Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 20

“Ya,dah,” jawab Yuyu perlahan.

          “Kalau macam tu tak apa la,” dalamkecewa datang pula akal baharu Najmi. “Tengah hari nanti mungkin kita bolehmakan sama,” pintanya masih belum putus asa. Dia mesti mendekati Kayla secepatmungkin dan mendapatkan nombor telefonnya.

          Mulanya Yuyu nak tolak tapi niatnyabertukar. Tak salah juga mereka mulakan langkah persahabatan.

          “Boleh?” tanya Najmi lagi. Harapsangat Kayla tak berdalih.

          Yuyu pandang Najmi dan menganggukperlahan. ‘Tak baik hampakan orang,’ bisik hatinya.

          Aaa... Najmi rasa bahagia. Diatersenyum senang hati.

          “Emm...” Yuyu bersuara lagi.                                                                      

          Najmi pandang mata Kayla lagi. Bukanniatnya nak buat Kayla gugup bersuara tapi hanya bahagian itu saja yang bolehdilihat.

          Yuyu tundukkan sedikit muka. Malu direnungbegitu. “Nama awak... saya terlupa,” akui Yuyu.

          Najmi ketawa kecil. Nama lelakisetampan dia pun boleh lupa?

“SayaNajmi. Najmi Rayis,” beritahunya dengan senang hati. Najmi rasa dia berpeluangmendekati gadis itu.

          Yuyu mengangguk faham. ‘Nama yangindah,’ bisik hatinya. Najmi dipandang semula.

“Awakpun terlibat dengan photo shoot harini ke?” tak pula dia dimaklumkan ada model lelaki akan turut serta dalampenggambaran hari itu. Lagipun takkan Najmi mahu mengayakan koleksi jubahwanita.

          “Tak... saya saja datang jumpa Eric,kebetulan ternampak awak,” beritahu Najmi. Walhal dia memang datang ke situkerana Kayla.

          Yuyu mengangguk. “Kita jumpa nanti.Saya nak bersiap.”

          “Ya, silakan,” balas Najmi. Diamemandang Kayla pergi. Pastinya ruang solek model Muslimah seperti Yuyudisediakan khas dan tertutup.

 

 

 

TIDAKperlu menemani Najmi makan tengah hari terlalu jauh. Flora Kafe  juga ada segala-galanya. Dari sarapan pagihinggalah hidangan malam. Yuyu melihat Najmi begitu berselera menikmati hidangansedangkan dia malu-malu nak makan semeja.

          Najmi memerhati. Kalau boleh dia nakKayla tanggalkan niqab dan makan dengan lebih selesa tapi risau dirinyadianggap biadab. Kalau Kayla tak pernah rasa terseksa berkeadaan begitu kenapadia nak berlebih-lebih.

          “Kafe ni selalu nampak cantik walaupunmusim selalu berubah,” kata Najmi memuji dekorasi kafe itu yang berhiasbagaikan sebuah taman bunga. Idea kreatif pemiliknya memang patut dipuji.Pandai mencipta ceria dan suasana romantik untuk memikat pelbagai golongan kesitu.

          Yuyu mengangguk. Dia juga terpesona dengankeunikan dekorasi kafe yang terhidang depan mata. Sempat juga dia berangan sedangdilamun cinta di taman bunga ciptaan Flora Kafe. Mungkin hatinya sedang hilangwaras. Yuyu kemam bibir. Dia kena banyak istighfar sebelum mengimpikan sesuatuyang macam tu.

          Untuk seketika mereka diam sambilmenikmati makanan. Yuyu hela nafas dan menghembuskannya perlahan. Dia sudahselesai makan.

“Makanankat sini sedap. Terima kasih sudi belanja.” Yuyu sudah sedia nak pergi tapiRoza macam sengaja nak dia berlama-lama di situ. Ah, kawannya tu selalu je bagimasalah. Jam hampir 2.00 petang pun tak muncul-muncul.

          Najmi mengangguk sebagai membalasucapan terima kasih tadi.

“Selainmodel, apa pekerjaan tetap awak?” Kali itu banyak sangat mahu diketahui.

Previous: Episod 19
Next: Episod 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.