TASHAmerapi solekan akhir di mata Yuyu. Tugasan Yuyu hari itu mempamer kecantikanpembayang mata yang digunakan. Kanta lekap berwarna coklat menjadikan mata Yuyusemakin menyerlah. Sesuai dengan tema penggambaran yang bercirikan Arab. Sesuaijuga dengan imej Yuyu yang sering menjadi model pakaian Muslimah. Yuyumengenakan niqab ke muka supaya penampilan ala Arabnya menjadi lengkap. Lagipunketika bekerja sebagai model Muslimah dia memang berniqab. Mudah juga baginyauntuk menyembunyikan wajah sebenar daripada orang lain.
Yuyutersenyum memandang mata sendiri di cermin. ‘Renungan mata yang galak danmempesona. Pasti buat hati tertanya-tanya tentang kecantikan wajah di sebalikkain penutup muka ni.’ Dia perasan sendiri.
“Cantiknya mata awak. Sangat memukau,”puji Tasha puas hati dengan hasil sentuhan sendiri. Kalau dia pun terpesona,pasti penonton juga begitu. Nampak gayanya impian pemilik alat solek yangdigayakan Yuyu itu mahu melihat pembayang matanya laris di pasaran akantercapai.
Dari sebalik kain penutup muka Yuyutersenyum. Malu dipuji begitu. Dia tengok muka sendiri dalam cermin lagi.Memang sentuhan solekan Tasha terlalu menyerlah. Dia pun hampir tidak kenaldiri sendiri. ‘Kalau dah macam ni rupa aku sah-sah umi takkan sedar bila mukani terpampang kat TV atau majalah nanti’ Yuyu kembali lega. Betul kata Roza diaterlalu risau.
“Awak kenal model lelaki yang bakalberpasangan dengan awak nanti?” tanya Tasha. Sebelum mula bekerja model perlusaling kenal. Taklah mereka kekok beraksi.
Yuyu menggeleng perlahan. Baru sedarkali itu dia akan bekerja dengan seorang model lelaki. Ketenangan yang barudirasai tadi menghilang. Hatinya dilanda gemuruh.
“Saya pun tak kenal dia. Tapi pernahtengok. Orangnya boleh tahan handsome.”Tasha senyum meleret. Biasalah kalau gadis solo sepertinya suka melihatkumbang-kumbang indah berterbangan. Tapi memang bonus kalau seorang model adamuka yang menarik.
“Dia macam mana?” selidik Yuyu. Entahkenapa ritma jantungnya tidak stabil memikirkan model lelaki itu. Bukan dia takpernah bekerja dengan model lelaki tapi kali ni lain sikit.
“Tadi saya tengok dia macam peramahdan baik hati,” beritahu Tasha sambil membayangkan lelaki yang dimaksudkan.Bibirnya meleret senyuman lagi.
Yuyu tarik nafas. Kenapa tapak tangannyaterasa sejuk? Takkan sebab Tasha kata model lelaki tu tampan sangat dia jadiresah? Atau sebenarnya dia memang risau gagal melakonkan babak-babak iklansekejap lagi.
“Kayla, tengok sana,” arah Tasha.Bibir dimuncungkan ke arah set penggambaran. Sambil pegang berus solekan diabuat muka teruja.
Dari celah tiang-tiang lampu yangmenghala ke set penggambaran Yuyu memandang seorang lelaki berkot putih yangtinggi lampai. Wajahnya masih belum jelas kelihatan tapi gayanya mempesona.
“Dia la yang saya kata tadi tu,”senyuman tak lekang dari bibir Tasha. Matanya tak lepas memerhatikan lelaki ituberbual mesra dengan beberapa orang kru di situ.
Yuyu juga masih memandang model lelakiitu.
“Kan saya dah cakap tadi. Dia handsome,” kata Tasha sambil menjelingYuyu. Tak sangka Yuyu juga akan terpukau.
Yuyu palingkan muka ke tempat lain.Apa yang dia sedang rasa ketika itu? Entah. Rasa hatinya cukup misteri untuk ditafsir.
“Kayla...” laungan Eric dari setpenggambaran membuatkan Yuyu memandangnya.
Lelaki model itu turut memandang siapayang dilaung pengarah mereka hari itu. Sedetik mata Yuyu dan lelaki model itubertemu sebelum Yuyu mengalihkan pandangan kepada Eric yang melambainya.
“Kita dah nak mula,” beritahu Eric.
Entah kenapa Yuyu rasa sukar mahubernafas. ‘Ya ALLAH...’ Dia pejam mata sedetik sebelum bergerak ke tengah set.