“Tadimasa aku datang sini kereta kau pancit. Aku pergilah tampal. Tu yang lambat.Tauke kedai tayar tu dah nak tutup pintu pun. Nasib dia kesian kat aku,” jelasRoza. “Aku rasa TUHAN dah bayar cash dosaaku tolong kau tipu umi pagi tadi.”
Yuyutelan liur. Roza buat dia tak sedap hati.
“Yangkita tipu kejap tadi tak tahu apa pulak balasannya,” keluh Roza. “Esok kalaukita tipu lagi, tak tahulah apa pula nasibnya nanti,” tahu juga Roza takutdengan penipuan yang mereka lakukan. “Rasanya kita kena guna cara sebelum ni.”
“Kaucakap pandai. Esok pejabat mana pulak aku nak pergi interview?” Masalah yang tidak-tidak saja mereka cipta. Bukan Yuyutidak mahu jujur tapi perkara itu tak semudah diharapkan. Kalaulah uminya mahumemandang bidang yang disukai itu dari sudut positif kan bagus. Tapi uminyamemandang pekerjaan sebagai model itu tidak baik, hidup bebas dan bergelumangmaksiat. Dia pula tak fikir begitu. Ada juga model yang masih tahu menjagabatas pergaulan dan mahu mencari rezeki dari pekerjaan yang halal, macam dia...model Muslimah.
“Memang masalah selagi kau tak adakerja tetap,” balas Roza sambil fikirkan sesuatu. Dulu sewaktu Yuyu bekerjamereka tidak perlu membohongi Puan Anum begitu.
“Emm...kejap.” Roza menyentuh skrin telefon pintarnya. “Dulu kau kerja kat syarikatpenerbitan sabtu dan ahad atau lepas kerja kau boleh ambil tawaran photo shoot. Sebab kau ada alasan untukbalik lewat. Gunakan alasan tugasan yang memaksa kerja lebih masa pun umipercaya. Sekarang tak ada alasan dah,” omel Roza.
Yuyu lepaskan keluhan perlahan. Diatarik sila. Memang salah dia juga berhenti kerja secara terburu-buru. Sebelumni dia tak ada masalah untuk menerima tawaran photo shoot sebab semua itu berselindung di sebalik pekerjaantetapnya.
“Yu, apa kata kau cuba syarikat ni.”Roza tunjuk laman sesawang yang terpampang di telefon pintarnya.
Yuyumelihat skrin telefon pintar Roza.
“Mengarutla. Ni syarikat besar, belum tentu ada jawatan kosong dalam tu. Berebut-rebutorang nak kerja situ lah!” Bantahnya. Dia pernah cuba nasib di situ tapi takpernah dapat sebarang jawapan. Mungkin waktu itu dia baru tamat belajar danpengalaman juga tidak luas, siapalah yang berani memberikan peluang.
“Cuba dulu... Kalau kau dapat kerjakat sini pun bagus,” pujuk Roza.
Yuyu pandang Roza seketika sebelumturut rebahkan badan di sebelah kawannya itu.
“Denganpengalaman aku sebagai editor fesyen selama hampir lima tahun, teringin juganak kerja kat situ. Tapi bila fikir-fikir nanti aku kena curi masa untuk photo shoot. Rasanya aku kena carisyarikat yang kecil sikit, yang tak banyak kerja nak kena buat.”
Roza sedikit mengeluh. Telefonpintarnya diletakkan ke sisi. Dia kena jadi agensi cari kerja untuk Yuyu pula.
“Apacerita shooting kau siang tadi?” Roza tukar tajuk perbualan. Rugi takdapat kongsi pengalaman baru Yuyu. Nak buat macam mana, antara Zeel dan Yuyudia pilih Zeel.
“Biasa je. Nasib baik model lelaki tubanyak tolong aku. Kalau tak mahu sampai ke malam shooting tu,” jawab Yuyu.
“Model lelaki yang bercakap dengan kaumasa aku sampai tu ke?”
Yuyu mengangguk.
“Boleh tahan.” Roza senyum meleretmembayangkan wajah lelaki yang dilihat di studio petang tadi. Sewaktu hantarYuyu pulang tadi dia nak bertanya tapi Yuyu naik angin pula. Marah dia terlewatsampai di studio dan menggunakan nama AuntieAnn bagi melindungi kegiatan mereka daripada Puan Anum.