Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 29

SEKITARjam 9.00 malam baru Najmi sampai di rumah. Soal pekerjaannya hari ini memangsangat mengusutkan. Buat benda yang dia tak faham memang sesuatu yangmenyusahkan. Pintu utama dibuka, ruang tamu rumah itu kelihatan gelap. Ke manasemua orang menghilang? Takkan mamanya dan pembantu rumah mereka sudah tidur?Sarah pastinya masih belum pulang kerana kereta kakaknya itu tidak kelihatan dihalaman rumah. Tali leher dilonggarkan. Dia melangkah masuk ke dapur, gelasdiambil dan seketika kemudian tekaknya yang terasa haus sudah pun dibasahisegelas air kosong. Najmi menjenguk ke dapur masak kalau-kalau masih ada apayang boleh dimakan. Ternyata tiada apa pun yang tinggal. Dia tersandar dikabinet dapur sambil menoleh ke pintu bilik pembantu rumahnya. Patut ke wanitaitu dikejutkan dan menyuruhnya memasak sesuatu untuk dia yang kelaparan? Salahdia juga kerana tak suka makan di luar sendirian.

          “Lapar?”

          Teguran itu buat Najmi tersentak. PuanSarimah tiba-tiba saja muncul di pintu dapur. 

          “Itu la kalau kahwin kan baik, adaorang yang jagakan makan minum,” omel Puan Sarimah sambil melangkah ke petisejuk.

          Najmi diam tidak menjawab. Diakehabisan tenaga mahu menentang kata-kata mamanya. Mamanya fikir perempuanzaman sekarang ada banyak masa nak jaga suami sebaiknya? Paling-paling merekapun beli lauk bungkus saja di kedai dan panaskan di rumah. Manalah ada masa nakmemasak kalau dah seharian sibuk bekerja. Tenaga orang perempuan bukannyabanyak sangat, kalau habis digunakan sepanjang hari, malam hari mereka nakrehat pula. Kalau dipaksa menambah kerja di rumah memang alamat anginnya bakalnaik bagaikan singa laparlah, hanya sesetengah saja layak digelar wanita besi. Biarpunbelum ada pengalaman berkahwin dan punya teman wanita, pengalaman dan keluhankawan-kawannya yang sudah lalui alam itu selalu sangat dia dengar.

          “Lauk untuk Mi, mama simpan dalam petisejuk,” beritahu Puan Sarimah. Kari ayam dibawa ke alat pemanas mikro. Anaknyaitu tidak cerewet dalam soal makan, asalkan ada lauk dan nasi dia makan saja.Tidak bertuah ke gadis yang bakal menjadi menantunya nanti.

          Najmi tersenyum dan ambil tempat dimeja makan. Kalau dah ada seorang ibu yang selalu melayan dirinya, perlu lagike seorang isteri buat dirinya? Wajah Kayla melintasi fikiran Najmi. ‘Emm,kalau perempuan tu Kayla memang perlu la,’ bisik hatinya. Tanpa sedar bibirnyamengukir senyum.

 

 

 

YUYUdaftar masuk akaun IG. Akaun yang Rozacipta sebagai tempat perkembangan kerjaya modelnya dikongsi. Juga sebagaisyarat kerjaya dunia modelnya; sebagai tempat setiap apa yang diperaga ditayangdi situ demi menaikkan rangkingjualan penaja. Bukan kerana dia mencari popular. Yuyu senyum sebelah bibir.Tapi hakikatnya semenjak IG tu wujuddia memang ada pengikut sendiri. Entah kegilaan jenis apa sedang melanda duniaYuyu tidak pasti. Mujurlah yang menjadi pengikutnya dalam akaun sosial itulebih ramai perempuan berbanding lelaki. Hampir dua minggu IG itu tak dikemas kini. Dengan kebenaran daripada Eric dia memuatnaik beberapa gambar sewaktu seisi fotografi di Flora Kafe. Sekejap saja sudahada ramai yang suka dan bertanya tentang jubah yang digayakan. Yuyu biarkansaja suka dan komen-komen itu.

