Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 36

Yuyumenggeleng. Tak habis-habis Roza nak dekatkan dia dan Najmi. Ingat dia takboleh teka ke kenapa Najmi tiba-tiba muncul di situ? Tadikan dia dah beritahuNajmi, dia tak keluar malam dengan lelaki. Takkan Najmi nak ajak keluar lagi.

 

 

 

YANGYuyu rasakan tak mungkin tu jugalah yang terjadi. Bunyi telefon membuatkan diatersentak. Telefon pintar yang terletak atas meja berhampiran cermin muka didapatkan.Nama Najmi tertera di skrin. Yuyu hembus nafas. Ikon jawab disentuh.

          “Ada apa ya?” tanya Yuyu setelahbertukar salam dengan Najmi.

          “Jom keluar,” jawab Najmi.

          Yuyu kemam bibir sambil cari jam yangboleh dilihat. Jam dinding menunjukkan hampir 8.00 malam. ‘Keluar? Tadi akuberitahu Najmi aku tak keluar malam. Macam mana? Langgar prinsip yang buat akunampak baik tu? Kalau tunggu Roza balik entah pukul berapa?’ Dia tak mahusendiri. ‘Agaknya aku terpaksa buat-buat lupa dengan apa yang aku kata padaNajmi tadi kot.’

          Lama sangat Yuyu membisu Najmibersuara lagi, “Kayla, saya janji kita keluar sekejap je. Lagi pun buat apaawak duduk dalam bilik tu sorang diri.”

          ‘Najmi tau aku tinggal sorang?’ Yuyukecilkan mata.

“Manaawak tahu saya sorang?” Najmi mengintip dirinya ke? Langsir tingkap diselak.Daripada mana? Depan tingkap biliknya itu laut. Tak ada bangunan pun.

          “Saya dan Zeel kan sebilik. Kalau diakeluar dengan Roza mestilah sekarang awak tinggal sorang,” jelas Najmi. “Atauada kawan lain yang teman awak dalam bilik tu?” sengaja dia takutkan Yuyu.

          Yuyu pandang sekeliling bilik. “Takada,” jawabnya kemudian. Kawan lain tu siapa? Cicak? Semut? Atau... Yuyu takberani fikir jauh lagi. Silap-silap karang ada yang dia lari keluar bilikdengan Pjamas saja.

“Sepuluhminit lagi saya tunggu awak kat lobi,” beritahu Najmi sebelum tamatkanpanggilan.

“Eh,Najmi...” Yuyu terdiam. Cermin dipandang. “Kena bersolek macam Kayla lagi lani.” Dia jatuh bahu.

 

 

 

NAJMItersenyum di saat melihat Yuyu melangkah mendapatkannya. Tubuhnya yang begituselesa bersandar di sofa lobi Hotel Mahkota itu ditegakkan.

“Hai,”sapa Najmi ketika Yuyu terus mengambil tempat di hadapannya.

          “Hai,” balas Yuyu sambil pandangNajmi.

          Najmi tersenyum. Mata yang dirindu.Dia dah benar-benar jatuh hati. “Apa kata kita pergi sekarang,” ajak Najmibetul-betul tak nak Yuyu terlewat pulang ke bilik. Sebagai lelaki dia harusmenunjukkan sikap memahami kepada gadis itu.

          “Ke mana?”

          “Makan. Saya nak balas untuk angkakedua nombor telefon yang awak bagi tu,” jawab Najmi. Takkan dia yang dirasukcinta, Yuyu pula yang hilang ingatan.

          “Oh.” Yuyu ketawa kecil. “Semuanya adasepuluh nombor. Bermakna awak akan hutang saya lapan kali lagi,” guraunya cubamenceriakan suasana. Berdua dengan Najmi buat dia rasa janggal dan tidakselesa. Dia tak rasa Najmi sama seperti lelaki lain yang pernah dikenali. BetulNajmi tu model bergaya, tampan dan menarik tapi ada yang lain dari itudirasakan.

          “Jom,” ajak Najmi gembira. Melaka tudah macam rumah keduanya. Mana-mana restoran yang menghidangkan masakan sedapdia tahu saja.

          “Najmi...” Yuyu belum mahu melangkah.

          Najmi pandang Yuyu.

          “Pasal nombor tu, saya gurau je. Janganla ambil serius,” pinta Yuyu. Tak sampai hati tengok Najmi lurus sangat. Kalaudia tak terus-terang mungkin awal pagi esok Najmi akan balas untuk nombor ketiga pula. Hari-hari makan belanja orang dia rasa tak sedap hati.

          Najmi senyum sebelah bibir.

“Sayatak kesah pun. Bukan masalah besar. Jom. Saya tak nak awak balik lewat,” balasNajmi. Kalau dengan sepuluh kali belanja Yuyu makan akan buat gadis itumencintainya, apa salahnya?

          Yuyu tarik nafas dan cuba bertenang.Langkah Najmi dituruti dari belakang.

 

Previous: Episod 35
Next: Episod 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.