Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 10

NAJMImelangkah keluar dari lif Hartamas Regency 1. Tingkat 11. Unit kondominiummilik kawan baiknya di dituju. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar.Tadi dia sudah memberitahu Zeel mahu ke situ, tapi Zeel pula masih di luar.Mungkin sekarang Zeel sudah pulang. Skrin telefon pintar disentuh. Ada beberapapanggilan yang tidak sempat dijawab. Keluhan kecil dilepaskan. Memikirkanwanita yang sudah melahirkannya itu kebelakangan ini buat Najmi sesak nafas.

          Beberapa hari lalu Najmi dah beritahuSarah, dia bakal sibuk dengan penggambaran iklan. Bermakna urusan pembelajarannyadi pejabat terpaksa dilupakan seketika. Mereka adik-beradik sama saja, sukaterlibat dengan dunia model dan seharusnya Sarah faham.

Bilateringatkan penggambaran tadi Najmi tersenyum sendiri. Kayla benar-benar mulamenghantuinya. Hati Najmi terpukau dengan kecantikan mata Kayla.

“Darimata turun ke hati,” katanya sendiri dan tersenyum meleret. Dia menyimpantelefon pintar dalam poket semula. Pintu pagar tidak bermangga. Bermakna Zeelada di dalam. Loceng ditekan.

          Zeel muncul di sebalik daun pintu yangterbuka. “Hah, sampai dah,” sapanya dengan senyuman. Daun pintu di buka lebihlebar.

          Tersenyum Najni melihat Zeel denganapron dan senduk di tangan. Perempuan selalu kata, lelaki kelihatan seksiketika memasak dan itu diakui. Kerana Zeel yang berbadan sasa itu kelihatan duakali ganda tampan berbanding dalam keadaan biasa. Bertuah bakal isteri Zeelkerana bakal punyai cef dalam rumah sendiri.

          “Masuk la,” pelawa Zeel. KedatanganNajmi memang dinantikan. Hampir dua minggu mereka tidak bertemu. Maklumlahkebelakangan ini Najmi sibuk belajar.

Najmitersandar selesa di sofa ruang tamu.

Zeelpandang Najmi lagi. Entah bagaimanalah kawan yang dikenali sewaktu belajar diMRSM dulu tu mengendalikan urusan pekerjaan yang langsung tak diminati sekarang.

“Mi,aku nak masak dulu. Kejap lagi kita boleh makan malam sambil borak.” Zeel cepat-cepatkembali ke dapur menyambung pekerjaannya yang tertangguh.

 

 

 

MALAMyang damai. Dari cermin kaca unit kondominium itu Najmi memerhatikan keretayang lalu lalang di bawah sana. Terasa dirinya seperti sedang terbang danmenyaksikan semua isi alam pula. Seronok jua tinggal di tingkat tinggi.Perutnya dah kenyang dijamu gulai lemak ikan kurau masin bersama nanas.Ditambah dengan beberapa menu lain, rasanya kalau bukan gangguan dari peristiwasiang tadi, malam itu tidurnya bakal lena.

          “Apa lagi yang kau menung tu?” sapaZeel sambil meletakkan dua muk ke atas meja kopi. Malam-malam begitu menontonTV sambil menikmati kopi seronok juga. Sejak bila Najmi jadi pemenung begitu? Biasanyarancak saja mulut Najmi berkongsi hal kehidupannya, tak pun mengungkitkisah-kisah mereka sewaktu di MRSM dulu. Mereka punya cita-cita yang sama tapibelajar di universiti yang berbeza. Pernah juga bekerja dalam bidang yang samasebelum Najmi berhenti demi memenuhi permintaan Puan Sarimah.

Previous: Episod 09
Next: Episod 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.