Home Novel Cinta AKU vs AKU
Episod 31

Rozarenung Yuyu. Macam tak percaya Yuyu sedia berhenti seketika. “Kau dah fikirbetul-betul? Sekarang kau tengah laris la?”

“Humm...suka tak suka aku tetap kena lepaskan kejap,” suara Yuyu kembali perlahan.

“Akutau kau tak sanggup.”

Yuyujatuh bahu. Roza betul.

“Sampaihari ni aku tak faham kat mana salahnya minat aku ni. Aku bukan buka bajutayang badan pun.”

“Kalaukau jelaskan pada umi tentang model Muslimah, kau rasa dia boleh faham?” tanyaRoza. Bukan di mana salahnya menjadi model, tapi menjadi bahan tontonan umumwalaupun berpakaian sopan begitu tetap saja tidak sesuai buat seorangperempuan.

“Ish!Memang tak la. Aku sebut je perkataan model tu nanti panjang ceramah umi. Tigahari, tiga malam sampai ke tahun depan tak habis lagi dia proses otak akusupaya lupakan semua tu,” jawab Yuyu. Bukan dia tidak tahu bagaimana sikapibunya.

“Za...mana kau dapat idea Auntie Ann nakberniaga kat Melaka tu?” tanya Yuyu.

“Manaada aku reka, memang dia dah sewa tapak kat bazar untuk meniaga la,” jawabRoza.

“Ooo...kiranya memang tak tipu la?”

Rozamengangguk.

“PasalAuntie Ann nak meniaga tu memang taktipu. Tapi pasal kita nak tolong dia meniaga tu tersangat la tipu.” Diatersengih.

Yuyumencebik.

“Agak-agaknyaselain cari kerja lain untuk selindung kerja model aku, kau ada tak cadanganlain?”

“Ada.”

“Ada?”muka Yuyu berubah teruja.

“Kahwin,”jawab Roza.

Rozani memang menyakitkan hati! Yuyu mencebik geram.

“Kahwintu masalah. Aku lari dari dikongkong umi, nanti aku dikurung suami,” balasnya taksetuju dengan cadangan itu. Kalau dia nak kahwin lama dulu dia dah buat.

“Taksemestinya suami kau sekejam tu. Kau cari la yang bidang dia lebih kurang macamkau, mesti dia faham. Lagipun kau dalam kategori model sopan, cuma waktu kerja jela kadang-kadang buat laki kau makan hati.” Roza tahu ada-ada kala seorangmodel terpaksa melakukan penggambaran di luar studio dan pada waktu yang tidakmenentu. Ada masa pula terpaksa keluar kawasan dan berjauhan daripada orangtersayang.

“Akubelum jumpa yang boleh faham kerja aku.”

“Bukantak jumpa, kau yang tak bagi peluang.”

“Takkanaku nak kena beritahu lelaki yang aku baru kenal yang aku ni model? Tolong laye, silap-silap lepas tu umi pulak yang tau,”

Rozadiam sambil membayangkan kenalan lelaki mereka yang mana sesuai mendampingiYuyu. “Yu...”

“Apa?”

“Macammana dengan model yang makan dengan kau tu? Najmi.”

“Biasaje,” jawab Yuyu. Matanya masih kekal memandang siling.

“Cubala rapat dengan dia. Mana tahu serasi,” cadang Roza.

Yuyusenyum meleret. Roza dipandang.

“Akubaru bertukar nombor dengan dia. Ada la borak kosong sikit,” beritahunya denganhati yang menggebu berbunga. Ingat nak sorok dari Roza tadi tapi tak jadi.

Rozakecilkan mata.

“Betulke?”

Yuyumengangguk dan tersenyum lagi.

“Pandaipun! Tak payah aku ajar kau dah tahu apa nak buat,” puji Roza sambilmengerakkan keningnya ke atas ke bawah. “Apa lagi? Mula la main peranan.”

