Selepas mandi Sim keluar dari biliknya... Sim melihat Ani menunggu untuk
makan bersama ( wah... ada perubahan dah ni... kalau tak, Ani akan makan
dahulu... aku akan makan sorang-sorang ). Sim terus mengajak Ani makan
bersama... Sim membeli ayam goreng dengan sayur campur sebagai makan malam. Semasa makan mereka berbual
;
“Macamana kerja?” tanya
Ani.
“Perghhhh... harini saya
ke KLIA, LCCT dan Salak Tinggi... memang penatla... nak kutip wang... bukak
mesin. Yang paling penat kat Salak Tinggi. Hampir 200 buah meter tempat letak
kereta saya kena ambil wang.. berpanas pulak tu.. tu yang lambat balik. Dapatlah
buat Ot dalam 2 jam”.
“Oh yeke... lain kali
bawakla topi. Kalau awak nak pinjam topi saya pun boleh juga... saya ada banyak
topi yang tidak dipakai. Maklumlah saya dah pakai skaf... mana sesuai pakai
topi lagi. Nanti orang ingat saya gila fesyen pulak. Patutlah awak pakai t
shirt jer pergi kerja. Kerja luar sahaja rupanya.... mana awak beli ayam ni.
Sedaplah... rangup dan besar pulak tu.”
“Saya beli kat kedai
mamak kat Cheras tadi. Abang Ali penyelia saya kata kedai tu sedap masakannya.
Tu lah... lama-lama itam lah kulit saya ni asyik kerja luar. Macam Negro. Adoyai.”
“Takde maknanya hitam
kalau baru sehari kerja.. dah lepas ni pakai topi.”
“Eh! Awak jangan memain
tau. Kawan saya Ghana tu baru 2 tahun kerja dan sunburn taw.”
“Ghana tu India ehhhhh....
suka hati awak jer. Itu dah memang semulajadi. Takde kena mengena dengan kerja
awak tu” lantas Ani menuju ke dapur mencuci tangan. Sim terus sambung makan
dengan tergelak. Selepas makan aku menonton TV sekejap.... si Ani dalam biliknya
mungkin buat kerja Universiti. Tup-tup SIM tertidur... dalam pukul 11.00 malam
Ani mengejutkannya ;
“Awak bangunlah... pa
pulak tidur kat sofa ni” Ani mengoncang bahu Sim.
“Mmmmmm... ngantuk la.
Saya tertidur.”
“Ni TV yang tengok
awak... bukan awak tengok TV. Pergilah tidur dalam bilik. Saya nak main PS3
jap” Sim bangun... bagusnya. Ingatkan dia kejutkan aku sebab kesian aku tidur
ka sofa... rupanya nak main game PS3.
“Besok jangan lupa
sahur... lauk dah beli. Jangan lupa baca doa sebulan berpuasa” Sim mengingati
Ani.
“Yelah... yelah. Saya
besok pagi takde kelas. Boleh bangun lewat sikit.”
“Yelah” SIm terus masuk
ke dalam biliknya.