SEBELUMpandang ke luar tingkap Roza tengok jam di pergelangan tangan sendiri. Nampaknyadia macam dah lewat. Nasib baik grab car yang dia naik tu dah sampai di kawasanperumahan Dato’ Keramat dan rumah Yuyu di depan sana. Grab car berhenti. Rozabayar tambang dan turun. Mudah kehidupan kota zaman ni, ada perkhidmatan Grab cardihujung jari tak perlu berebut teksi lagi. Tambang pun murah. Roza senanghati.
“Assalamualaikum...Selamat pagi Abang Aid,” ucap Roza sebaik terpandang abang Yuyu.
Zaid yang sedang membuka pintu pagartersenyum.
“Waalaikumsalam.Pagi-pagi lagi dah sampai, tak ada kerja lain ke?”
Rozatersengih. Bukan baru semalam mereka kenal. Bertahun-tahun lamanya. Semenjak diadan Yuyu jadi kawan baik di sekolah menengah lagi. Jadi usikan kasar Zaid tudah lali padanya.
“Awalabang pergi kedai hari ni?”
“Bos. Kena la datang awal. Baruperniagaan maju,” lagak Zaid. Macamlah dia ada perniagaan besar sangat. Sebuahkedai menjual dan membaiki komputer aje pun. Hasil dari simpanan selama tujuhtahun bekerja dan bantuan walidnya. Kalau tak... sampai sekarang dia makan gajidengan bos lain.
“Ceh! Dah pandai nak sombong,” ejekRoza.
Zaid ketawa kecil.
“Za masuk dulu.”
“Eh,” tahan Zaid. “Kau orang nakmerayap ke mana hari ni?” bukan dia sengaja nak ambil tahu tapi sikap dua oranggadis itu kebelakangan ni menimbulkan masalah dalam keluarganya.
“Jaga-jagasikit, umi dah mula marah-marah tu,” beritahu Zaid. Semua tu sebab Yuyu makinkerap pulang lewat. Pedih juga telinga dia nak dengar.
Roza buat muka takut walau sebenarnya takhairan.
“Harini kita orang nak keluar lagi. Bukan pergi tempat bukan-bukan pun bang. Zateman Yuyu cari kerja,” beritahu Roza. Dalam hati cari kerjalah sangat. Hari niYuyu ada penggambaran penting! Maknanya dia hanya menemani Yuyu buat kerja,bukan cari kerja.
“Em... iye la tu. Tengok muka tu jedah tau. Muka tak boleh percaya,” balas Zaid. Yuyu dan Roza sama saja degilnya.
“Ish, ish... abang ni...” Rozamenggeleng beberapa kali. “Tak baik buruk sangka tau.”
“Tak adanya buruk sangka.”
“Percaya la bang,” kata Roza manja.
Buat meremang bulu roma Zaid.
Roza senyum nakal.
“Masuk dulu la. Kalau layan abang niesok pun kita tak bergerak ke mana.” Roza tinggalkan Zaid.
Zaid pandang Roza masuk ke rumahnya. Dulupernahlah juga dia menyimpan perasaan terhadap Roza. Tapi setelah berjumpagadis lain dia rasa mereka tak serasi pula. Sekarang Roza tunangan orang dandia pula bekas tunang kepada seseorang. Nasib mereka memang tak sama.
ROZAtinggalkan beg tangannya di ruang tamu. Awal pagi macam tu sah-sah tuan danpuan rumah ada di dapur. Roza menjengah ke sana. Dia beri salam. Jumpa umi danwalid Yuyu dulu lebih afdal. Baru apa yang dia cakap nanti dipercayai. Ada ajetaktiknya.
Puan Anum yang lebih dulu terpandangRoza menjawab salam. Diikuti Encik Khalid. Roza mencium tangan Puan Anumsebagai tanda hormat dan menghadiahkan segaris senyuman buat Encik Khalid.
“Nidatang nak sarapan free-la, kan?”usik Encik Khalid. Dia berhenti menghantar mi goreng hasil air tangan Puan Anumke mulut.
Roza ketawa kecil.
“Takla. Za dah sarapan tadi,” jawab Roza. Mak cik dia walau sibuk berniaga masihada masa lagi nak masak makanan buat mereka. Jangan risau, dia tak mungkinkelaparan.
“Mmm...rugi la kalau macam tu. Masakan umi ni sedap! Sampai boleh buat diri terangkatke langit,” puji Encik Khalid. Bukan sengaja nak ambil hati isteri sendiri.Tapi Puan Anum memang pakar dalam masakan. Buktinya dari dulu sampai sekarangdia lebih gemar makan di rumah berbanding di luar. Itulah isteri terbaik yangdimiliki. Sangat dihargai dan disayangi.
Puan Anum mencebik malu.Berlebih-lebih pula suaminya memuji. Boleh ke dengan makan saja orang sampai kelangit? ‘Tak habis-habis nak mengarut.’ Ini semua hasil bantuan buku-bukumasakan. Kalau tak rajin mencuba pelbagai resipi yang ada dalam buku-buku tu,jangan mimpilah semua masakannya menjadi.
Roza alihkan pandangan ke atas sebelummatanya beralih mencari Puan Anum semula. “Yuyu dah bangun ke umi?”
“Subuh tadi dah. Tak turun lagi nicuba kamu naik atas, tengok apa dia tengah buat tu,” jawab Puan Anum pelik Yuyumasih belum turun bersarapan. Selalu tidak begitu. Paling kurang pun Yuyu mestiturun membantunya sediakan sarapan pagi.
“Okey,umi...” Roza tak sabar nak berlari ke tingkat atas. Tapi Puan Anum bersuaralagi dan buat langkah Roza terhenti.
“Pagini kamu berdua nak pergi ke mana?” Apa lagi yang dilakukan anak itu kebelakanganni sampai hatinya rasa tak tenteram.
Alamak... Roza maniskan muka.
“Harini ada interview. Za temankan Yuyu,” beritahuRoza. Harap-harap Puan Anum percaya walau alasan sama dah banyak kali dia gunapakai.
Puan Anum mengangguk perlahan. Hatinyasedikit lega. Paling tak Yuyu masih berusaha nak kembali bekerja.
“Interview kat mana?”
“Tak tau pulak. Yuyu tak bagitau. Tapisekitar KL juga la.” Roza mula panas bersoal jawab. Dah lama dia keluar masukrumah tu takkan lah dia tak faham dengan perangai suka menyiasat Puan Anum. Patutnyadulu Puan Anum jadi detektif bukannya guru.
Puan Anum merenung Roza. Entah mahupercaya ke tidak. Mungkin kali ini dia terpaksa percaya.
Melihat Puan Anum diam dan sedikitkhayal merenung dirinya, Roza bersuara,
“Umi.Za naik atas tengok Yuyu dulu ya. Mana la tau kot-kot dia tidur lagi ke?Melepas sesi interview tu. Rugi,” taklengah Roza menghilang ke tingkat atas.
Puan Anum yang dari tadi berdiri, tarikkerusi dan duduk. Suaminya dipandang.
“Abangtak rasa ke Roza tu macam tak jujur?” dalam hati masih juga berputik curiga.
Encik Khalid tersenyum.
“Takbaik buruk sangka. Roza tu budak baik, cuba la percayakan dia sikit. Watak diaaje nampak macam tak betul tu.”
“Tapi...”
“Saya tahu awak tak sukaRoza tu sebab dia membesar dengan mak saudara dia yang andalusia tu. Kena ingatNum... tak semestinya anak yang membesar dengan keluarga tak sempurna, bilabesar akan jadi orang jahat.