Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 07

“HAI?”sapa Najmi mesra setelah Yuyu dan Tasha berdiri di hadapan Eric.

          “Hai,” balas Tasha sempat menyentuhmanja dada Najmi dengan belakang berus alat solek di tangannya. Ah, kalaulahlelaki itu berjaya digoda, pasti takkan dilepaskan. Wajah itu saja sudah buathatinya terbuai, belaiannya pasti buat dunia terasa hilang. Oh! Dia terjatuh cinta.Kenapa bukan dia saja yang ditugas menyolekkan lelaki itu di belakang sanatadi? Kenapa rakannya yang mendapat peluang itu? Tasha sedikit terkilan.

          Yuyu hanya diam memerhatikan Tasha.Jurusolek pun manusia juga. Bila terjatuh suka pada seseorang tak sedar pulaperangai gedik yang ditunjukkan. Dia menggeleng dalam hati.

           “Youni cantik la,” puji Najmi dengan senyuman. Dia tahu Tasha akan rasa terawangmendengar pujiannya. Tapi pedulilah, siapa suruh gadis itu tidak menjagatingkah laku sendiri. Pandangan Najmi beralih kepada Yuyu yang diam tanpasuara. Gadis itu kelihatan berbeza dengan model-model wanita yang pernahditemui. “Hai, saya Najmi. Selamat bekerjasama,” tangan dihulur.

          Yuyu meletakkan tangan kanannya kedada kiri dan menundukkan sedikit badan sebagai menghormati salam perkenalandaripada Najmi.

“Kayla,”balas Yuyu perlahan.

          Najmi tersenyum senang hati. Wajah disebalik niqab itu pastinya lebih memukau. Secantik mata model bernama Kaylaitu. Sewaktu mereka saling berpandangan, mata itu perkara pertama yang menarikperhatiannya. Terlintas pula dalam fikiran Najmi nak tengok wajah Kayla denganlebih jelas. Mata yang galak mempesona tu bagaikan milik seorang gadis Arab.Bukan ke kata Eric tadi pasangannya dalam iklan itu juga seorang gadis Melayu.Mungkin gadis di hadapannya ini mempunyai darah kacukan.

          Yuyu pandang Najmi dengan perasaangugup.

          Bibir Najmi yang murah dengan senyumantersenyum lagi.

“Dalamiklan ni awak akan jadi gadis yang buat saya jatuh cinta. Dan mata yang memukautu benar-benar buat hati saya terjatuh,” beritahu Najmi. Kalau gadis itu rasadia main-main, pastinya tidak. Apa yang dikatakan, itu juga yang dirasakan dihati. Kenapa, ya? Dalam ramai-ramai model perempuan yang pernah ditemui diarasa yang ini berlainan.

          Yuyu mengerdip matanya. ‘Ah, lelaki nisengaja nak aku pengsan kat sini agaknya. Pandai berkata-kata,’ nafas dihembusperlahan. Mencari lebih banyak ketenangan. Apa lagi ketika itu Roza tiadamenemaninya.

          Wajah Tasha pula sedikit monyokmendengar kata-kata usikan Najmi. Dia yang kurang tinggi dan tidak bertubuhseperti model tu Najmi tak nak jatuh cinta ke? ‘Bahaya mulut lelaki ni. Semuaperempuan dipuji. Siapa terpedaya pasti jadi mangsa.’ Tasha cuba ingatkan dirisendiri.

          “Dah, jangan nak main cinta dalam setpenggambaran aku,” tegur Eric. Dia tahu Najmi tak ada niat macam tu, tapi diarisau Yuyu ambil serius dengan kata-kata Najmi. Bukan sedikit model perempuanyang menyimpan perasaan terhadap Najmi dan akhirnya kecewa sendiri. Mana takkecewa kalau Najmi bukan jenis lelaki yang suka gunakan kelebihan diri untukmemperdaya orang lain walau dia boleh buat begitu.

“Manaaku ada niat macam tu,” balas Najmi. Selalunya kalau dia mengusik tujuannyapasti tak lain, dia hanya nak buat sesiapa saja yang digandingkan dengannyaselesa bekerjasama. Kerja mereka lebih mudah dan cepat selesai.

“Main-maincinta untuk beri kesan yang lebih dramatik tak apa, kan?” tambah Najmi. Sempatmatanya melirik Kayla yang tertunduk memandang lantai. Malu dengan dirinya atausengaja buat-buat tak dengar.

          “Ya, kalau tak melarat sampai lukakanperasaan orang aku tak kesah,” balas Eric sambil memberi isyarat mula. Monitoryang tidak jauh dari situ didapatkan.

BilaEric sudah duduk di kerusi pengarah bererti tugas mereka semua bermula. Tashaberlalu dari situ. Najmi dan Yuyu saling berpandangan seketika. Yuyu harap diatak kekok melakukan adegan yang harus dilakonkan bersama Najmi.

                                              

 

 

“PENAT?”

          Mendengar suara itu Yuyu terus sajamendongak. ‘Dia lagi,’ keluh hatinya. Tak puas ke Najmi membuli dirinya di settadi? Hampir-hampir saja dia terjatuh kerana tersadung kaki lelaki tu. Selepasini entah berapa kali lagi mata mereka perlu saling bertentang dan pekerjaanitu diisytiharkan selesai.

          Melihat Yuyu masih memandangnya denganpenuh pertanyaan, Najmi cuba menyentuh tangan Yuyu.

          Yuyu tersentak. Pantas tangannyaditarik ke bawah. ‘Dia ni suka hati aje nak pegang tangan orang!’ Marahnyadalam hati.

          Najmi mengulum senyum. Langsung takmenyangka Kayla benar-benar model Muslimah. Bukan seperti model biasa yangditemui, yang berlagak sopan di hadapan kamera tapi seksi di belakang. Dia mulayakin Kayla memang lain daripada yang lain. Mungkin juga edisi terhad yangperlu didapatkan segera.

“Maaf,”pinta Najmi. “Awak minum la dulu. Kejap lagi babak kedua dah nak mula,” kotakminuman dihulurkan. Dia tak ada niat pun nak pegang tangan Kayla secarasuka-suka.

          Yuyu cuba tersenyum. Minuman kotak itudiambil.  Matanya meliar mencarikalau-kalau Roza telah kembali ke situ.

‘Takkanla jumpa tunang sampai lupa kawan yang kau tinggalkan kat sini.’ Yuyu tak puashati. ‘Roza... kau tu memang teruk! Sepatutnya teman la aku buat kerja sampaihabis. Ni pertama kali aku berlakon iklan, berilah sokongan padu.’ Yuyubermonolog sendiri. Tak selesa Najmi tetap berdiri dekat dengannya.

          Seketika kemudian Eric kembali memberiarahan agar mereka menyudahkan babak kedua.

          “Ini yang terakhir,” beritahu Najmidan segera melangkah ke set penggambaran.

          Yuyu biarkan Najmi melangkah terlebihdahulu. ‘Buat sebaik mungkin Yuyu. Supaya kau boleh cepat balik dan tak payahnak tahan debar sebab asyik dipandang lelaki tu,’ bisik hatinya. Kotak minumandiletak atas meja dan dia melangkah ke set penggambaran semula.

Previous: Episod 06
Next: Episod 08

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.