ROZAmenoleh Yuyu seketika. Dia tersenyum-senyum sendiri walaupun muka Yuyukelihatan masam kerana kelewatannya. Sepatutnya Yuyu ceria dan banggapekerjaannya dah selesai tapi sebaliknya pula.
“Siapa lelaki handsome yang berbual dengan kau tadi?” Roza memecah kebisuan. Takguna Yuyu tarik muka, dia bukan peduli pun.
Irama jantung Yuyu kembali rancak bilaRoza bertanya tentang Najmi. Niqab ditanggalkan. Sempat wajahnya dilihat padacermin. Semua itu harus dibersihkan sebelum sampai ke rumah.
“Wei, jawab la. Lelaki tu siapa?”pinta Roza ingin tahu.
“Model,” jawab Yuyu malas. Tisu basahdari beg sandangnya dikeluarkan.
Roza menoleh apa yang dilakukan Yuyusebelum kembali memberi tumpuan ke atas stereng kereta yang dipandunya.
“Macam mesra aje kau orang berboraktadi. Kenal ke?”
Yuyu menggeleng. “Baru kenal tadi,”jawabnya masih membersihkan solekan di muka.
“Biar aku teka, dia nak hantar kaubalik, kan? Dan lepas tu kau tolak.”
“Tak payah teka-teka. Memang tu punyang jadi,” jawab Yuyu mendatar. “Kau tu, lambat kenapa?” Kanta lekapditanggalkan pula.
“Macammana kalau tadi penggambaran tu habis awal? Tak aniaya aku duduk situ tunggukau,” bebel Yuyu geram.
“Jumpa Zeel la, mana lagi? Tengokwayang. Takkan nak suruh aku menguap tunggu kau habis shooting,” jawab Roza bersahaja. Lagipun bukan selalu dia bolehjumpa tunangnya itu. Sebulan mungkin empat atau lima kali saja. Itu pun kalauZeel tak sibuk outstation atau turunke pelantar minyak. Bukan mudahberkerjaya sebagai seorang jurutera petroleum.
Yuyu hembus nafas keras. Ada sajamasanya Roza mahu ambil kesempatan. Teruk sangat ke sakit rindunya itu? Dia takfaham, dia belum melalui detik cinta. Tapi tadi sempat hatinya melalui detikdebar ketika menatap mata Najmi. Ah, sudah! Jangan buat pasal. Uminya belumtentu mahu menerima seorang menantu bergelar model. Dia harus kembaliprofesional dan menganggap semua yang berlaku tadi hanyalah perkara biasaketika dua orang yang tidak dikenali pertama kali berjumpa.
“Yu, tadi umi telefon. Dia kata takdapat call kau,” beritahu Roza.
Yuyu pejam mata dan mengeluh kecil.Lama sangat dia keluar `cari` kerja. Sekarang hampir 5.00 petang, waktu pejabatjuga dah tamat. Dia dan Roza mungkin sampai rumah sebelum pukul 6.30 ataulebih. Jalan raya semakin sesak dengan kenderaan.
“Aku nak jawab apa kat umi kejaplagi?” keluh Yuyu. Kalau beraksi untuk katalog atau media sosial dua jampenggambaran saja kerjanya dah siap dan dia boleh segera balik. Yang tadi ambilmasa lama untuk disudahkan.
“Tak jawab pun tak apa. Aku dah tolongjawab kan.”
“Kaujawab apa?” Roza buat Yuyu gelabah.
“Masaumi tanya tadi... aku cakap kau teman AuntieAnn hantar barang kat customer. Akupulak tolong jaga butik. Umi kata okey, dia suruh kau balik lepas sampaibutik,” beritahu Roza.
Yuyu angkat kening. Kawannya nisemakin banyak mencipta penyakit. Satu hari nanti kalaulah rahsia merekaterbongkar, uminya pasti marah besar.
Roza tersengih. Dia rasa hebat keranatelah selesaikan masalah Yuyu lagi.
Yuyu jatuh bahu dan termenungmemandang cermin depan kereta. Kerana terlalu sukakan fesyen dan banyak ambiltahu mengenai fesyenlah dia terjebak dalam dunia peragaan. Teringat kata-kataakhir Ash, ketua editornya dulu;
“Sekarang youkena pilih, nak jadi Kayla si model jelita atau Yuyu, si editor fesyen? You takmungkin boleh berada di dua tempat dalam satu masa.”
Yuyumengeluh lagi. Antara sebab lain dia berhenti kerja bukanlah kerana mahu sangatjadi model terkenal. Tapi sebab tak tahan dengan Ash yang selalu menuduh dialupa diri kerana semakin kurang menonjol dalam menyumbang idea terhadap projekmajalah yang mereka uruskan.
“Jangan risau la, kita selamat. Umi tupercaya aje kat kita,” kata Roza cuba yakinkan Yuyu.
Yuyu tersenyum hambar. Mana mungkin diaselalu sekata dengan Roza. Ada-ada masa perasaannya dihantui rasa bersalahjuga.
“Macammana kalau umi call Auntie Ann?”
Roza kemam bibir dengan mataterbeliak. Yang tu memang dia tak fikir. Harap-harap Puan Anum tak buat begitu.
Yuyu menjeling ke atas dan menggeleng.Sekarang mereka hanya boleh berharap AuntieAnn cukup sibuk untuk menjawab sebarang panggilan.