Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 05

TAKnak Puan Anum banyak tanya Yuyu terus saja mendapatkan wanita itu. Dipeluk dandiciumnya sebelum meminta diri. Konon-konon minta restu dan doa agar temuduganya berjaya. Dalam hati pula berkali-kali memohon ampun atas penipuan itu.

          “Tak sarapan dulu?” tanya Puan Anum.Yuyu direnung.

          Yuyu menggeleng. “Dah lambat,”jawabnya walau perut mengesek bagaikan viola.

          Roza sempat menikmati secawan teh.Rezeki jangan ditolak. Seteguk air pun jadilah.

          “Hati-hati. Banyakkan senyum kalau naktawan hati bakal bos,” pesan Encik Khalid ceria. Yuyu bekerja atau pun tidak bukanjadi masalah padanya. Asalkan Yuyu gembira dia pun suka. Kedua-dua anaknyadiberi peluang menentukan kerjaya dan hidup sendiri. Selagi tidak melanggarhukum TUHAN dia tak menghalang.

          Yuyu mengangguk laju.

          “Mana tahu nanti boleh cari calonbakal suami pula, kan walid?” sampuk Roza. Sengaja mahu mengusik Yuyu. Biarlahsituasi pagi itu kelihatan semula jadi demi menutup gemuruh di wajah kawannyaitu.

          Encik Khalid ketawa kecil. Kalau ada jodohanaknya di tempat baru apa salahnya.

          Yuyu siku lengan Roza. Nak maut cakapmacam tu depan uminya. Ish!

          Puan Anum buat muka kurang setuju.Roza jangan cuba-cuba nak ajar Yuyu bergaul dengan lelaki sembarangan di luarsana.

“Melangkahtu biar la dengan niat yang betul. Baru selamat sampai ke tujuan,” pesan PuanAnum dalam sindiran.

          Roza tayang gigi. Ada saja salahannya.Bergurau juga perlukan adab di hadapan wanita itu.

          “Kami pergi dulu umi, walid.” Yuyusegera menyeret Roza ke pintu utama.

 

 

 

BEBERAPAminit kemudian mereka sudah berada di atas jalan raya. Seperti biasa Roza yangakan memandu. Yuyu pula semakin gemuruh memikirkan sesi penggambaran yang bakaldilalui. Ini pertama kali dia beraksi di hadapan kamera untuk iklan layar. ‘YaALLAH, pemudahkan la urusan aku hari ni,’ doanya dalam hati.

          “Beb, Sophie cakap kontrak kali ni darisyarikat besar. Kau buat la betul-betul. Mana tahu nanti dia orang suka, kauboleh jadi model tetap dia orang,” beritahu Roza. Tawaran yang sudah Sophiedapatkan tu kedengarannya menjadi rebutan. Tengok saja masa mereka menjalani casting dulu, beratur model-model wanitayang mahu mencuba nasib. Akhirnya nasib berpihak kepada Yuyu. Untung ada Sophieyang punya ramai kenalan dalam bidang saling berkaitan.

          “Shootingpun belum mula mana aku tahu jadi apa kejap lagi. Silap-silap aku kena halaudari set sebab gagal buat apa yang dia orang nak.” Yuyu tak habis-habis takutkandiri sendiri.

          “Laaa, dah lama kau buat kerja nitakkan teruk macam tu hasil kerja kau nanti? Lagipun tak ada adegan bersentuhdengan model lelaki pun. Kau tu model iklan Muslimah. Muslimah, okey!” tekanRoza. Naik angin juga dengan perasaan takut tidak menentu Yuyu.

          Yuyu tersandar dan termenung seketika.Mungkin Roza betul. Dia yang berlebih-lebih.

          “Kenapa diam?” sergah Roza. KerisauanYuyu menakutkannya. Janganlah tiba-tiba Yuyu buat hal. Siapa nak jawab padasyarikat yang telah membayar Yuyu itu.

