GELAK
tawa
Puan Sherly dan Puan Maria yang sedang sibuk menyediakan menu makan malam
memeriahkan suasa rumah itu. Kelihatannya dua orang wanita itu sangat serasi
berjiran. Ana, Deep dan Mikael turut membantu menyediakan peralatan yang
diperlukan di meja makan. Deep baru selesai meletakan semangkuk besar sup di atas
meja makan. Mikael pula selesai meletakan beberapa mangkuk kecil buat menghirup
sup sebentar nanti. Ana dengan sepinggan agar-agar yang baru dipotongnya ke
meja. Sesudah itu mereka masuk ke dapur semula, membantu mengangkat hidangan
lain ke ruang makan.
Puan
Maria dan Puan Sherly yang sudah menanggalkan apron saling berpandangan. Mereka
tersengeh.
“Dalam
tak mahu saya makan di sini, sudahnya banyak pula menu kita malam ni,” ujar
Puan Sherly sedikit malu.
Puan
Maria ketawa kecil sambil menepuk bahu Puan Sherly.
“Tak
apalah Sherly, hari ni awak dan anak-anak makan di sini. Minggu depan saya
dengan Mikael pula buat sibuk kat dapur awak.”
Puan
Sherly ketawa gembira. Bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan jiran sebaik
itu.
“Kita
ni single mother yang serasi. Dah
lama saya duduk sini, baru sekarang dapat jiran yang sekepala macam awak,” tambah
Puan Maria.
“Mungkin
inilah juga sebabnya saya balik ke sini. Sebab nak jadi kawan awak,” balas Puan
Sherly.
“Hari
ni kita berkawan, manalah tahu esok lusa kita berbesan pula,” gurau Puan Maria
sambil memaut lengan Puan Sherly, mengajak jirannya itu ke ruang makan untuk
menjamu selera.
Puan
Sherly ketawa riang. Ada-ada saja bicara Puan Maria yang menceriakan suasana
hati mereka.
Ana
yang baru meletakan sejag minuman ke atas meja mencebik mendengar perbualan dua
orang wanita itu. Siapa nak jadi bini Mikael? Ampun!
Mikael
memandang Ana. Dia hanya tersengeh dan menarik kerusi untuk duduk.
Deep
yang sudah duduk terkekah sambil menekup mulut.
“Kau
jangan nak lebih Deep, aku sekeh karang,” marah Ana.
“Ana,
ceduk nasi tu masuk pinggan,” arah Puan Sherly sambil mengambil tempat.
Puan
Maria sekadar memerhati sebelum duduk.
Ana
akur. Malam itu dia kena jadi pelayan.
“Sekarang
bacalah doa makan, semua orang dah lapar,” suruh Ana sebaik tugasnya selesai.
“Orang
yang dah lapar ke kau yang lapar?” tanya Mikael.
Ana
memandangnya.
“Kalau
dah aku sebut semua tu, termasuk kaulah. Kalau kau tak lapar, jangan makan,”
jawab Ana garang.
Puan
Sherly mengecilkan mata memandang Ana. Geram saja mendengar tutur kata anaknya
itu.
Ana
tarik muka dan diam.
“Sudah.
Mikael baca doa,” tegur Puan Maria perlahan. Dia menggeleng kepala melihat
anjing dan kucing itu bila bertemu.
“Pandai
ke?” sindir Ana perlahan.
“Ana!”
Marah Puan Sherly perlahan.
Ana
diam.
“Setakat
doa makan aje kut. Bukan nak kena baca doa tahlil,” balas Mikael sebelum mula
membaca doa.
Puan
Maria menggeleng. Masing-masing tak mahu kalah.
Sebaik
mengaminkan doa seisi makan malam itu berlangsung dengan tenang. Hanya Puan
Sherly dan Puan Maria saja sesekali bertukar cerita. Ana, Deep dan Mikael diam
memasang telinga.
Tiga
puluh minit kemudian Mikael dan Deep sudah berpindah ke ruang tamu. Kenyang
betul mereka malam itu. Ana pula membantu Puan Sherly dan Puan Maria berkemas.
“Sedap
udang goreng butter tu,” puji Mikael.
Deep
senyum.
“Orang
kata kan bang. Kalau suka kat orangnya, semua yang tak sedap pun sedap.”
Mikael
kerut dahi sambil menoleh kepada Deep. Wah, adik-beradik pembuli ni nak kenakan
dirinya ke?
“Apa
maksud kau?”
Deep
tarik senyum lebih lebar. Meskipun dia budak mentah tapi dia tak bodoh dalam
soal hati.
“Abang
suka kat Ana, kan?” tanyanya tanpa selidung.
Dahi
Mikael semakin berkerut. Dia suka udang yang dimasak Ana, bukan Ana. Ish, Deep
ni pandai-pandai saja hendak mengkenen
dia dan Ana yang selalu macam raja singa tu. Seketika kemudian Mikael tersengeh
dan menggeleng.
Deep
turut menggeleng. Dia tahu Mikael tak mahu mengaku.
