Datuk
Malek
Pukul 5.45 pagi, Dato dan isterinya
sampai ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Lantas dia dan isterinya pergi ke
pejabat Haji Ramlan yang memang berada di tingkat bawah. Sampai di lobi dia
terus bertemu Haji Ramlan yang sedang menunggu di sofa lobi. Mereka berpelukan
dan bersalaman, Haji Ramlan terus mengajak Dato Malek ke biliknya manakala Puan
Saadah dibenar berjumpa anaknya di bilik tetamu. Sampai di dalam bilik Hj
Ramlan ;
“Betul ke Haji anak aku
kena tangkap basah?” tanya Dato Malek.
“Betul Dato... takkan
saya silap pulak. Lagipun ada 4 orang saksi. Mereka menangkap pasangan lelaki
Ani sedang cuba melarikan diri di tingkat atas umah Dato. Meronta-ronta minta
dilepaskan. Rambut pulak basah, seolah-olah baru lepas mandi” terang Haji Ramlan.
“Cukup 4 orang saksi? Di
dalam rumah saya? Masya Allah. Ani... Ani. Sampai hati kau malukan bapak. Apa
alasan diorang Haji” Dato Malek terkilan dengan perlakuan Ani.
“Ani kata yang lelaki tu
terbaring di depan rumah Dato kerana telah dipukul oleh samseng-samseng. Ani
papah masuk dalam rumah. Pastu bagi lelaki tu mandi dan tukar pakaian dalam
rumah Dato. Masa tu lah kami tangkap. Yang pihak lelaki mengiyakan sahaja. Tapi
tak beritahu kami siapa yang memukulnya” terang Haji Ramlan.
“Jadi apa tindakan Haji?”
tanya Dato Malek
“Saya rasa beginilah.
Disebabkan ada keraguan di dalam kes ini, saya lepaskanlah Ani dan pasangannya.
Sebaik-baiknya kahwinkan mereka berdua Dato. Takut nanti ada suara-suara
sumbang yang mengatakan saya melepaskan Ani sebab saya rapat dengan Dato. Malah
mungkin ada orang kata Dato menggunakan pengaruh Dato untuk membebaskan mereka.
Kahwinkanlah mereka... itu jalan yang sebaik-baiknya” Haji Ramlan memberikan
pendapatnya. Dato Malek bersandar di kerusi dan berfikir sejenak.
“Baiklah. Saya bersetuju
dengan pendapat Haji. Saya akan kahwinkan Ani. Buatlah persiapan apa yang patut
untuk pernikahan Ani lepas Asar ini di surau taman saya” akhirnya Dato Malek
membuat keputusan.
“Begitulah
sebaik-baiknya. Perkara yang baik jangan dilewat-lewatkan. Insya Allah, saya
akan membuat persiapan dengan sebaik-baiknya.
Silalah bawa anak Dato balik ke rumah. Nak berjumpa dengan bakal menantu
pun boleh. Mari” Haji Ramlan mengajak Dato berjumpa dengan anaknya dahulu di
bilik tetamu. Sampai sahaja di bilik tetamu dilihat isterinya Saadah menangis
sambil memeluk Ani, manakala Ani relak sahaja duduk tanpa ada apa-apa perasaan.
“Dah tu Adah... jangan
nak menangis beria-ria sangat. Tengok tu anak kita... relak jer macam takde
apa-apa” Dato Malek bengang dengan reaksi Ani.
“Bapak... kita tak
salahla. Kita cuma tolong orang tu... dia pengsan di depan rumah kita. Tup- tup
pak Aji datang tangkap basah” Ani menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Bapak tak kira..... kau
dah malukan bapak. Malu bapak dengan Haji Ramlan ni kau tahu. Mana bapak nak
sorokkan muka ni? Bapak tak kira.... harini jugak bapak kahwinkan kau dengan
pasangan kau tu” tegas Dato Malek.
“Apa? Bapak nak kahwinkan
saya dengan si busuk tu? Saya tak setuju! Saya taknak! Tah jantan mana tah!”
Dato Malek yang marah mendengar kata-kata Ani terus menepuk meja... bammm !
bunyinya.... kesabarannya teruji. Saadah memandang suaminya dengan penuh tanda
tanya.
“Ani tahu tak, perbuatan
Ani ni menjatuhkan nama baik bapak dalam pasukan polis! Tak kira la samada Ani
cuma Ani tolong orang itu tidak.... Ani patutnya telefon ambulans atau Polis.
Biar Polis selesaikan... kenapa perlu bawa lelaki yang Ani tak kenal ke dalam
rumah? Kali ini Ani ikut cakap bapak... keputusan abang muktamad” Dato Malek
benar-benar marah... beliau ditenangkan Haji Ramlan.
“Tapi bang...” Mak Adah
tidak bersetuju dengan keputusan suaminya.
