Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 25

“Dahla tu jangan fikir sangat. Yuyu tu dah cukup dewasa nak pilih baik atau buruk.Kita ni hanya boleh tegur dan nasihat. Selebihnya doakan yang baik-baik. Insya-ALLAHanak kita tu budak baik,” pujuk Encik Khalid. Mereka manusia dewasa dan tahubagaimana seorang dewasa berfikir. Lebih tahu lagi bagaimana perasaan diri jikahidup sendiri ditentukan orang lain. Memaksa bukan caranya.

          Puan Anum pandang Encik Khalid semula.Masih juga dengan muka tidak puas hati.

          Encik Khalid menggeleng kecil. Tak adakerja nak dibuat isterinya itu agaknya. Memikirkan perkara yang tidak dibuatanak mereka.

“Anum,anggap la kita sedang diuji. Dan ingat la setiap orang ingin bebas dalammenentukan pilihan masa depan mereka. Bak kata ustaz yang tulis buku ni...  Ujiantu bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untukmembersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudahterlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnyadan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?” habis membaca sinopsis di belakangbuku Encik Khalid senyum.

Membuatkanrenungan Puan Anum menjadi lebih tajam. Yang patut dinasihati tu Yuyu, bukandia!

“Takada kena-mengena dengan saya la, bang!” marah Puan Anum. Kalau tak nak seriusbercakap tentang Yuyu suka hatilah! Jangan nanti kata dia tak ingatkan pulak!

Galakketawa Encik Khalid tercetus. Sesekali suka juga dia melihat muka merajuk PuanAnum. Berseri-seri macam epal hijau.

“Assalamualaikum.”

KemunculanZaid bersama beg plastik di tangan mengalih perhatian Puan Anum dan EncikKhalid. Serentak mereka menjawab salam.

“Apayang gembira sangat tu walid? umi? Dari sana Aid boleh dengar berdekah-dekah walidketawa,” tanya Zaid yang pulang seketika dari kedainya. Kerusi ditarik danterus duduk. Dia juga mahu berkongsi kegembiraan.

 “Berita baik tak ada tapi yang menyakitkanhati ada la,” jawab Puan Anum geram sebelum cepat-cepat membawa apa yang dibawaZaid tadi masuk ke dapur.

EncikKhalid buat muka mengejek sambil pandang Puan Anum berlalu.

“Kenapaumi tu walid?” tanya Zaid perlahan. Dari celah tingkap kaca yang terbuka sempatdia memerhatikan Puan Anum yang mula mengambil teko. Biasalah petang-petangbegitu mereka akan luangkan masa untuk minum bersama dan dia akan membawa baliksedikit kuih yang dibeli.

“Umikau tu tengah fikirkan Yuyu,” jawab Encik Khalid.

“FikirkanYuyu? Kenapa?” Zaid tidak faham. Tak pula dia dengar Yuyu berhadapan denganapa-apa masalah serius. Kecuali adiknya itu tengah menganggur. Tapi tu bukanmasalah besar pun. Kalau nak Yuyu boleh aje membantu di kedainya sampai dapatkerja lain nanti.

“Uminak kahwinkan adik kamu tu,” celah Puan Anum yang sudah berdiri di tepi tingkap.Dia membuka peti sejuk tidak jauh dari situ dan kembali semula ke kabinetbersama susu pekat manis.

KeningZaid terangkat. Walidnya direnung.

“Biarbetul?” tanyanya tidak percaya. “Dengan siapa?” Dia tak tahu pun kalau-kalauYuyu dah ada teman lelaki. Yuyu juga tak pernah cakap kalau-kalau ada rombonganyang mahu merisiknya.

“Yuyunak kahwin dengan siapa?” Zaid tertanya-tanya.

EncikKhalid angkat bahu.

“Angan-anganumi kau je tu. Yuyu tu mana ada boyfriend.”Dia tahu sangat kalau Yuyu memang tak ramai kawan lelaki. Tak ada juga yangrapat.

Zaidterkekeh. Mati-mati dia ingat Yuyu dah nak kahwin. Umi mereka tu dah mulateringin menimang cucu agaknya. Nak harapkan dia yang kahwin dulu, memang takla! Lepas putus tunang setahun lalu dia belum sedia bercinta lagi. 

Previous: Episod 24
Next: Episod 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.