Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 37

KualaLumpur...

NAJMItersenyum sendiri. Dia dan Kayla dah lebih tiga kali bertemu, tak ke itumaknanya mereka ada jodoh? Tak kiralah kalau pertemuan demi pertemuan ituterjadi kerana rancangannya. Kalau bukan dengan izin TUHAN tak mungkinlah semuatu terjadi. Tiga kali bererti peluangnya semakin besar.

          Sarah yang dari tadi memeluk tubuh danmemerhatikan Najmi dari hadapan pintu masuk bilik itu berdeham dan melangkahmasuk. “Kau berangan pasal apa pulak tu?” tanyanya dengan beberapa kepingcontoh kulit majalah akan datang.

          Najmi terkejut dan cepat-cepattegakkan badan dari sandar.

“Lainkali ketuk la pintu dulu baru masuk.” Dia pura-pura marah. Kehadiran Sarah buatangannya terbantut. Wajah manis Kayla lesap entah ke mana. Potong mood-lah kakaknya itu.

          “Muka tu aku kenal. Muka orang angau,”tegur Sarah.

          Kening Najmi terangkat. “Pandai betulkau buat dosa pagi-pagi macam ni,” dalihnya mahu mengenakan Sarah.

          Sarah tersenyum sebelah bibir. “Kitani dua beradik je. Selain mama yang cukup kenal kau! Aku tak terkecuali.” Merekamembesar bersama, jatuh bangun dan menangis serta ketawa juga bersama. Manamungkin apa yang tersimpan dalam hati Najmi gagal diteka.

          Najmi terdiam memandang gambar-gambaryang diletakkan Sarah di atas mejanya. Ada lima keping semuanya. Dia sempatmengira kepingan itu setelah Sarah menyusunnya satu demi satu. Pekerjaan itumembosankan. Semua gambar kelihatan hampir sama dan cantik. Tapi dia terpaksa menilaidari sudut kreatif dan buat pilihan yang tepat. Matlamat utama mereka mencuripandangan pembaca dan sekali gus membuat mereka tertarik untuk membeli setiapnaskhah majalah yang terhasil. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah.Mencuri hati orang memang satu pekerjaan yang susah! Najmi teringat Kayla lagi.

          “Bila sebut pasal mama...” Sarah tarikkerusi dan duduk. “Apa jadi dengan gadis yang mama nak kau jumpa tu?” sambungSarah sambil merenung wajah Najmi. Dia tahu Najmi tak jumpa gadis itu.

          Najmi lepaskan keluhan. Kayla barusaja nak berkawan dengannya, takkan dalam masa sama dia jumpa perempuan lain.Itu bukan sikap dia. Walaupun ramai kawan lelaki Najmi buat macam tu, berjanjitemu dengan ramai gadis, buat saringan calon teman wanita paling ideal danakhirnya dapat isteri yang jauh dari apa yang diimpikan. Mungkin balasan sebabmempermainkan hati ramai gadis ketika membuat pilihan.

          “Hei, kau mengelamun ke mana? akutengah tunggu jawapan ni.” Sarah ketuk meja dengan buku jarinya beberapa kali.

          Najmi tarik nafas. Sarah dipandang.Patut ke dia beritahu Sarah tentang Kayla? Selama membesar bersama memangmereka tak pernah berahsia. Ketika papa dan mama mereka sibuk bekerja, hanyaada mereka berdua saja untuk saling percaya dan bertukar kasih sayang. Pembanturumah? Selalu sangat bertukar ganti dengan macam-macam masalah.

          “Kau jumpa seseorang yang lain ke? Diacantik?” sengaja Sarah meneka. Bukan dia tak tahu Najmi sedang cuba mendekatiseseorang kebelakangan ini. Mungkin juga Najmi terlupa Eric itu kawan baiknya.Pastilah hal Najmi akan sampai ke pengetahuannya.

          Najmi tersengih dan menggeleng kecil.Dia memang tak terlepas daripada Sarah rupanya.

“Yup,aku terjumpa bidadari,” akui Najmi. Kalau dia dah sebut perkataan bidadari tumaknanya gadis yang dia suka tu istimewa.

“Matadia cantik sangat. Pertama kali terpandang mata dia, aku terus jatuh hati,”beritahu Najmi lagi.

          “Wow! Macam menarik,” puji Sarahteruja juga mahu mengetahui kisah pertama adiknya dengan seorang gadis. Selamaini kisah seperti itu belum pernah didengari daripada mulut Najmi. Hati adiknyayang kalis cinta itu dah mula cair.

          Najmi bayangkan pertemuan pertamadengan Kayla.

“Mula-mulajumpa, dia macam susah nak didekati. Tapi lepas berkenalan dan berkawan, akurasa dia menarik dan mudah didekati. Dan makin aku kenal dia, aku rasa makinselesa. Aku gembira dengan dia, kalau boleh hari-hari nak jumpa dia.”  

Previous: Episod 36
Next: Episod 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.