BAB
31
Tasya
Besok pagi Sim terlewat ke pejabat... selalunya pukul 8 pagi atau 8 suku Sim sudah sampai di pejabat. harini Sim sampai pejabat pukul 8.35 pagi.... lewat 5 minit
dari masa kerja yang sepatutnya. Ini disebabkan adanya kemalangan
di lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Kajang... jem memang teruk gila.
Pukul 8.45 Dato Khaidir datang ke meja Sim bersama dengan seorang perempuan. Sim rasa dia ini Tasya.... Juruteknik junior yang dikatakan oleh Dato Khaidir
dulu tu. Sim yang melihat Dato datang terus menutup laman web Facebook yang sedang layarinya... tak sempat sign out dah. Hehehehehehehehe. Sim bangun apabila
Dato Khaidir sampai ke mejanya ;
“Selamat pagi Dato... apa
yang boleh saya tolong?” Sim menyapa Dato dahulu.
“Pagi... ha... ni saya
perkenalkan.... juruteknik baru team kamu. Tasya.... Tasya, kenalkan encik
Kassim” cantik orangnya... macam Rozita Che Wan semasa muda... kami bersalaman.
“Tasya... ini team leader
kamu. Harap kamu berdua dapat bekerjasama untuk memajukan lagi perniagaan saya.
Kassim... harap kamu boleh menjadi mentor kepada Tasya ni.”
“Insya Allah Dato.... apa
yang boleh saya ajar akan saya ajarkan. Saya pun rasa tak sesuai untuk menjadi
Mentor Tasya.. baru 2 bulan saya bekerja Dato” kata Sim merendah diri. Tasya
hanya mengangguk.
“Tapi saya suka dengan
komitmen awak. Tasya, meja awak sebelah meja Encik Kassim. Pastu nanti saya akan
suruh orang sediakan meja awak dan kemaskan apa yang patut. Tasya ni rumahnya
kat sini Kassim... jadi dia tak ikut Van dari Kelang. Dia masuk kerja dan punch
kad kat ofis ni.”
“Oh begitu.”
“Kalau takde apa-apa
lagi. Saya beransur dulu la yer... selamat bertugas Tasya” Dato Khaidir
mengenyitkan matanya kepada Tasya...
“Baiklah... terima kasih
Dato” kata Tasya. Apabila Dato berlalu pergi...
“Nanti saya ambilkan
kerusi” Sim mengambil kerusi dan letakkan di sebelah kiri kiubnya. Setelah Tasya
duduk ;
“Asal orang sini ker?
Bila mula kerja sini? Tak nampak pun selama ini di pejabat?” tanya Sim ramah.
“Saya asal Kelantan. Saya sudah mula kerja sini 3 bulan yang lalu... habis praktikal kat syarikat ni terus
dapat kerja sini. Alhamdullilah. Saya mula-mula dok gudang di Klang... saya
dilatih sana pasal nak pasang mesin dan mengujinya. pastu masuk team yang jaga
di KL” oooo... baru grad.
“Patutlah tak pernah
nampak. Untunglah awak.. lepas grad terus dapat kerja... ada orang tu dah 2-3
tahun grad tak dapat kerja. Pastu salahkan kerajaan”
“Awak kejap... jangan
bergerak.” tiba-tiba jari Tasya di atas rambut Sim. Dia menarik sehelai rambut Sim sekuat hati. Sakitlah ! apa yang kau buat ni? Main tarik rambut orang pulak ;
“Kenapa awak tarik rambut
saya?” kata Sim. sambil mengaru kepala di tempat rambutnya dicabut tadi.
“Sakit ker? Maaflah. Saya
tak boleh tengok rambut beruban sehelai. Kalau tak mesti saya akan tarik uban
tu. Bagi saya peliklah ada uban bagi orang muda macam awak ni. Maafkan
saya....” lama-lama botak lah kepala aku kalau asyik tarik rambut aku
hari-hari...
“Rambut saya ada uban
ke?” tanya Sim kehairanan... takkan umur 23 tahun dah ada uban. Aku pun tak
pernah perasaan ada uban kat rambutku ini.
“Ah ah.. tapi sehelai
sahaja” tiba-tiba fonselnya berbunyi. Aku mengangkat.... Ghana menelefon
mengatakan Van sudah sudah menunggu di bawah ;
“Ok jom... kita pergi
sekarang. Fail juruteknik ada bawakkan? Lepas ni kalau boleh jangan tarik
rambut saya lagi. Nampak kat staf atau isteri saya... naya saya nanti. Ingat
saya nak bermanja dengan awak. Boleh?” Sim memberi peringatan kepada Tasya...
maklumlah... mungkin niat kami lain... tapi pada pandangan orang lain. Mulut
orangkan....
“Ada. Saya minta maaf
banyak-banyak... lain kali saya tidak buat lagi” kami turun ke bawah. Kerja kami
harini sekitar Bangi dan UKM.