berjalan ke ruang tamu.
“Sampai bila
bapak nak macam ni. Umur semakin meningkat. Buat-buatlah bertaubat pak.
Cukuplah fikir pasal Kak Ella tu. Biarlah dia bahagia.” Sampuk Siti Syafa. Tahu
Ella menipu tentang pernikahannya tempoh hari. Tapi semalam mimi ada
menyampaikan pada Siti Syafa bahawa dia akan ke Kuala Lumpur untuk majlis
pernikahan Ella yang sebenar.
Pak Sakor
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Suara salam di pintu hadapan membuatkan
Siti Syafa melajukan langkah untuk membuka pintu. Dua orang berpakaian polis
terpacak di halaman rumahnya.
“Ye Encik,
boleh saya bantu?” Soal Siti Syafa. Pak Sakor yang terlihat kelibat polis di
luar terus panik. Pantas dia berlari menuju ke pintu belakang. Dua orang polis
yang terperasan kelibat manusia yang berlari terus mengejarnya. Hampir 10 minit
sesi kejar-mengejar berlaku dan akhirnya Pak Sakor di tangkap.
“Kenapa ni
bapak?” Soal Siti Syafa yang sudah mula mengalirkan airmata bila bapaknya di
tangkap.
“Minta maaf
cik, kami terpaksa menahan reman Encik Sakor atas tuduhan membantu penjualan
dadah. Kami kena buat siasatan lanjut.” Balas polis tersebut. Pak Sakor sudah
memaki hamun walaupun tangan sudah bergari.
“Aku tak salah
Syaf, ada orang sabotaj aku sebab aku hutang dengan dia” Jerit Pak Sakor pada
Siti Syafa. Lantas tubuhnya di tolak pihak polis masuk ke bahagian perut
kereta.
Orang kampong
yang berhampiran sudah memandang sesame sendiri. Siti Syafa rebah ke lantai
bersama airmata yang sudah mengalir di pipi.
‘Ni ke sebab
bapak nak sangat Kak Ella nikah dengan duda tu? Sebab bapak nak duit?’ Bicara
Siti Syafa sendirian. Selang beberapa minit Syarmimi sampai di rumah Pak Sakor.
Tubuh Siti Syafa yang terduduk di anjung rumah di peluk. Kepala Siti Syafa di
usap.
“Akak dah
bagitahu Kak Ella, dia suruh Syaf ikut akak pergi KL” Ucap Syarmimi. Siti Syafa
menggeleng.
“Tak, Syaf tak
kan susahkan kak Ella lagi. Syaf dah boleh berdikari.” Balas Siti Syafa bersama
esakan kecil.
“Tapi Kak Ella
risau kalau Syaf tinggal sorang-sorang dekat sini.” Ucap Syarmimi lagi.
Syarmimi membantu Siti Syafa bangun. Tongkat di hulur pada Siti Syafa. Mereka
berjalan beriringan masuk ke ruang tamu.
“Akak jangan
risau, Syaf ok. Lagipun jiran-jiran dekat. Syaf perlukan masa sendiri.” Sambung
Siti Syafa lagi. Bersungguh dia tidak mahu mengganggu kehidupan Ella. Cukuplah
Ella dah menanggung kos sara hidup dirinya.
Lama perbualan
Syarmimi dan Siti Syafa di ruang tamu. Sesekali terdengar Syarmimi mengeluh
panjang. Kalau dulu dia begitu simpati pada gadis yang bernama Ella Eddya, kini
Siti Syafa pulak. Sedih betul!
…………………………
“Asal ni?
Runsing je dari tadi? Ubah fikiran ke?” Soal Adlishah pada Ella yang
menghalakan pandangannya ke langit. Cantik bintang-bintang yang bertaburan di
langit. Seolah-olah tersenyum pada Ella.
“Adik aku tu…”
Balas Ella tak habis. Adlishah merapatkan kerusi plastik di tepi kerusi malas
Ella. Pandangan turut di hala ke langit juga.
“Kalau kau
risau sangat, aku tak kisah pun kau nak bawak dia ke sini.” Ucap Adlishah. Tahu
Ella buntu dengan masalah Pak Sakor yang tiba-tiba di reman polis.