“Kakak
kau tu sebelum ni ada boyfriend ke?”
tanya Mikael berminat juga mahu tahu. Ada ke lelaki yang minat perempuan macam
tu? Kalau bercakap memang tak perlukan tapis. Pakai redah saja. Berlubang besar
ke gegendang telinga orang dia tak peduli. Selalu guna pakai istilah, mulut
aku, aku punya sukalah!
Deep
pandang Mikael. Dalam hati dia rasa nak gelak. Mulut saja cakap tak mahu tapi
hati lelaki itu tetap saja sudah terpikat.
“Setakat
ni dia masih ada boyfriend. Kat
London,” beritahunya.
“Wow.”
Mikael pamer muka teruja. Ada juga lelaki yang meminati Ana. Lelaki bagaimalah
agaknya itu?
“Anak
mat saleh?”
Deep
mengangguk.
“Victor
Bloom.”
“Wow,
adik-beradik dengan Orlando Bloom,” ujar Mikael sebelum mereka sama-sama
ketawa.
“Lebih
kuranglah tu,” balas Deep dengan tawa yang masih bersisa.
“Kalau
dah Ana kat sini, Orlando Bloom tu kat sana. Macam mana hubungan dia orang?”
selidik Mikael.
Deep
ketawa lagi mendengar Mikael mempersendakan nama kekasih Ana.
“Gajet.”
“Gajet?”
Deep
angguk kepala.
“Selalu
Victor yang akan call dan masej Ana.
Ana pulak rajin e-mail dan skype
dengan dia. Kalau nak suruh Ana yang call,
memang mengamuklah mama kami,” beritahunya sambil membayangkan bil telefon
mungkin mencecah ribuan ringgit sebulan kalau Ana dan Victor bergayut di
telefon.
Mikael
tahu cinta jarak jauh memang memerlukan kos yang tinggi untuk berkomunikasi. Nak
jumpa pula kena menabung duit. Dia pernah lalui semua itu dan sudahnya dia
tarik diri sebab tak boleh bersabar melalui semua itu. Paling tidak dia tidak
curang hanya jujur tidak boleh menerima cara bercinta begitu dalam hidupnya
saja. Sekarang dia sendiri, lebih senang menentukan hala tuju kehidupan.
“Alah, jangan risaulah. Saya yakin Ana dan
Victor takkan bertahan lama,” ujar Deep seakan dapat membaca apa yang berada di
fikiran Mikael.
Mikael
tersenyum. Itu dia tak pasti. Lain orang, lain cara.
“Kau
orang mengumpat aku ke?” sergah Ana yang baru datang dari dapur.
Deep
dan Mikael saling berpandangan sebelum sama-sama tersengeh.
“Mana
ada, kita orang cerita fasal bola. Aku ajak Deep tengok perlawanan bola hujung
minggu ni,” dalih Mikael.
Deep
angguk-angguk kepala.
Anak
kecilkan mata memandang mereka. Langsung tak percaya. Dia dengar nama Victor
disebut tadi.
“Deep...”
Ana memandang adiknya dengan amaran.
“Ish,
kau ni. Ingat Victor tu ada seorang saja ke dalam dunia? Pemain bola pun ada nama
Victorlah. Sensetif sangat. Dah kemaruk rindulah tu,” cemuh Deep dengan muka
selamba.
Ana
tarik muka. Geram saja mendengar dalih Deep. Tapi hatinya mula rasa tak selesa
mendengar nama Victor. Sudah hampir seminggu mereka tidak berhubung. Sibuk ke
Victor di sana?
“Suka
hati kau oranglah,” marahnya dan terus menuju ke luar. Mencari tempat selesa
untuk menyendiri.
Deep
dan Mikael saling berpandangan.
Mikael
jungkit kening ingin tahu kenapa Ana sensetif mendengar nama Victor.
Deep
jungkit bahu.
“Aku
pergi tengok kakak kau kejap,” beritahu Mikael sambil bangun. Dia rasa tak
senang hati pula membiarkan Ana menyendiri.
Deep
membiarkan saja Mikael pergi sambil tangannya pantas mencapai senaskah majalah
yang tersusun dia atas meja kopi itu.
Ana
duduk berayun atas buaian yang terletak di tepi kawasan lapang rumah Puan
Maria. Malam itu sedikit sejuk kerana hujan sempat turun petang tadi. Bunyi
katak-katak yang menyanyi dalam longkang dan semak berdekatan menjadikan malam
tidak sunyi. Cengkerik juga riang mengalunkan melodi indah mengiringi nyanyian
sang katak.
“Kau
ada masalah?” sapa Mikael sebaik berdiri di tepi buaian yang diduduki Ana.
Ana
memberhentikan ayunan dan menjeling. Dia tidak suka Mikael menyibuk. Dia mahu
sendiri.
“Kalau
nak kongsi apa-apa, aku sedia menjadi pendengar. Masalah kalau simpan dalam
hati lama-lama tak elok. Apa lagi kau perempuan, nanti jadi gemuk,” ujar
Mikael.
Ana
herotkan mulut. Dia memandang badannya sebelum memandang Mikael.
