Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 41

PuanAnum mencebik. Entah iye, entahkan tidak!

          “Ye la tu Yuyu oi... aku harap kaudengan dia tak terlajak jatuh cinta. Kalau dah sama-sama sedia nanti elokkahwin je,” balas Roza.

          Bulat mata Yuyu.

          Roza kemam bibir. Macam mana dia bolehterlepas cakap?!

          “Dia tu siapa?” Puan Anum pandang Yuyudan Roza silih ganti. Yuyu dah ada teman lelaki? Kalau tadi dia harap Yuyu cepatdapat jodoh, sekarang hatinya risau pula. Lelaki macam mana dipilih Yuyu?

          “Tak ada siapa pun, umi. Gurau je,”dalih Roza. Dia buat-buat ketawa.

“Umi,jangan risau. Yuyu belum jumpa lelaki idaman dia lagi,” tambah Roza.

PuanAnum herotkan bibir.

Rozatengok jam tangannya.

“Umi,rasanya elok kami pergi sekarang. Ada banyak lagi kad yang belum dihantar,” beritahuRoza. Tiba masanya mereka pergi. Sebelum cerita lain pula terbuka.

 

 

 

 

“AMBOI!umi... Jauhnya menung,” sapa Zaid yang dah pun duduk depan Puan Anum, di ruangtengah rumah mereka.

          “Apa tak menungnya kalau fikirkan adikkamu tu,” keluh Puan Anum.

          Zaid pandang sekeliling.

“Taknampak pun dia?” 

          “Em, dah keluar pun.”

          “Awalnya. Pukul 10.00 pagi baru.Hujung minggu macam ni keluar la petang sikit,” omel Zaid.

“Sebabtu la umi suruh kamu perhatikan dia,” tekan Puan Anum. “Tadi Roza macam nakcakap Yuyu dah ada boyfriend.”

Zaidtersengih.

          “Umi ni... cakap Roza tu bukan bolehpercaya? Dia tu suka bergurau.”

          “Kamu ni... macam umi tak pernah adakawan perempuan. Macam juga umi tak pernah bergosip pasal teman lelaki kawan.Dari cara Roza tu umi percaya Yuyu ada berkawan dengan seseorang,” balas PuanAnum.

Zaidgaru kepala. “Tak tau Aid nak komen. Aid bukan perempuan.” Dia tak nampak punciri-ciri orang jatuh cinta pada Yuyu.

“Pagilagi Roza dah datang. Dia orang pergi mana tu?”

“Rozadatang hantar kad kahwin dia.” Puan Anum tolak kad atas meja di depannya itu kepadaZaid. “Sekarang dia orang hantar kad kahwin Roza pada kawan-kawan lain pulak.”

          Zaid buka kad jemputan Roza.

“Kahwinjuga budak ni,” omelnya. “Fadzeel Al-Hakim. Nama bakal suami dia macam Arab.”

          “Tak kisah la nama bakal suami Roza tumacam apa. Roza tu sah-sah bakal kahwin. Adik kamu?”

          “Em, tak lama lagi sampai la jodohYuyu tu. Umi sabar ye,” pujuk Zaid. Dia pun belum jumpa jodoh macam mana nak tolongYuyu.

          “Ye la! Kamu dua beradik sama je. Elokumi ni bercakap dengan periuk belanga kat dapur je. Kenyang perut kita semuakejap lagi,” balas Puan Anum. Naik anginnya bila Zaid pun tak serius. Dia segeramelangkah ke dapur.

 

                                                                                      

 

YUYUtarik muka masam. Ikutkan hati tak nak dia teman Roza. Tapi kalau tinggal dirumah tadi belum tentu dia selamat dari soal siasat uminya. Dia tahu uminyatakkan puas hati selagi tak dapat tahu siapa dia yang Roza maksudkan tadi.

          “Dah la... tak payah tarik muncung tupanjang sangat. Retak cermin depan kereta ni karang,” usik Roza.

Previous: Episod 40
Next: Episod 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.