Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 35

“Semuadah habis makan. Jom kita pergi tempat lain,” ajak Najmi. Sambil menikmatikeindahan alam dia mahu terus mengenali Kayla dengan lebih banyak lagi.

          “Sorry,saya nak balik hotel. Saya belum solat Zuhur,” tolak Yuyu. Bagus juga dia belummenanggalkan solekan, tiada alasan Najmi nak ajak mereka solat di masjid pula.Bukan dia tolak pelawaan Najmi, tapi dia penat. Lagipun memang patut jualmahal.

          “Kalau macam tu... Malam. Sudi keluardengan saya?” Najmi belum putus asa.

          Yuyu pandang Najmi. Harap senyumanyang terukir di bibirnya terlahir di mata juga.

“Sayatak keluar malam dengan lelaki,” tolaknya lagi. Apa lagi cara Najmi nak gunasuapaya dia sudi keluar? Yuyu nak tahu.

          “Ooo...” Najmi hampa lagi. “Korangtinggal kat hotel mana?” Dia dan Zeel belum tempah mana-mana bilik hotel lagi.

          “Mahkota Hotel,” jawab Roza.

          “Sepatutnya kita orang balik KL harini, tapi sebab photo shoot lamasangat. Penat nak balik. Pagi esok je la kita orang balik,” beritahu Roza.

Yuyubesarkan mata. Bila masa dia kata nak balik esok? Roza ni pandai-pandai.

Rozasenyum. Tak ke Yuyu sedar pertemuan tu sebenarnya bukan kebetulan.

          “Esok balik petang sikit. Kita pusingbandar Melaka dulu,” pinta Najmi.

          Roza pandang Yuyu dan tersenyum lagi.Kan dia dah duga tadi. Dia mengangguk setuju.

          Yuyu rasa Roza melampau. Tak bincangapa-apa lagi dengan dia pandai-pandai setuju.

“Em...tak ada apa da, kita orang gerak dulu.” Yuyu bangun dari duduk.

          Najmi rasa cepat betul masa berlalu.

          “Terima kasih sudi belanja saya,” ucapYuyu. Tangan kanan diletak ke dada kiri.

          Najmi senyum.

“Balasanuntuk angka pertama,” balasnya. Isyarat yang hanya mereka berdua faham.

          Yuyu pandang Najmi. Dia hampir lupadengan gurauan tu. Najmi pula ambil serius.

          “Angka pertama? Apa tu?” tanya Rozanak tahu.

          “Tak ada apa,” jawab Yuyu pantasmenarik Roza pergi.

         

 

 

JAM4.00 petang. Dari tingkap bilik hotel Yuyu merenung penghuni lain yang lekamandi kolam. Sesekali terdengar juga riuhnya suara anak-anak kecil yang riangbermain air. Seronok menjadi budak kecil, hidup mereka hanya bergembira danmenjalani beberapa rutin harian yang ringan dan ringkas saja.

          “Yu, nak keluar tak?” Roza mula bosan.

          Yuyu berpaling dan memandang Roza diatas katil.

          “Malas! Karang kau kenakan aku denganNajmi lagi,” tolak Yuyu. Lagipun dia letih separuh hari jalani aktiviti penggambaran.Cuaca yang agak panas juga menyerap hampir sebahagian dari tenaganya. Dia mahurasa selesa di bilik berhawa dingin itu.

          “Tak keluar nanti lapar,” kata Roza.

          “Tak apa puasa malam ni,” balas Yuyu.

          “Eleh jual mahal,” sakat Roza.

          Yuyu diam.

          “Betul tak nak keluar ni?” tanya Rozasekali lagi.

          Yuyu geleng.

“Kalaumacam tu aku nak keluar dengan Zeel,” beritahu Roza.

“Pergila.”

          “Betul tak nak ikut ni?” tanya Rozasekali lagi. Tidak sampai hati nak tinggalkan Yuyu sendiri. Dia mungkin balikke situ semula malam nanti.

          “Ye, tak nak!”

          “Okey.” Roza hantar mesej kepada Zeel.Mesej berbalas.

“Yu,Zeel tunggu aku kat bawah. Aku turun dulu.”

          “Okey jangan balik lewat sangat,”pesan Yuyu.

          “Okey.” Roza melangkah ke pintukeluar. “Yu...” panggil Roza lagi.

          Yuyu pandang Roza.

          “Kalau bosan ajak la Najmi keluar,”kata Roza dan terus saja keluar.

Previous: Episod 34
Next: Episod 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.