“Barunak mula la ni, mana boleh letak harapan. Kau kan tahu model lelaki selalunya memangkaki sosial,” tekan Yuyu tak mudah mempercayai Najmi.

“Taksemua macam tu,” bela Roza. Dia yakin Najmi tu lain. 

“Majoritiselalunya betul, kan?” Yuyu tak mahu kalah.

“Emm...sebab terlalu ikutkan majoriti la kita selalu tak nampak yang minoriti tu,”bangkang Roza.

Yuyumencebik. Mencari cinta takkan nak kena cuba-cuba dulu. Mengarut! Ingat inipesta mencuba produk baharu ke apa?

 

 

 

“AWAKni diam je. Dah kenapa?” tanya Encik Khalid sebaik menyedari Puan Anum yangduduk di sebelahnya itu dari tadi membisu. Dari keluar rumah lagi isterinyabegitu, sampai di majlis kahwin juga tak banyak bercakap. Selalunya kalau jumpadengan kenalan lama di majlis-majlis perkahwinan anak rakan guru Puan Anum,isterinya itu riuh berbual. Dirinya pun kadang-kadang Puan Anum terlupa adasama.

          Puan Anum menikmati jus kordial lagi.Cuaca panas ditambah dengan hatinya yang resah pastinya suasana menjadi tidakselesa untuk dihayati. Gelas yang masih ada setengah jus diletak atas mejasemula.

          “Lusa Yuyu nak pergi Melaka. DenganRoza,” beritahu Puan Anum.

          “Ada apa budak-budak tu nak pergi sana?”tanya Encik Khalid. Yuyu jarang pergi jauh kecuali masa bekerja sebelum inisaja.

          “Entah. Roza kata Ann minta tolongjaga booth. Tapi saya rasa dia orangtu menipu.” Puan Anum mencebik walaupun tahu Ann memang rajin menyewa tapakgerai di bazar-bazar seluruh Malaysia untuk melariskan jualan pakaiannya.

          “Ish, awak ni...”

          “Bang, saya bukan buruk sangka. Sayani dah mengajar lebih seribu orang anak murid, saya tahu bila mereka menipu.Mata Roza masa bercakap sama macam mata masa anak murid saya menipu,” jelasPuan Anum.

          “Tapi, abang yakin anak kita tak macamtu,” tetap juga Encik Khalid mempertahankan anak gadisnya yang satu itu.

          Puan Anum merenung Encik Khalidseketika sebelum diam. Tak guna dia cari salah Yuyu kalau tak ada bukti.Matanya beralih ke pelamin pula. Cantik pasangan pengantin di sana. Anaksahabatnya itu lebih muda daripada Yuyu tapi sudah bertemu jodoh. Yuyu pulaentah bila. Zaid? Lagilah dia tak tahu. Dia hanya ada dua orang anak tapi mahumengatur masa depan mereka itu sebaik mungkin memang sukar.

          “Kalau Yuyu tu dah kahwin kan bagus,”kata Puan Anum perlahan.

          Encik Khalid sekadar menggeleng kecil.Soal jodoh bukan boleh dipaksa.

“Kalautak percaya sangat telefon la Ann tu. Tanya, betul ke tak mereka tu nak tolongdia kat Melaka,” suruh Encik Khalid.

          Puan Anum renung mata suaminya itu.Perlu ke dia buat macam tu? Demi puaskan hati sendiri Puan Anum mengeluarkantelefon pintarnya dari beg tangan.

          “Num... cuba tengok sana,” suruh EncikKhalid.

          Puan Anum yang baru hendak menghubungiAnn memandang ke arah yang dimaksudkan. Seorang wanita sedang berbual menarikperhatian mereka. Puan Anum dan Encik Khalid saling berpandangan. Tak sangkamereka akan bertemu wanita itu di situ pula. Telefon pintar di simpan dalam begsemula.

Previous: Episod 30
Next: Episod 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.