Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 23

“Kerjasenang, kan?” Eric berlagak. “Kalau dia sudi kawan dengan kau, dia takkan tolakkau sebagai follower.” Eric cuba pujukrasa terkilan di hati Najmi. Telefon pintar disimpan ke dalam poket seluarnya.

“Janganrisau kawan... Hidup hari ni selalu ada banyak peluang. Terserah kau nak rebutatau lepaskan je,” sokong Eric tetap mahu Najmi lebih berani mengambil langkah.“Aku pergi dulu,” bahu Najmi ditepuk perlahan sebelum pergi.

 

 

 

SAMPAIsaja di rumah Yuyu dan Roza terus naik ke bilik. Waktu macam tu biasanya PuanAnum ada di halaman belakang sambil menikmati indahnya ilmu dalam buku-buku agamaatau tafsir Quran. Encik Khalid pula setelah pencen tentera banyak habiskanmasa di rumah, menemani isterinya membaca.

          “Fuhhh!” Roza hembus nafas penat.Pungungnya mendarat di kerusi meja tulis. Alat kawalan penyaman udara yangterletak di atas meja diambil. Butang hidup ditekan. Barulah selesa untukberehat.

          Yuyu mencampakkan beg sandangnya keatas katil dan terus merebahkan diri.

          “Yu, resume kau tu aku hantar sekarang?” beritahu Roza sambil tangannyamenghidupkan Acer Aspire P3 Yuyu.

          Yuyu menoleh kepada Roza. Bersungguh sangatRoza nak panjangkan penyamaran dirinya. Dia bangun dan menghampiri Roza. Katalaluan Acer Aspire P3 dimasukkan.

“Adaresume yang dah siap dalam folder.Kau hantar aje tak payah buat yang baru,” arah Yuyu sambil memerhati Roza menyambungtalian wifi ke Acer Aspire P3nya.

          “Kerja senang. Kalau dapat nanti kaupergi tau. Jangan cipta alasan. Selain dari betul-betul ada kerja tetap, kautak mungkin jadi Kayla,” kata Roza mengingatkan.

          Humm... tujuan asalnya nak jadi modelsambilan aje sekarang dah hampir menjadi model sepenuh masa pula. Yuyu pejammata sedetik, menelan rasa kusut yang mula menjalar dalam fikirannya. ‘Rabbi Yassir wa la tu’assir, rabbi tamminbil khayr. Ya ALLAH, mudahkanlah segala urusan, janganlah Engkausulitkannya. Sempurnakanlah dengan kebaikan,’ bisik hatinya. ‘Aku tahu aku nijahat, tapi aku terpaksa...’ keluh hatinya pula. Dengan TUHAN pun dia cubamenutup kesilapan diri. Dia memang dah teruk! Tak lama lagi kena panah petir.

          “Yu... dalam hidup ni tak ada masalahyang tak boleh selesai, kecuali mati. Kau bertahan la sikit lagi. Kita mestijumpa jalan keluar,” pujuk Roza. Folderyang menyimpan resume Yuyu dibuka.

          Yuyu tetap diam. Roza hanya pandai cakapsaja. Segala kemungkinan nanti dia juga yang kena hadap.

“Yu,apasal gambar yang macam mak cik tahun 90-an ni kau hantar? patutlah resume kau masuk bakul sampah. Tukar,tukar. Aku tak suka tengok gambar ni,” bebel Roza tak puas hati melihat mukapucat Yuyu tanpa solekan dan bertudung bawal itu.

          Yuyu yang dari tadi berdiri di sebelahmenahan tangan Roza.

“Gambartu ada tuah. Jangan tukar. Kau tambah pengalaman kerja aku aje, yang lainbiarkan,” arah Yuyu. Yang akan bekerja otak dan jarinya, bukan muka.

          “Gila gambar macam ni kau nak hantar?!”Kawannya ni memang entah apa-apa. Nak minta kerja di syarikat ternama, tapipenampilan diri sengaja tidak dipedulikan. ‘Pembantu butik Auntie aku tu pun pandai melaram,’ omel Roza dalam hati.

          “Kau buat apa lagi tu? mengumpat akudalam hati?” sergah Yuyu bila Roza belum juga melakukan apa yang disuruh.

          Roza putar bola matanya ke atas.Dengan rasa tak setuju dia ikutkan juga kemahuan Yuyu.

Previous: Episod 22
Next: Episod 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.