          Dia melihat ikon peti mesej pula.Setiap hari jumlah angka yang menunjukkan mesej yang masuk ke situ pastibertambah. Semakin banyak, semakin malas mahu dibalas. Seperti biasa adapengikut yang bertanya tentang kerjayanya atau produk yang digayakan. Lebihparah ada pula ‘pesakit’ mental yang menawarkan perkara tidak baik kepadanya.

Yuyusentuh juga peti mesej itu. Mana tahu ada kawan-kawan sendiri yang hantar mesejke situ. Kadang-kadang mereka suka mengusik juga. Waa... memang berderetpesanan. Tapi nama penghantar pesanan di baris yang ke tiga belas menarikperhatiannya. ‘Najmi Rayis?’ Dia merenung nama itu.

“Sampaikat sini pun dia ada?” omel Yuyu sendiri. Pesanan itu dibaca. Kemudian diaduduk menopang kepala.

“Perluke aku tambah kau dalam senarai rakan aku?” tanya Yuyu sendiri. “Tak payah la!Kita jadi kawan kat dunia model aje!” Belum masanya Najmi tahu siapa dia disebalik Kayla.

 

          Hai,tak sangka awak pun suka pakaian wanita : -p

 

          Mesej itu dibalas sebelum ada bunyimenandakan dirinya di tanda pada status seseorang. Yuyu melihat apa yang ditanda pada IG-nya. Eric baru beberapasaat memuat naik gambar shootingiklan TV tempoh hari. Yuyu gigit hujung ibu jari sendiri. Tak sangka gambar ituseakan hidup. Najmi seperti benar-benar jatuh cinta kepadanya. Hebat sungguhNajmi menghayati watak.

          ThanksEric, taip Yuyu pada ruangan komen. Ikon peti mesejnya berwarna merah lagi. Adamesej baru.

 

          Hehehe...bukan itu sebabnya saya ikut IG awak.

 

          Mata Yuyu membesar. Ada sebab lain?

          Najmi hantar mesej lagi.

 

          Sayaterlupa nak minta nombor telefon awak. Kalau tak keberatan boleh bagi saya?

 

          Yuyu tersengih sendiri. ‘Terlaluberterus-terang,’ kata hatinya.

 

          Kalautak boleh tak apa, saya faham.

 

          Emm... eaa... Yuyu berfikir seketika.

“Nakbagi ke tak? Tapi hari tu Najmi ni macam okey juga.” Hisy! “Aku kan ada duanombor. Bagi aje la nombor Kayla. Apa susah?” mesej Najmi dibalas. Telefonpintar masa kini semakin canggih. Dalam satu telefon boleh guna dua sim kad,dah macam dirinya juga. Dalam satu badan ada dua karakter berlainan.

 

          Terimakasih. : -)

BalasNjami.

 

          Terimakasih aje? Awak kena belanja saya makan. Ada 10 angka bermakna kena belanjasaya makan 10 kali juga.

GurauYuyu. Tak sedar dia gatal mengusik Najmi.

 

          Sekejap kemudian telefon pintar Yuyuberbunyi. Dia ambil telefon pintar yang terletak di tepinya itu.

“Siapapulak call nombor Kayla ni?” Yuyu taktahu. Tapi biasanya semua panggilan yang masuk ke situ akan dijawab. Mana tahuada tawaran lagi. Belum sempat dijawab panggilan itu terputus dan bergantimesej masuk ke whatsapp pula.

 

          Hai,ni saya... Najmi Rayis ; -) kalau setakat belanja makan tu bila-bila pun boleh.

 

          ‘Erk, dia ke? Cepat betul beralihtempat berbual. Tak lepaskan peluang!’ Omel Yuyu dalam hati. Dia ubah posisiduduk ke pada baring pula. Nampaknya malam itu bakal ada orang yang senyumsendiri.

Previous: Episod 28
Next: Episod 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.