“Dahsyatnyaaura gadis tu. Mesti dia gadis luar biasa. Dan kau kena cepat bawak dia jumpamama. Kalau tak nak mama bawak gadis lain jumpa kau!” Sarah bukan nak takutkanNajmi, tapi mama mereka macam dah makin bersungguh dengan niatnya. Baru petangsemalam dia diberitahu, mama mereka terjumpa kenalan lama di sebuah majliskahwin. Kenalan lama mama mereka ada anak gadis yang masih solo. Najmi rasa itumain-main?
Najmi hela nafas panjang. “Sekarangbukan masa sesuai nak cakap pasal tu.”
Najmi merenung gambar dia atas meja.“Kita selesaikan kerja dulu,” katanya.
Sarah melepaskan keluhan sebelummemutar bola matanya ke atas. “Kalau kau terperangkap dengan desakan mamananti, jangan cakap aku tak ingatkan supaya kau melangkah lebih dulu daripadamama,” pesan Sarah geram.
Najmi buat tak dengar. Pilihan gambarkulit depan untuk majalah keluaran akan datang dilihat. Kan bagus kalau nak kanKayla jadi teman hidupnya semudah memilih kulit majalah tu. Tunjuk saja manayang disukai dan dia mendapatkannya.
YUYUpejam mata rapat-rapat. Nafas ditarik dalam-dalam. Terasa nafas dihembus beratpula. Hidupnya kebelakangan ni memang penuh dugaan. Ada pekerjaan yang menjaminmasa depan dilepaskan begitu saja. Tapi dia ada sebab lain melepaskan jawatanitu. Sebab dia rimas dengan Ash, ketua editornya itu suka berlagak seolah-olahmereka pasangan kekasih. Harap-harap kalau dapat kerja baru hal macam tu takkanberulang lagi. Walau dah berhenti kerja Yuyu sedar dia tetap tak boleh laridaripada Ash. Terpaksa juga berbaik-baik sebab Ash tahu siapa Kayla dan dirinya.Bodohnya dia ketika sudi jadi model bidan terjun untuk satu seisi penggambaranmajalah terbitan syarikat tempat dia kerja dulu.
Sebelumni Ash pernah berniat nak berkenalan dengan keluarganya. Yuyu tahu tu bukanniat sebenar Ash. Lelaki tu cuba mengugutnya. Atas alasan itu jugalah dia tak nakNajmi tahu tentang siapa dia sebenarnya. Dia tak nak tambah masalah.
Mata dibuka dan telefon pintardicapai. Roza dihubungi.
“Assalamualaikum...” ucap Yuyu lemah.
“Waalaikumsalam. Em, ada apa? takceria aje bunyinya pagi ni?”
“Ada tawaran baru. Tak tahu la kenapatawaran asyik datang dalam keadaan aku susah nak terima,” keluh Yuyu.
“Ada lagi?” Murah betul rezeki Yuyu.
Yuyu angguk walau Roza tak nampak.
“Alhamdulillah... rezeki,” usik Rozapanjang.
“Rezeki la sangat!” Yuyu rasa rugipula nak lepaskan tawaran daripada Binda skarf, syarikat tudung eksklusifala-ala Fareeda.
“Aku da mati akal nak menipu umi. Lainla kalau kau pergi jumpa Ash dan mintak balik jawatan kau tu. Aku rasa dia terimakau balik tu,” cadang Roza tahu Yuyu sayang nak lepaskan tawaran tu. Walausebelum ini Yuyu cakap nak berhenti seketika.
“Tak nak la!” tolak Yuyu.
“Kalau macam tu terpaksa la kau tolaktawaran tu.”
“Kalauboleh kata ya tanpa halangan kan bagus!”
“Rileksla. Kalau rezeki kau nanti ada la jalan tu,” pujuk Roza.
“Yela...” perbualan mereka tamat. Sekejap kemudian telefon pintar Yuyu berbunyi. Whatsapp. Tapi bukan Roza.
“Semak!”marah Yuyu. Namun mesej dibalas juga.