SEKETIKAkemudian restoran Asam Pedas Selera Kampung di Bandar Hilir menjadi pilihan. SengajaZeel minta Roza duduk di sebelahnya. Yuyu mereka biarkan duduk bersebelahanNajmi. Biar mereka rasa dekat dan mesra. Semoga gadis impian Najmi tu takbanyak cerewet.
Zeel curi pandang Kayla lagi. Entahkenapa dari tadi dia rasa macam kenal sangat. Kawan baik Roza yang paling rapatseorang tu aje... Ayu Kaylila atau Yuyu. Dari mana datangnya Kayla ni? Zeelberfikir sendiri. Kaylila... baris belakang nama tu buat dia terkejut. Kayladirenung lagi. Rasanya kali ni dia tahu siapa Kayla tu. Hahaha... lain betulYuyu dengan rupa tu. Memang tak sama. Hampir-hampir dia terpedaya.
Najmi yang dari tadi sedar Zeel asyik curipandang Yuyu berdeham perlahan.
“Awak kenapa?” tanya Roza dengan suduyang diangkat ke udara.
Najmiterbatuk kecil pula. Nampaknya dia tersalah langkah. Nak sedarkan Zeel dariterus pandang Yuyu tapi lain pula jadinya.
“Sambalbelacan ni pedas sangat.” Najmi tersedak makanan yang mahu ditelan. Pantasminuman sejuk di ambil dan disedut.
Roza senyum sebelah bibir dan pandangYuyu.
Yuyu buat tak peduli.
“Em, Cik Kayla ni tinggal kat mana?”tanya Zeel ingin tahu.
Serentak Roza dan Najmi memutar bolamata. Roza pandang Yuyu dan Najmi pula pandang Zeel. Dia yang tersedak takditanya okey ke tak? Kayla pula disibukkan! ‘Ai, yang kau ni nak tau Kaylatinggal kat mana tu, kenapa? Takkan nak cantas kawan kot,’ gumam Najmi.
Giliran Yuyu pula tersedak. Nak jawabapa? dia tinggal serumah dengan Ayu Kaylila? Masalah!
“Yu... eh,” hampir saja Roza tersasul.“Kayla tinggal kat Hartamas,” beritahu Roza demi selindung identiti sebenarkawannya itu.
“Oh, dekat dengan rumah saya,” balasZeel.
‘Ha’ah dekat dengan rumah kau. Lepasni jangan kau salah balik rumah pulak!’ Marah Najmi dalam hati. Sudu di tangandiletakkan ke dalam pinggan. Hilang selera makan.
“Kau kenapa? dah kenyang?” tanya Zeelsetelah terdengar sudu yang diletakkan Najmi berdeting jatuh ke pinggan.
“Perut masuk angin. Tak boleh nakmakan lagi.” Najmi alih pandangan ke luar restoran.
“Kalaumacam tu biar aku je habiskan udang galah kau ni. Ambil banyak-banyak tak habismakan. Rugi!” pantas udang dalam pinggan Najmi yang masih belum terusik ituZeel bawa ke pinggannya.
Najmibiarkan saja. ‘Setakat nak ambil udang aku tak kisah. Jangan ambil awek aku dahla,’ bisiknya dalam hati.
“Dahlama ke Cik Kayla jadi model?” Zeel bertanya lagi. Dia banyak bertanya keranamahu membantu Najmi.
Yuyu bawa gelas minuman ke bawahniqabnya. Seketika kemudian gelas itu kembali ke atas meja.
“Lamajuga,” jawab Yuyu perlahan. Cuba sembunyikan suara sebenarnya.
Zeel mengangguk perlahan.
“Dah la jangan interview Kayla lagi. Buat dia tak selesa je. Apa-apa nanti tanyasaya je,” tegur Roza cuba selamatkan Yuyu.
Najmisenyum sinis. ‘Tunang kau pun nampak kau nak test Kayla. Huhuhu.’
“Sekarangsaya pulak nak tanya. Awak dengan Najmi datang sini buat apa?”
Zeel sudahkan suapan terakhir.
“Sayateman Najmi. Dia nak...” kata-kata Zeel terhenti. Najmi dipandang supayamemberi alasan yang tidak mencurigakan.
Najmi besarkan mata ketika Zeel hampirmenyebut tujuan mereka ke situ. “Dah lama tak datang sini. Tiba-tiba rindu.Naik A Famosa nampak orang photo shoot.Lepas tu awak tegur Zeel, tu yang kita terjumpa,” jelas Najmi mahu pertemuanmereka nampak macam kebetulan.
Zeel angguk mengiakan kata-kata Najmi.
“Kebetulan la ni. Bukan dirancang?”duga Roza.
Najmi senyum lebar.
Yuyu yang makan menggunakan tanganbangun ke tempat mencuci tangan. Najmi sekadar memerhati sehingga Yuyu kembalike sebelahnya.