Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,780
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 18 B ; Krabi

Pagi itu Sim dan Ani bersarapan di Cafe Resort kerana mereka mendapat kupon percuma untuk sarapan pagi. Sim mencuba kuih Thailand yang dia rasakan manis sahaja.... begitu juga nasi ayam Thai... kuah nasi ayam juga agak manis tetapi sedikit masam. Ani memakan makanan barat seperti lasaggna dan juga Pizza. Pukul 9.30 pagi mereka bergerak dari hotel ke bandar Krabi untuk membeli belah dengan menaiki Tuk-Tuk. Destinasi pertama mereka berdua adalah pusat beli belah Factory Outlet. Di sini barang yang dijual 40% lebih murah berbanding di Malaysia ( duit Malaysia nilainya lebih tinggi dari Baht... ). Antara barang yang dijual di sini adalah barangan kulit, pakaian, kasut dan selipar, pakaian dan barang permainan. Semua barang yang dijual berjenama antarabangsa dan tulen. Sim apa lagi lagi memboronglah untuk Raya tahun ini. Antara yang Sim borong ialah seluar Jeans Levis, beg sandang Nike, selipar Croc dan kasut sukan Nike dan seluar Khakis dan t shirt Jeep.

Ani pula membeli seluar jeans Levis, 2-3 tshirt berjenama, kasut sukan Adidas, selipar Croc dan rantai tangan perak ( duit sendiri... mampusla aku kalau semua aku nak support). Sim turut juga membeli t shirt dan seluar slack Crocodile. Selepas itu mereka mengambil Tuk-Tuk untuk ke kedai makanan halal. Pemandu Tuk-Tuk ( boleh cakap dialek melayu Kelantan sikit-sikit ) mencadangkan kepada Sim ke Chaba Thai Chicken, sebuah restoran milik Melayu Pattani. Di sini semua masakan berasaskan nasi goreng dan Tomyam. Di restoran tersebut Sim meminta nasi goreng Thai dan tom yam seafood. Perghhhh! Pedas gak nasi goreng Thai ni.... berapa kali aku mintak ais kosong.... lagi lak Tomyamnya yang memang Ummmm... pedas sedap.... mahu tercirit aku malam ni nanti

Selepas makan tenghari kami menyambung sesi membeli belah di Muslim Street... disini semua peniaga adalah Melayu Pattani yang menjual busana atau pakaian muslim atau barang keperluan orang-orang Muslim... pasar basah pun ada. Barang-barang yang dijual adalah seperti tasbih, tudung, jubah, baju melayu Pattani, songket, batik dan barang perhiasan rumah dan wanita. Sim membeli kopiah Thailand dan kain pelikat untuknya dan juga untuk bapa mertua serta abang ipar. Sim membelikan ibu mertuanya jubah. Sim menghadiahkan kain batik kepada Ani ( menyinga apabila Sim bagi benda ni kat dia ). Ani hanya membeli beberapa helai skaf tetapi lebih banyak membeli untuk mak dan keluarganya.

Hanpir 2 jam kami di situ membeli belah... kemudian mereka berdua singgah di Masjid yang berdekatan untuk bersembahyang Zuhur secara jamak dan Asar.  Selepas solat, mereka berdua membasahkan tekak di gerai kecil yang terdapat dihadapan Masjid dengan air seolah-olah ABC di Malaysia. ABC ini diletakkan agar-agar dan jeruk Thailand. Manis dan agak-agak masam sedikit tapi sedap. Kemudian mereka mengambil Tuk-Tuk untuk kembali semula ke hotel kerana Ani sudah berasa letih dan tidak mahu berjalan lagi. Balik hotel Sim  mandi dan  terus tidur kerana keletihan ( sedar-sedar dah Isyak ).

Selepas mandi dan solat Sim dan Ani terus ke pantai. Sim mengambil pakej BBQ yang diadakan oleh pihak Resort yang betul-betul dibuat di tepi pantai. BBQ ini dimasak oleh Chef Resort. Makan sebanyak mana pengunjung hendak makan. Bayaran pun kalau ditukar kepada duit Malaysia dalam RM 30 satu kepala. Memang bagus makan di tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa... perghhh layan jer. Semua BBQ Sim merasa... ketam, sotong, ikan, ayam, daging, makanan laut malah daging kerbau pun Sim rasa. Mantap seh. Sim berbual-bual dengan Ani semasa menikmati hidangan ;

“Macamana Krabi?” Sim bertanya kepada Ani.

“Best jugak... pantai dan pulau yang indah. Pelacur pun takde de sangat nampak. Kalau tak sakit mata jer. Dulu aku pernah pergi Phuket... sepanjang jalan atau ceruk mana pun kau pergi... pelacur bersepah-sepah. Pondan takyah ceritahah... kadang-kadang aku keliru.. mana satu yang pondan... mana satu yang ori. Sakit mata aku memandangnya. Lagipun sini makanan atau belanja murah.”

“Kalau panjang jodoh kita... kita bercuti lagi nak? Pergi Bali ker? Australia ker? Pulau-pulau best sikit.”

“Boleh... tapi kali ini bilik asing-asing. Aku tak mahu tidur berdua dengan kau. Nak salin baju atau mandi pun susah.”

“Asal pulak. Ni kat sini ok jer..... takyah tidur satu bilik seorang”,

“Sini lain... abang-abang aku yang bagi hadiah... tak leh tukar. Kalau kita pergi sendiri.... boleh pilih bilik yang kita nak. Paham?.”

“Tak dapat la gua nak curi-curi pandang lu.”

“Oh..... kau curi-curi pandang aku tukar baju yer.... gatal!” Ani mencubit pingangg Sim.

“Aik? Tengok isteri sendiri pun dikatakan gatal?.”

“Dah arrrr... makan jelah. Malas aku bercerita hal ni” Sim tersenyum.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Hari ini hari terakhir Sim dan Ani di Krabi... Sim dan Ani menghabiskan masa pagi itu di kolam renang. Kemudian mereka melakukan urutan kaki yang dibuat di tepi kolam. Pukul 12.00 tengahari mereka mendaftar keluar dari Resort. Memandangkan penerbangan mereka berlepas pada pukul 5 petang... mereka mengambil keputusan ke pusat cenderahati di Bandar Krabi untuk membeli belah. Pusat ini Lebih kurang seperti Pekan Rabu di Kedah. mereka memborong makanan dan jeruk buatan Thailand dan kekacang kemudian makan di restoran tepi jalan milik peniaga muslim. Kemudian selepas makan mereka terus bertolak ke lapangan terbang dan bertolak pulang pukul 5.30 petang. Sim dan Ani sampai di LCCT pada pukul 8 malam sebelum naik penerbangan terus ke Alor Star pada pukul 9.00 malam. Di sana mereka berdua dijemput oleh bapa mertua.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.