PUANANUM memandang Yuyu dan Roza silih berganti. Banyak betul alasan dua oranggadis itu. Entah mahu percaya lagi atau tak. Yuyu sekarang memang banyakberubah. Adakah kerana anaknya itu sudah memasuki fasa matang atau memang adasesuatu yang disorokkan?
“Betul umi, Auntie Ann minta kita orang tolong jaga booth dia tiga hari kat Melaka tu,” ulang Roza cuba yakinkan PuanAnum.
Puan Anum hembus nafas. Kalau cakaptak percayakan mereka nampak sangat dia melayan Yuyu bagaikan anak kecil.
“Takkanla Ann tak ada pembantu lain?” selidiknya.
“Umi, butik Auntie Ann yang kat KL ni pun kena ada pekerja juga, jadi dia mintaktolong kami. Kalau boleh Auntie Annsuruh jaga seminggu sebab dia tak dapat pekerja lain. Tapi Yuyu cakap dia bolehtolong tiga hari je.” Roza mereka alasan.
Yuyu buat muka tak bersalah sambilmemerhati muka ibunya. Dalam hati berharap kata-kata Roza kali itu masihdipercayai.
“Kalauumi tak percaya. Umi call la Auntie Ann,” nekad Roza menghulurkantelefon pintarnya kepada Puan Anum.
DadaYuyu dilanda debar. Roza ni nak mati ke? Dia tarik nafas perlahan cubabertenang dengan tindakan gila Roza.
Puan Anum pandang telefon pintar ditangan Roza. Keluhan kecil dilepaskan. Nampaknya mereka jujur. Berat hatinyanak kata ya. Tapi seperti kata suaminya, Yuyu dah cukup dewasa nak tentukanhala tuju hidup sendiri, peranan mereka kini hanya menasihati bukan mendesak.‘Aduhai anak... kalau kahwinkan senang. Ada suami, nak ke mana pun tak la umini risau,’ kata Puan Anum dalam hati. ‘TUHAN utuslah jodoh buat anak nisegera,’ doa hatinya pula.
PuanAnum menggeleng. Rasanya dia tak perlu menghubungi Ann. “Pergilah. Umi percayakamu. Tapi lepas habis kerja kat sana cepat-cepat balik. Jangan ke tempat lainpula,” pesannya.
Rozatersenyum dan mengangguk.
Yuyusedikit lega. Takut betul kalau tadi uminya betul-betul hubungi Auntie Ann. Roza ni nak menipu punjanganlah berisiko sangat!
“Terimakasih umi,” ucap Yuyu.
PuanAnum mengangguk sebelum tinggalkan dua orang gadis itu dalam bilik Yuyu.
“Yes!”Roza menghenyak punggungnya ke atas tilam. Suka hati berjaya memperdaya PuanAnum.
Yuyurenung Roza. “Kau memang sengaja cari pasal, kan?” marahnya.
“Ala...sesekali kenalah berani bertaruh dengan nasib,” jawab Roza bersahaja.
“Ha’ahbertaruh dengan nasib! Nasib siapa? Aku! Kau nak hubungan aku dengan umibermasalah kalau apa yang kau cakap tadi tu ternyata tipu?!”
Rozagigit tepi bibir bawah. Yuyu naik angin pula.
“Yelah,aku salah. Lain kali aku guna helah lain,” katanya tak mahu marah Yuyuberpanjangan.
“Takada lain kali lagi dah. Ni yang terakhir. Selagi aku belum dapat kerja tetap,tak ada lagi tawaran photo shoot yangaku akan terima!” putus Yuyu. Dia tak boleh terus-menerus dengar cakap Roza.Dia perlu berfikir sendiri. Itu nasib dan hubungan masa depan dengan uminya.Kalau jadi apa-apa nanti berapa banyak yang boleh Roza bantu? Salah tetapsalah! Berbohong tak pernah buat hatinya gembira.