Yuyumenggeleng.
“Setakatni hanya model.” Mereka baru saja kenal. Mustahil dia nak beritahu, sebenarnyadia tengah cari kerja tetap setelah lepaskan jawatan yang dia suka.
“Hanya model sambilan? Macam mana naksara keperluan hidup tinggal kat KL ni kalau tak ada kerja tetap?” Najmi sedikitpelik. Lainlah kalau Kayla anak orang kaya. Dia tahu setakat jadi modelsambilan takkan mampu menanggung keperluan hidup di bandar KL. Mungkin dalam sebulanhanya dua kali mereka dapat tawaran atau mungkin berbulan-bulan sekali.
“Tak ada masalah. Saya tinggal dengankeluarga. Saya buat kerja model pun sebab suka-suka. Sebab nak beli benda yangsaya suka dengan duit sendiri.” Yuyu semakin selesa berbual dengan Najmi.
Najmi tersenyum. Lega rasanya mengetahuiKayla tinggal bersama keluarga dan bererti gadis itu bukan jenis bebas. Patutsaja peribadinya kelihatan sopan. “Adik-beradik awak ramai?” barulah dia bolehmasuk ke soalan peribadi sedikit.
“Dua orang,” jawab Yuyu.
“Ooo... sama. Saya ada seorang kakak,”beritahu Najmi ceria.
“Kakaksaya pun model,” tambah Najmi mahu Yuyu mengetahui lebih banyak tentangdirinya.
Yuyu sedikit terkejut. Tak sangkaadik-beradik Najmi model. “Siapa kakak awak tu?” Dia nak tahu.
“Sarah Rayis. Awak kenal dia?” beritahuNajmi. Mustahil kakaknya tak dikenali.
Mata Yuyu sedikit terbeliak. Memangtak sangka Najmi adik kepada Sarah Rayis. Sepatutnya ketika Najmi sebut namabelakangnya tadi dia dah boleh teka. Sarah Rayis antara model popular limatahun lepas, hilang dari dunia model setelah berkahwin dan khabarnya langsungtidak diketahui sehingga kini.
“Apakhabar kakak awak sekarang?” tanya Yuyu teruja ingin tahu perkembangan terkiniSarah Rayis.
“Sihat. Masih teruskan hidup walaupundah tak bersuami,” kata Najmi dengan muka sedikit kecewa.
“Dia bercerai?” terkejut Yuyu mendengarberita terbaru model pujaannya itu. ‘Sarah Rayis dah bercerai?’ tanya Yuyudalam hati. Kalaulah berita penceraian Sarah Rayis tersiar di dada akhbar danuminya baca, pasti satu lagi pandangan negatif bakal dilemparkan kepadagolongan model seperti mereka. Kata Puan Anum, kahwin cerai itu permainanorang-orang di dunia glamor. Pada Yuyu, berkahwin dan bercerai itu terikatdengan takdir dan jodoh.
Najmi menggeleng. “Abang ipar sayameninggal. Kemalangan kat luar negara,” beritahu Najmi simpati dengan takdir perkahwinankakaknya.
Yuyu mengangguk simpati. Bukan semuaperpisahan insan seperti mereka berlaku kerana penceraian.
“Hai,” sapa Roza yang baru tiba. BahuYuyu disentuh sebelum berbalas senyuman dengan Najmi.
Najmi memerhatikan Roza yang jauhberbeza dengan Kayla. Roza tak bertudung dan rambutnya diwarnakan dengan warnamerah tembaga, ber-t-shirt dan jeans. Kalau ikutkan apa yang selalu dipandang,kumpulan gadis seperti Kayla jarang berkawan dengan gadis yang berbeza daripadamereka. Mungkin kah Kayla dan Roza punya hubungan saudara? Najmi cuba meneka.
“Najmi, saya minta diri dulu.” Yuyubangun dari duduk.
“Terima kasih sudi teman saya makan,”ucap Najmi dengan senyuman walau hati berat mahu membiarkan Kayla pergi.
Roza sekadar memerhati. Hatinyatersenyum melihat mereka. Mungkin kah cerita cinta bakal bermula? Dia harapbegitu.
“Sebelum terlupa. Kenalkan, ni Roza,”kenal Yuyu.
Roza dan Najmi berbalas senyuman.
“Hai,” sapa Najmi.
“Helo,” balas Roza. “Kami dah lewat,kena balik dulu. Jumpa lain kali.” Dia boleh nampak muka terpaksa Najmi melepaskanYuyu pergi.
Setelah Yuyu dan Roza hilang daripandangan baru Najmi sedar, dia masih belum dapatkan nombor telefon Kayla. Ah,sudah! Langkah Kayla dan Roza cuba dijejaki. Semoga saja mereka belum pergijauh. Salah dirinya juga kerana tidak bertanya di mana Roza meletakkan keretatadi.