          “Lapar...” Yuyu tayang muka kesian.Eloklah dia berhenti fikirkan benda yang belum jadi. Sementara ada ruangbernafas dengan selesa elok tidak dibiarkan nafasnya tersekat-sekat menyedutudara.

          Roza merengus. “Itu la, tadi takutsangat nak makan. Macam la umi tu dah tahu apa yang kau buat kat belakang dia,”omelnya.

          “Itu umi. Naluri keibuan dia kuat. Kalauaku sarapan nanti dia tanya macam-macam kita terkantoi macam mana?” balas Yuyu.Apalah Roza ni sengaja nak aura positif yang dia cuba tarik sebagai menceriakanharinya tadi hilang semula.

          “Kalau pergi sarapan sekarang, kaumesti lambat. Macam mana?” beritahu Roza. Macamlah Yuyu tak tahu KL tu ‘bapak’segala kesesakan lalu lintas kat Malaysia ni.

          “Em, tak apa la. Aku kan model, modelmesti kurus,” keluh Yuyu memujuk perut sendiri. Ini dikira hukumanlah ni.Menipu ibu sendiri lagi. Teringat pula kata-kata uminya yang bagaikan amarantadi, ‘Niat biar betul, baru sampai ketujuan.’ Hummm... entah apa bakal jadi kepadanya hari itu.

          Roza menggeleng. Takutkan Puan Anum,Yuyu seksa perut sendiri. Agaknya berapa lama lagi Puan Anum perlu ditipu? Satuhari rahsia mereka pasti terbongkar. Dalam diam Roza bimbang juga.

 

 

 

SEJAMkemudian walau terpaksa menempuhi kesesakan jalan raya mereka tiba juga dilokasi. Studio 3 yang terletak di Damansara, milik sebuah stesen TV terkenal bakaljadi medan kerja Yuyu hari itu. Studio itu disewa syarikat produksi sebagaitempat penggambaran. Mujur mereka tidak terlewat. Beberapa orang kru syarikatproduksi masih berusaha menyiapkan set. Ada yang sedang bercakap sesama mereka.

          “Ini untuk awak.” Tasha, jurusolekyang bertugas hari itu menhulurkan sekotak minuman.

Yuyumenoleh dan melihat kotak minuman di meja berhampirannya. Milo. Dia tersenyum.Teringat perutnya masih belum diisi apa-apa. Harapkan Roza membelikannyasarapan pagi, memang taklah. Roza baru saja menghilangkan diri. Mahu berjumpatunangnya. Teruja nak tengok dia bekerja konon. Ternyata kata-kata Roza hanyadusta! Dia pun tak boleh berkira sangat. Dah memang pun dia berkawan denganRatu Pendusta, padankan muka. Perut Yuyu berbunyi. Cepat-cepat minuman itu dicapaidan dinikmati. 

          “Kenapa tak cakap awak lapar?” tanyaTasha. Bunyi perut Yuyu kuat, dia pun boleh dengar.

          Yuyu berhenti menyedut minuman dan tersenyummalu. Kalau tengah shooting bunyimacam tu keluar mahu dia digelakkan.

          “Kalau lapar, makan la ni dulu.” Tashakeluarkan sepeket sandwic dari beg sandangnya.

          Yuyu pandang sandwic itu dengan rasayang semakin lapar. Tak sangka juga juru solek ada beg sandang ala-ala poketDoraemon.

“Terimakasih,” ucap Yuyu terharu dengan kebaikan Tasha. Bekas plastik di hadapannyadibuka. Seorang model memang wajib bertubuh langsing, tapi seorang model jugatak boleh mati kelaparan.

“Makanla perlahan-lahan. Memang tugas saya pastikan semua model rakaman hari ni dalamkeadaan selesa,” beritahu Tasha dengan senyuman.

Previous: Episod 04
Next: Episod 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.