Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 27

DIHola Magazine...

Dalambilik Presiden kelihatan dua orang wanita sedang duduk berbincang. Sarah Rayistersandar di kerusi sambil memandang Puan Sarimah yang duduk di depannya. Tiadalain mereka bincangkan petang itu selain kemajuan Najmi yang tak maju-maju.Hampir semua tugas yang diberi perlukan campur tangan Sarah atau bulan akandatang majalah keluaran mereka yang cuba diuruskan Najmi bakal menghadapimasalah.

          “Ma, boleh tak jangan desak Najmi?Nanti dia lagi tertekan dan tak fokus dengan kerja,” pinta Sarah.

“Mamabaru bercadang, belum pun serius.”

          “Ma...”

          Puan Sarimah angkat kedua-duatangannya sebagai isyarat tak nak lagi hal berkaitan jodoh Najmi merekabincangkan di situ.

“Lupakansoal tu. Sekarang fikir macam mana nak buat Najmi belajar dan minat dalamsyarikat?”

          Sarah tergelak kecil.

“Inipaksaan ma. Bukan perkara mudah. Hati Najmi tak ada kat sini. Dia buat semua nidemi kasih sayang mama je.” Sarah mengingatkan kesilapan yang sedang dibuatPuan Sarimah.  

“Ye,mama tau. Tapi kena ingat... manusia ni sebenarnya fleksibel. Boleh sesuaikan diri ikut keadaan. Bila kamu kata sebabkasih sayang, Najmi juga perlu ada rasa kasih dan sayang dengan syarikat kita.Sebab, tanpa syarikat ni kita tak tau macam mana kasih sayang keluarga kitaberjalan. Mungkin sampai hari ni mama masih sibuk bekerja di luar sana dan takada masa untuk kamu berdua,” tekan Puan Sarimah. Dulu dia juga rasa semua itususah, dia juga tak minat. Tapi tiada yang mustahil dalam hidup jika mahuberusaha.

Sarahtahu apa saja kata-kata mamanya memang sukar di bantah. Puan Sarimah sukaberfikir ikut logik kepala sendiri saja.

“Macamni la ma, upah sorang PA merangkap editor yang boleh ajar Najmi supaya lebihfokus dengan kerja dia. Sambil nanti PA tuboleh bantu licinkan kerja-kerjaNajmi. Kalau tak banyak masalah bakal timbul nanti,” cadang Sarah.

          Puan Sarimah berfikir seketika. Diamengangguk setuju.

“Baikla,” setuju Puan Sarimah.

“Tapimama nak calon yang tak menarik dari segi penampilan. Pengalaman dan bakatnyadalam bidang ni mesti luas. Mama tak nak Najmi main cinta dengan PA sendiri danurusan kerja dia jadi lagi kucar-kacir,” syarat Puan Sarimah. Dia dan Najmisudah berjanji, andai dalam masa enam bulan Najmi gagal pelajari sesuatu berkaitanHola Megazine anak itu boleh kembali semula ke syarikat minyak tempat Najmibekerja. Dalam diam Puan Sarimah tetap mahu Najmi kekal di Hola Megazine, sebabitu dia rasa Najmi perlu berkahwin dan menantunya nanti akan main peranan untukpujuk Najmi kekal di situ.

          Sarah tepuk dahi. Macam-macamlahpermintaan mamanya. Buat dia tersepit di antara mereka.

“Mananak cari calon macam tu ma? Zaman sekarang hampir semua orang pandai bergaya.Yang terlibat dalam bidang ni mesti la berpenampilan menarik.”

          “Ada... cuba kamu periksa resume yang di e-mel-kan ke HR syarikatkita. Mungkin ada calon yang mama nak. Lebih baik kalau lelaki,” arah PuanSarimah.

“Tapiingat! Jawatan ni perlu dirahsiakan. Mama tak nak orang lain tahu kekuranganNajmi sebagai Ketua Editor Hola,” tegas Puan Sarimah. -HR (Human Resource).

          Sarah buat muka bermasalah. PuanSarimah ingat mulut kakitangan syarikat tu boleh ditutup? 

Previous: Episod 26
Next: Episod 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.