BAB
3
Ari
@ Ani
Ari, seorang perempuan yang berperangai dan berpakaian ala-ala tomboy
sedang menunggang motosikal balik ke rumahnya di Taman Angsa. Nama sebenar Ari
adalah Ariani Suzana Bin Malek, tapi kerana nak nampak macam lelaki dia
menyuruh kawan-kawannya memanggil Ari. Tetapi kawan-kawannya yang nakal
memanggilnya Ari Lasso, seorang komposer dan penyanyi terkenal Indonesia. Tapi
dia tidak kisah... janji jangan panggilnya dengan panggilan feminim... Ana ker,
Ani ker atau apa-apa sahaja. Hanya keluarganya sahaja yang boleh memanggil nama
sebegitu. Kalau tak, siap la kena maki dengan Ari.
Ari memunggang motor
sambil menyumpah seranah. Ari baru balik dari menonton bola Euro 2012 di kedai
mamak berhampiran. Pasukan kesayangan Belanda kalah pada perlawanan kedua,
habis dia kena perli dengan kawannya. Dia yang merupakan peminat fanatik Belanda
terasa bengang dan sakit hati apabila pasukan kesayangannya kalah kali ini.
“Kalah lagi! Main macam
taik! Teruk betul aku kena perli dan kutuk dengan kawan-kawan aku tadi” gumam
Ari sendirian.
“Teruk aku kena belanja
kawan aku minum tadi.... napelah Belanda
ni.... Persie ada, Robben ada, Rafael ada.... langsung tak menyerang. Berat
bontot!” Ari sebenarnya bertaruh bahawa jika Belanda kalah, Ari akan membelanja
semua makan dan minum kawan-kawannya. Malah lagi sakit hati Ari apabila melihat
kawan-kawan siap menapau lauk apabila Belanda kalah. Cis! Buruk perangai...
melayang duitnya dekat 50 ringgit. Ari mula membelok ke simpang taman
perumahannya. Pukul 2 pagi... mengantuk pun ada ni. Kemudian Ari membelok ke
lorong yang menuju ke rumahnya. Sampainya berhampiran rumahnya, Ari ternampak
seperti seseorang terbaring di bawah pokok hadapan rumahnya... jantung Ari mula
berdegup kencang.... lalu Ari membesarkan lampu motornya. Lelaki? Apahal lak
terbaring depan rumah aku ni? Ari memberhentikan motosikalnya...
“Kenapa pulak ada lelaki
terbaring depan umah aku ni? Mabuk ke?” tanya Ari kepada diri sendiri.
“Aku kena kejutkan mamat
ni. Gila apa tido depan umah bapak aku... kalau mabuk sangat pun agak-agak la”
lalu Ari terus memboncengkan motosikalnya ke rumahnya. Sampai di pintu
rumahnya, Ari sengaja membesarkan lampu motornya dan mengarahkan lampu tersebut
ke muka Sim yang disangkakan lelaki mabuk. Tapi muka Sim berpaling ke sebelah
kiri. Sim tidak bertindak balas terhadap cahaya motosikal Ari. Dia masih
pengsan.... Ari turun dari motosikalnya ;
“Aik! Langsung takde
reaksi? Mati ker mamat ni? Ah sudah” gumam Ari. Lantas menuju ke arah lelaki
tadi yang sedang terbaring pengsan ;
“Oi mamat...oi!
bangunlah.... apahal kau tido dekat sini? Balik rumahla... bangunlah oi!” kata
Ari sambil menyepak kaki Sim beberapa kali.
“Oi! Bangunlah” kata Ari
lagi sambil menyepak lebih kuat. Pun takde reaksi.. Mamat ni dah mati ker? Lantas
Ari membuka topi keledarnya dan meletakkanya dia atas tanah. Ari pergi ke muka
Sim dan menunduk. Ari lantas memegang muka Sim dan melihat muka Sim.
“Eh! Berdarah... kau kena
pukul ker?” lantas Ari menggunakan jarinya seterusnya mencari nadi Sim di leher.
“Hidup lagi.... siapa la
yang pukul kau ni. Dah satu keje aku nak tolong kau ni” Ari berfikir sejenak.
Nak biarkan mamat ni terbaring depan rumah... tak sampai hati. Karang kalau
mati aku jugak yang kena soal jawab. Dah la ayah dan ibu aku takde kat rumah.
Akhirnya Ari ambil keputusan bawa mamat tu ke dalam rumah. Ari lantas bangun
dan membuka pintu pagar rumah, kemudian membawa masuk motornya dahulu. Setelah
selesai, Ari pergi ke Sim... mula-mula mendudukkan Sim, kemudian menarik Sim ke
dalam rumah.
“Beratnya kau ni! Nampak
je kurus kau ni? Tercabut pinggang aku nak tarik kau ni tahu tak” Gumam Ari.
Sampai di pintu, Ari membaringkan semula Sim... lantas membuka pintu gril dan
rumahnya.
“Bapak aku ni pun satu...
pegawai Polis pun takut dengan perompak. Habis atas bawah di grilnya” leter
Ari. Setelah dibuka pintu luas-luas. Ari menarik semula Sim ke dalam rumah,
lantas menariknya ke ruang tamu. Selepas membaringkan Sim di lantai simen, Ari
terduduk.
“Perghhhh... berat betul
kau ni....penat aku. Apa aku nak buat ngan mamat ni?” Ari berfikir-fikir.
“Buat mamat ni perompak.