“Kau
nak cakap aku ni gemuklah, kan?” marahnya.
“Tak...”
jawab Mikael serius.
Ana
menjeling. Tak suka Mikael tak mahu mengaku apa yang tersimpan dalam hati
lelaki itu.
“Maksud
aku, orang perempuan kalau stress
akan kuat makan. Jadi boleh jadi gemuk mendadak,” jelas Mikael malas mahu
bersoal jawab dengan Ana.
Ana
diam dan terus menghayun buaian.
“Tak
nak kongsi apa yang terpendam dalam hati tu ke?” tanya Mikael masih menunggu.
Ana
pandang tempat lain.
“Kenapa
kau suka menyibuk?” tannya kurang senang.
“Bukan
nak sibuk. Tapi nak ringankan masalah dalam hati kau saja.”
“Tak
payahlah. Aku tak perlukan pakar kaunseling.”
Mikael
jungkit bahu sebelum masuk ke dalam. Sudah orang tidak mahu bercerita buat apa
dia menyibuk. Mungkin itu cara orang perempuan lepaskan masalah. Bersendiri dan
berbicara dengan alam. Dia lelaki, kalau ada masalah harus disuarakan saja,
baru masalah selesai. Tak pandailah nak pendam-pendam sampai jadi jeruk dan
berfungus.
Ana
terus melayan perasaan. Dia langsung tak tahu kenapa Victor semakin kurang
menghubunginya. Sibukkah doktor muda itu kebelakangan ini? Ataupun memang
lelaki itu sudah menemui gadis lain? Dia sedar hubungan mereka memang berisiko
tinggi. Kalau bukan kerana jarak, kerana perbezaan peganggan agama. Memang dia
kena bersedia untuk menerima berita sedihlah tak lama lagi. Itu rasa hatinya.
“Ana...
apa lagi yang kamu berangan tu? jom kita balik,” laung Puan Sherly daripada
pintu. Dia dan Puan Maria masih belum habis berbual.
Deep
dan Mikael sudah berjalan hingga ke pintu pagar.
Ana
bangun mendapatkan Puan Sherly dan Puan Maria. Dia menghulur tangan sambil
berpelukan mesra dengan Puan Maria.
“Terima
kasih, auntie. Selamat malam,”
ucapnya sebaik meleraikan pelukan.
Puan
Maria tersenyum. Suka dia melihat sifat sopan santun Ana walau terkadang mulut
gadis itu celupar.
Ana
berjalan lebih dulu meninggalkan Puan Sherly yang masih belum habis bercakap
dengan Puan Maria. Sebaik tiba depan pintu pagar rumahnya yang sudah dibuka
Deep, dia berehenti. Deep sudah melangkah masuk menuju ke dalam rumah. Hanya
Mikael yang masih terpacak di situ.
“Selamat
malam,” ucap Ana sebelum melintasi Mikael.
“Ana,”
sapa Mikael.
Ana
berhenti melangkah namun tidak menoleh.
“Aku
tahu kau perlukan kawan sebagai pendengar. Percayalah, aku sedia menjadi kawan
baik kau.”
Ana
diam dan terus melangkah ke dalam.
Mikael
tersenyum dan kembali ke rumahnya.
Sebaik masuk ke bilik
Ana duduk berpusing di kerusi meja tulisnya. Dia separuh termenung. Dalam
dunianya yang punya Puan Sherly, Deep, Puan Maria dan Mikael pun dia rasa kosong.
Apa yang kurang? Atau sebenarnya dia rindukan Michel dan Vee? Keluhan kecil
dilepaskan. Sebenarnya dia lebih merindui Victor.
Perhatian
beralih ke komputer riba. Halaman muka buku didaftar masuk. Pantas jari menaip.
roinnt
rudaí sa saol a dhéanann freezes an croí
Mikael : Alamak nak marah aku pun
janganlah guna bahasa yang aku tak faham.
Deep
De Caprio :Rilekslah. Hati dia tengah tumbuh duri tu.
Ana
kerut dahi. Menyibuk betul dua orang manusia itu. Dia sekat nanti baru tahu.
Ana De Caprio :Jangan
nak buat perangai sengallah.
Mikael
:
Deep, kakak kau maki abang apa tu?
Ana muncung bibir. Itu
bahasa ibunda ayah merekalah.Mana ada dia maki orang.
Deep
De Caprio : Hahaha... dia cakap, dia sakit perut makan
kari kepala ikan yang abang cuba masak tadi.
Ana naik kening. Hampeh punya adik.
Mikael
:
Kesiannya. Nak aku bawa pergi klinik ke Ana?
Ana
De Caprio : Tak payahlah nak mengarut. Aku taip dalam
bahasa Irish tu. Kalau dalam bahasa Inggeris, some things in life makes the heart freezes. Faham!
Mikael
:
Kalau dalam bahasa Melayu apa? Aku faham yang peti ais tu saja. Kau nak aku
belikan peti ais ke?
Ana menjeling geram.
Buat-buat bodoh pulak. Terus dia mendaftar keluar. Buat rosak statusnya saja.