Najmisedikit hampa mendengar jawapan itu.
“Naj, berita tak baik.” Eric tariknafas berat. “Puan Sarimah tak nak aku seret kau dalam mana-mana aktiviti modellagi,” beritahunya sambil merenung wajah Najmi. Dia tahu sukar untuk Najmiterima keputusan itu. Tapi apa yang boleh dilakukan? Dia hanya pekerja HolaMagazine.
Najmi mengeluh berat. Sudahdijangkakan satu hari hobinya itu juga terpaksa dikorbankan. Pasti alasanmamanya kerana dia tidak serius mempelajari bidang kerjanya di Hola Magazine.
“Bersabar la kawan... sampai HolaMagazine jadi milik kau. Setiap kali majalah baru keluar kau boleh ada dalamtu,” pujuk Eric.
Najmi tersandar di kerusi. “Masa tumungkin aku dah tua. Dah tak layak juga nak beraksi,” keluhnya.
Eric ketawa kecil. “Kau ni... hidupzaman bila? Hari ni model tak semestinya yang muda saja. Aku jamin masa depankau bakal jadi ikon model berusia yang tampan,” usiknya.
Najmi mencebik.
Eric menggeleng dan ketawa geli hati.“Tu dia orang yang kau tunggu,” beritahunya sambil memandang jauh di belakangNajmi.
Najmi segera berpaling dan memandangKaylanya sudah datang. Eric dipandang semula.
“Akutahu mama takkan lepaskan aku selagi aku tak serius dengan apa yang dia nak,”sambung Najmi sebelum bangun meninggalkan Eric. Paling tidak kehadiran Kaylamenghapus sebahagian dari rasa kecewa yang baru nak bersarang di hatinya.
Eric sekadar memerhati dan tersenyum.Hanya simpati boleh diberikan buat Najmi.
YUYUgelabah bila nampak Najmi berjalan menghampirinya. Roza disiku perlahan danmemberi isyarat supaya Roza memandang ke arah yang sama.
“Kenapa?” tanya Roza tidak faham. Tapisebaik ternampak Najmi baru dia faham. Yuyu dipandang dan dia senyum simpul.
“Inila masanya,” bisik Roza nakal.
“Kaukena pandai hargai peluang. Aku teman kau sampai sini aje. Nanti aku datangbalik,” beritahu Roza sambil menepuk perlahan bahu Yuyu, memberi semangat agarkawannya itu tidak cemas berhadapan dengan lelaki itu.
“Roza...” panggil Yuyu dengan suarayang tersekat. Tidak mungkinlah dia melaung nama Roza dengan begitu kuatsetelah Najmi berdiri betul-betul di hadapannya.
Roza melambai nakal dan segera berlalumeninggalkan Yuyu. Selalunya jika tak menemani Yuyu menjalani penggambaran diaakan membantu mak ciknya di butik. Roza tiada pekerjaan tetap sebab itu mudahuntuk dirinya mengikut Yuyu ke mana saja. Dia kembali ke butik mak ciknya diTime Square.
“Hai,” sapa Najmi. Bahagia menggebu dihati.
Yuyu mengangguk. “Assalamualaikum,”ucapnya kemudian. Entah betul tindakannya entahkan tidak. Dia bukan mahumenunjuk baik, tapi gugup berhadapan lelaki itu.
Najmi tersenyum sebelum menjawabsalam. Mata yang menjadi punca hatinya tertawan itu dipandang. Kali itu Kaylamengenakan kanta lekap warna hijau muda. Apa warna sebenar mata gadis itu? Diatertanya sendiri. ‘Muka di sebalik niqab tu mesti cantik,’ bisik hati Najmiyang terlalu mahu melihat wajah penuh gadis itu.
Renungan Najmi buat hati Yuyu tidakkeruan. Janganlah pandang dia macam tu.
Sedar Yuyu tidak selesa direnungbegitu Najmi alihkan sedikit pandangan. “Awak dah sarapan?” tanyanya mengharapkanjawapan belum.