“Adah.... kita terlalu
manjakan anak kita yang sorang ni. Apa dia nak semua kita penuhi. Nak jadi
tomboi pun kita biarkan. Kali ini biar dia kahwin. Biar dia ada rasa
tanggungjawab. Biar dia jadi perempuan yang betul. Abang dah berbincang dengan
Haji... lepas Asar ni kita kahwinkan anak kita. Haji jom pergi jumpa lelaki tu”
lantas Dato keluar dari bilik tersebut sambil diiringi oleh Haji Ramlan ke
bilik mesyuarat di mana Sim ditempatkan. Datin Adah kelu tidak berkata... dia
tahu keputusan suaminya tidak boleh diubah.... kali ini Dato Malek sangat tegas
dengan keputusannya. Sudah lama mak Adah tidak melihat suaminya marah sebegini.
Sampai sahaja Dato Malek di bilik mesyuarat, Sim kelihatan sedang tidur di atas
kerusi Pengerusi yang empuk, Haji Ramlan mengejutkannya ;
“Encik Kasiim... oh
Kassim. Bangun.... ni Dato nak jumpa” Sim terpisat-pisat bangun, kemudian
matanya menoleh ke arah Dato Malek.
“Maafkan saya
Dato...disebabkan saya anak Dato terjerumus ke dalam kes ini. Saya tak sengaja
Dato. Ani menolong saya yang pengsan di luar rumah. Dia tidak bersalah” kata
Lan. Apabila melihat wajah Sim.... Dato Malek teringatkan seseorang ;
“Apa nak buat... nasi dah
jadi bubur. Ikutkan hati aku... nak je aku sumbatkan kau dalam jel. Sabar
jelah. Sekarang kau kena kahwin dengan anak aku. Walaupun apa juga alasan kau”
kata Dato Malek tegas.. walau apapun halangan, mereka berdua tetap akan
dinikahkan ;
“Kahwinkan saya dengan
Ari tu. Simpang malaikat 100 pun saya taknak. Perangai macam jantan” Sim tidak sanggup.
“Oi! Kau dah kena tangkap
basah. Taknak kahwin pulak dengan anak aku. Mengutuk pulak tu” lantas Dato
Malek meluru ke arah Sim tetapi ditenangkan oleh Haji Ramlan.
“Sabar Dato sabar. Kita
dengar dulu penjelasan dia. Kenapa Encik Kassim taknak kahwin dengan anak Dato
ni? Kenapa kamu tidak mahu berkahwin dengan Ani ni?.”
“Saya ni manalah ada
duit. Baru kena berhenti kerja kelmarin. Syarikat dah gulung tikar. Lagipun
belanja kahwin sekarang mahal. Macamana saya nak bagi isteri saya makan?”
penjelasan itu menyebabkan Dato Malek cool down sejenak. Mungkin mengakui kebenaran
kata-kata Sim.
“Besok lepas Asar aku
nikahkan kau. Persandingan akan dibuat lagi sebulan. Pinjamlah dulu duit dari
ahli keluarga kau. Takkan takde” Dato Malek memberi cadangan ;
“Saya ni anak yatim
Dato,,,, mana ada sedara mara. Saya dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Saya
pun tak tahu siapa mak bapak saya. Ni ada dokumen mengatakan saya pernah
menginap di rumah anak yatim” lantas Sim mengeluarkan kad yang mengatakan
beliau adalah penghuni rumah anak yatim di Gombak. Kad itu diteliti oleh Dato Malek.
“Oklah. Aku bagi kau
pinjam duit dalam 10,000 ringgit. Hantaran kepada Ani... bayar balik tau. Bayar
ansur-ansur. Cari kerja... bayar. Jangan nak sedap jer.”
“Ani? Tapi dia suruh
panggil di Ari... katakanlah saya ni tidak berkahwin dengan Ari. Apa akan jadi
kepada saya?” tanya Sim.... dia kalau boleh nak mengelak kahwin dengan Ari...
dia belum bersedia berkahwin dengan situasi begini.
“Nama sebenar anak aku tu
Ariani Suzana Bt Malek. Aku nak lepas ni kau panggil namanya Ani... tak mahu
aku dengar kau panggil Ari. Kalau kau tak mahu berkahwin dengan anak aku.... Aku
pastikan pistol ni meletup kat dalam kepala kau. Tahu tak!” Dato Malek lantas
mengeluarkan pistolnya dari beg sandang. Sim gerun.
“Baik-baik... saya kahwin
dengan anak Dato....” katanya takut-takut....
“Bagus... pas ni. Kau
ikut aku balik rumah. Buat persiapan perkahwinan. Nikah lepas Asar. Jangan kau
nak lari pulak... aku cari kau sampai ke lubang cacing jika kau lari. Ingat
sikit bakal bapa mertua kau ni siapa” gertak Dato Malek.
“Ya Dato... saya ikut
Dato balik.”
“Siapa nama kau?” tanya
Dato Malek.
“Nama saya Kassim Bin
Abdullah” sah.... aku kena siasat latar
belakang budak ni.... kata Dato Malek di dalam hati.