“Ni pengajaran
untuk bapak kau tu, mungkin dengan cara ini dia boleh berubah.” Ucap Adlishah
memberi semangat.
“Shah…” panggil
Ella dengan suara yang serak-serak basah tu. “Hermm…” Balas Adlishah.
Masing-masing masih lagi leka menghadap pandangan ke langit.
“Dalam dunia
ni, memang tak de tempat untuk orang macam kita ke? Hina sangat ke jadi anak
pungut dengan anak luar nikah ni?” Soal Ella sedikit sebak. Entah kenapa,
fikirannya teringat sewaktu dia kecil. Sering di hina dan di maki oleh
kawan-kawan sekolah.
“Aku pun tak da
jawapan untuk tu. Yang aku tahu, setiap bayi yang lahir tu putih bersih. Ibu
bapanyalah yang mencorakkan untuk jadi baik atau buruk. Bila aku fikir balik,
aku bersyukur juga sebab dapat Papa yang bertanggunjawab macam tu” Balas
Adlishah. Fikiran Ella ligat memikir perkara yang selama ini ingin di tanya.
“Macam mana Tan
Sri boleh dapat anak luar nikah? Bukan ke dia dah ada isteri masa tu?” Soal
Ella berani. Adlishah menghela nafas panjang.
“Mak kandung
aku GRO. Satu hari Papa ada problem, dia keluar dengan kawan –kawan dia dekat
Kelab. Entah macam mana, Papa aku terbuat perkara-perkara tu. Ibu cakap, masa
bapa buat perkara tu, dia dalam keadaan khayal. Selang bebrapa bulan, ada
perempuan datang rumah, and bagitahu yang dia mengandung anak Papa.” Adlishah
membuka cerita lama.
“Ibu? Sapa
ibu?” Soal Ella. “Oh, ibu tu ibu kandung Adrian. Bila buat check doctor, memang
terbukti tu anak Papa, masa tu Ibu pasrah. Ibu paksa Papa nikah. Tapi hidup mak
kandung aku tak lama. Lepas je lahirkan aku, dia meninggal. So, ibu lah yang
jaga aku” Balas Adrian sedikit sebak.
“Kuat betul
hati ibu kau…” Balas Ella. Adlishah terbangun dari kerusi plastik. Airmata
pantas di seka.
“Ibu tak pernah
bahagikan kasih sayang antara aku dan Adrian. Kalau ibu marah, dia akan marah
kami berdua. Kalau Adrian buat salah, kami akan dihukum bersama sebab aku tak
nasihat abang aku, begitulah sebaliknya. Dia didik kami supaya kami saling
memerlukan. Sebab tu aku rapat sangat dengan Adrian.” Sambung Adlishah lagi.
“Bila yang kau
dapat tahu yang kau ni anak luar nikah? Aku tahu yang aku anak pungut ni sejak
Syaf lahir lagi. Tak silap masa tu umur aku 6 tahun?” Balas Ella lagi.
Adlishah
kembali duduk. “Ibu tak pernah bagitahu semuanya, sampailah satu hari, kami ada
makan-makan di rumah Tok Pa dengan Tok Ma. Masa tu umur aku 11 tahun. Abang
Rian yang bongkarkan semuanya sebab Tok Pa dengan Tok Ma yang bagitahu dia.”
Balas Adlishah lagi.
“Ooo… Dah lah,
tak yah ingatlah semua tu. Benda dah lepas. Bila aku fikir balik, bukan kita je
yang senasib macam ni. Ramai lagi dekat luar tu. Bukannya kita minta nak jadi
macam ni.” Balas Ella seraya bangun dari kerusi malas. Ella bergerak menuju ke
dalam rumah kecilnya.
“Ella” Panggil
Adlishah. Ella menoleh pada Adlishah yang sudah bangun dari kerusi.
“Lusa aku
jemput aku…” Balas Adlishah seraya turun ke bawah. Ella melajukan langkah ke
dalam rumah rooftopnya. Lusa dia akan bernikah dengan Adlishah Tan Sri
Armanshah di rumah banglo Tan Sri Armanshah. Tiba-tiba nervous pulak hati Ella.
Yelah! Ella pun ada perasaan jugak!