Geng kongsi gelap... mampus aku. Aku kena ikat dia ni” lantas Ari ke dapur
mencari tali. Tali rafia yang memang ada di dalam kabinet dapur. Lantas Ari
mengikat tangan Sim ke depan perutnya ketat-ketat. Selepas itu dia mengambil
cota kepunyaan ayahnya yang memang terletak di ruang tamu. Malah Ari kembali
semula ke dapur untuk mengambil pengguli kayu untuk membuat biskut kepunyaan
maknya. Manalah tahu mamat ni mengamuk pulak, sekurang-kurangnya adalah senjata
nak mempertahankan diri.
{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 2.00 pagi, Abang Ali dan Man terus menghisap rokok. Sudah hampir 2
jam mereka menunggu kedatangan geng Sim. Rokok semakin nak habis... yang si
Mail pulak dah tertidur sambil duduk bersandar di sebelah Man. Kepalanya
dilentokkan di bahu Man.
“Boleh pulak si Mail ni
tidur dalam keadaan duduk. lena pulak tu” abang Ali memecah kesunyian.
“Baik je parking kepala
dia kat bahu aku ni. Ikutkan hati aku ni, mahu jer aku letak kat kepala dia ni
kat tanah. Biar hurung kat semut. Sabar je la” kata Man.
“Hahahahaha... relaks.
Kita ni senasib. Kena tolong menolong. Eh! Ada lampu motor la padamkan api
rokok cepat” lantas abang Ali dan Man memadamkan api rokok. Mail yang terganggu
dengan pergerakan Man terjaga lalu berkata ;
“Apa hal ni?” Abang Ali
terus menekup mulut Mail yang penuh dengan air liur basi.
“Syhhhhhh... ada orang
datang” Abang Ali separuh berbisik. Tangannya masih di mulut Mail. Mail
memandang ke arah pokok di mana Sim terbaring. Mereka lihat Ari membesarkan
lampu ke arah muka Sim. Turun dari motor dan membuka topi keledar.
“Lah... perempuan
rupanya. Aku ingatkan lelaki!” bisik Man. Ari meletakkan tangan di muka Sim.
Seterusnya mencari nadi, kemudian membuka pintu pagar. Ketiga-ketiga mereka
yang bersembunyi di semak melihat adegan tersebut. Kemudian Ari menarik Sim ke
dalam rumah dan seterusnya menutup pintu pagar.
“Macamana bang? Apa
pelan? Tomboi tu tolong si Sim pulak” abang Ali melepaskan tekapan kepada mulut
Man.
“Bodoh! Ali liur basi kau
melekat kat tangan aku! Kena aku samak!” Abang Ali berang. Beliau terus
membersihkan tangannya menggunakan seluar. Beliau hanya mengosok-gosokkan
tangannya itu pada seluar jeans yang dipakainya.
“Dah saya tido... memangla
keluar air liur basi. Yang abang tekap tangan abang kat mulut saya ni kenapa?Apa
pulak kena samak... najis ker air liur basi?.”
“Aku takut kau menjeritla
atau bercakap” abang Ali berang.
“Aku sebenarnya tak puas
hati dengan Sim ni. Aku nak balas dendam. Sakit dia tumbuk aku pun tadi masih
terasa sampai sekarang. Pui!” Abang Ali meludah ke depan.
“Habis tu abang nak buat
apa? Nak masuk rumah tu pulak? Abang jangan nak buat giler... karang ditangkap
kita menceroboh rumah orang. Tak pasal-pasal kita free je masuk penjara” Man
menyatakan ketidaksetujuannya.
“Apa la kau ni bodoh
sangat.... aku nak buat si Sim tu kena tangkap basah. Kurang-kurang kena
penjara atau denda. Padan muka dia.... malang jatuh bertimpa-timpa pada malam
ini. Man, kau pi ambil nombor rumah tu. Hati-hati... jangan kau boleh tertido
kat depan rumah dia pulak” perintah abang Ali kepada Man.
“Aku?” Man bertanya.
“Ye lah... habis sapa
lagi yang bernama Man kat sini? Aku nak kau pi tengok rumah tu ada penghuni ke
tidak... kalau mereka berdua sahaja senang nak tangkap basah” bentak Abang Ali.
“Yelah... yelah. Apalah
nasib aku harini” Man berdiri dan berlalu pergi. Langkahnya penuh berhati-hati
menuju rumah dimaksudkan. Kerjanya senang kerana nombor rumah ada di tembok di
mana peti surat diletakkan. Kemudian dia terngendap-ngendap melihat suasana di
dalam rumah. Tiada kereta lain... hanya motor tomboi tadi ( sebenarnya Ari
memiliki kereta... tapi dihantar ke bengkel pada hari tersebut ). Lantas Man
berlari anak kembali ke semak.
“Berapa nombor rumahnya?”
Abang Ali bertanya apabila Man duduk semula ke tempat mereka.
“No 30, lorong dua” kata
Man termengah-mengah
“Konfom takde orang lain
dalam rumah tu?” tanya Mail.
“Yup... hanya lampu bawah
rumah yang dibuka. Itupun malap... kereta takde. Ada motor tomboi tu sahaja”
lalu Abang Ali mengambil fon selnya dan menekan sesuatu ;
“Hello...
Assalaimualaikum. Saya Ali ingin membuat laporan khalwat la tuan......” abang
Ali membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Kedah. Setelah memberikan maklumat
dan meletakkan telefon, abang Ali memandang Man dan Mail.
“Dah... jom kita blah.
Mesti Jaik datang dengan polis. Motor kita letak kat tepi jalan tadi tu nanti
akan menarik perhatian polis pulak. Kita ambil motor dan terus chow. Besok kita
tengok apa yang terjadi. Jom” lantas mereka bertiga meninggalkan semak tersebut
dan menuju ke arah motor yang ditinggalkan. Abang Ali tersenyum puas......