“Kitaorang baru kenal la,” beritahu Roza. Dia pandang Najmi lagi. “Mesti Najmidatang sini sebab Kayla, kan?” duga Roza mahu Zeel faham Najmi ke situ bukankeranya. Tak payahlah nak cemburu sangat.
Najmi senyum meleret dan mengangguk.Setiap kali dengar nama Kayla disebut hati dia rasa bahagia.
Zeel pandang Najmi sebelum kembali pandangRoza.
“Kayla?Awak pun kenal dia?” sejak bila Roza terlibat dengan dunia model? Hisy! Kenapabanyak benda yang dilakukan tunang sendiri tak diketahui?
“Kayla tu kawan saya,” jawab Roza.
“Sejak bila? Kenapa saya tak tahupun?” Zeel masih menyiasat.
“Lama dah. Saya tak pernah ceritaaje,” jawab Roza lagi. “Kejap ye?” pintanya kemudian. Dia pandang setpenggambaran. Nampaknya kerja Yuyu baru selesai. Yuyu yang sedang mencarinyadilambai.
Dari jauh Yuyu nampak Roza bersama duaorang lelaki. Perlahan dia mengatur langkah mendapatkan mereka. Semakin dekat...Ah, sudah! Apa yang Najmi buat kat situ? Kalau Zeel tu dia fahamlah.
“Hai,” sapa Najmi sebaik Kaylamenyertai mereka..
“Hai,” balas Yuyu.
Zeel merenung Yuyu. Wajah itu diamati.Mata gadis itu memang cantik seperti Najmi katakan, tapi andai pembayang matadan bulu mata palsu yang dipakai gadis itu dibuang pasti lebih cantik. Diajenis lelaki yang suka menikmati keaslian wajah seorang perempuan. Mata ituterus direnung. Kenapa dia rasa macam kenal muka di sebalik niqab tu?
“Penggambaran awak dah habis ke?”tanya Najmi sambil tengok jam tangan.
Yuyu angguk. Hampir 2.00 petang.Sepatutnya penggambaran itu selesai jam 12.00 tengah hari tadi. Sayangnyajurugambar masih belum puas hati dengan sudut-sudut yang dirakam, terpaksalahmereka teruskan sampai semua gambar yang dirakam memenuhi ciri-ciri yangdimahukan jurugambar.
“Kalau macam tu boleh la kita pergimakan,” ajak Najmi. “Awak mesti belum makan, kan?”
Yuyu gigit bibir. Roza dipandang.
Najmi cuit lengan Zeel, mengharapkantindak balas positif kawannya itu. Paling tidak pun pujuklah Roza supaya setujuikut mereka ke mana-mana gerai atau restoran dan Kayla pasti ikut sama.
“Kalau dah pukul dua ni baru habiskerja mesti lah\ tak makan lagi... Jom la pergi makan. Najmi belanja,” ajakZeel. Demi niat baik kawannya yang mahu memikat calon isteri dia membantu.
“Elok juga tu. Alang-alang dah adaorang nak belanja ni, jom la.” Roza pula main peranan.
Yuyu tiada pilihan selain mengangguk.“Boleh. Tapi saya nak tukar baju dan ambil beg dulu,” katanya.
Roza mengangguk. Dia pun perlumengambil beg tangan juga. Untuk seketika mereka berdua hilang di belakang vanyang menjadi tempat kru dan model lain menyimpan barang.