“AKUdengan kau bukan aku lagi handsomeke? Macam mana jodoh kau boleh datang dulu?” usik Najmi. Cemburu juga dapat kadjemputan kahwin Zeel. Dia dah rapat dengan Kayla. Tapi isi hati Kayla belumjuga diketahui. Kayla buat hidupnya tak tenang.
“Mmm, yang kau impikan dah ada depanmata, buat apa tunggu lama-lama. Pergi la masuk meminang.”
“Meminang tu kerja senang. Masalahnyanak ke Kayla terima?”
“Dia nak, tapi malu,” kata Zeel.
“Roza ada cerita apa-apa ke?”
Zeel geleng. Setakat ni tiada gosipRoza sampaikan.
Najmi buat muka hampa.
“Ala, apa yang susah sangat? Kau kan selaluwhatsapp dia. Tanya je la, dia suditak jadi girlfriend kau,” suruh Zeel.
“Gila la. Dia tak tunjuk pun dia sukaaku. Kalau aku tak tegur dia kat whatsapp,dia buat derk je. Nak ajak keluar lagi? Takkan nak guna alasan belanja makansebab dia bagi nombor telefon tu, aku rasa dia pun jemu.”
“Boleh je guna alasan tu. Kau adahutang dia tujuh kali lagi belanja makan, ajak aje la keluar. Selalu jumpananti dia rindu la.”
Najmi betulkan sandar supaya lebihselesa berada di sofa kondominium Zeel.
“Kautau apa perempuan macam Kayla suka?” Najmi harap jawapan positif. Dia dan Kaylasama-sama model. Nampak macam ada persamaan dan mungkin serasi. Tapi sebeanrnyatak. Kayla tak hidup dalam dunia sosial model yang suka berhibur.
“Kalau macam Kayla tu aku tak tau.Mungkin dia suka majlis ilmu. Apa kata kau ajak dia pergi dengar kuliah agama,”balas Zeel. Dia tak berkenalan dengan mana-mana perempuan jelmaan Kayla tapi kalautanya pasal Yuyu, mungkin dia boleh tolong.
“Merepek la...”
Zeel tergelak.
“Akurasa mungkin dia suka makan strawberi. Kau ajak dia pergi Cameron,” cadang Zeel.Payah menyebut nama Kayla bila wajah Yuyu yang terlintas dalam fikirannya. Gila!Dia boleh terjebak dalam permainan Yuyu.
“Cameron? Aku dengan dia?” Najmi takpercaya. Untunglah kalau Kayla setuju.
“Kalau berdua memang dia tak nak. Apakata plan dengan Roza.” Zeel cuba bantu Najmi yang dah jatuh dalam laut cinta.Kalau lambat Kayla hulurkan tangan mahu lemas Najmi nanti.
“Aku tetap rasa Kayla takkan ikut,”tolak Najmi. Tak mungkin Kayla suka datingberpasangan.
“Dah la Mi. Semua idea aku tak bolehpakai. Kalau sekarang dia jual mahal, kau pura-pura la buat tak kesah. Kalaukau rindu, mesej je dia tanya khabar. Kalau dia suka kau dia takkan boleh tahanhati dia dari cari kau.” Zeel rasa Najmi kena dapatkan Kayla dengan bermaruah.
“Buatmacam biasa je la. Biar semuanya bergerak perlahan, tapi akhirnya kau menang,”nasihat Zeel. Roza dulu pun dia tak kejar sangat. Sekarang bakal jadi miliknyajuga. Dia yakin Yuyu dan Roza sekepala. Kalau tak masakan jadi kawan baik.Macam dia dan Najmi juga.
Najmidiam. Zeel mungkin betul.
“Kahwin ni soal jodoh. Kalau dah jodohtak ke mana.” Zeel faham perasaan memburu cinta bagaimana. Tapi tetap tak bolehhanyut. Perlu berpaut pada sesuatu juga kalau tak nak dihanyutkan arus.
“Tapi macam mana kalau masa aku buattak reti tu ada orang lain cuba masuk line?,”tanya Najmi risau.