3 hari selepas Sim menempah baju untuk persandingan, Sim dan Mid ke mahkamah Seksyen
Alor Setar bagi menjadi saksi dan seterusnya mengikuti kes Fazzul. Mereka berdua diberi tempat duduk khas saksi...
terdapat juga abang Ali dan beberapa orang pelabur yang mereka berdua kenal duduk satu
barisan dengan Sim. Perbicaraan bermula pada pukul 9.00 pagi.. Fazzul duduk di
kandang orang kena tuduh ( OKT ). Sim berharap agar Fazzul mengaku salah, jika Fazzul tidak mengaku salah... maka Sim mungkin kerap datang ke Alor
Star untuk memberi keterangan sebagai saksi sehingga kes ini selesai. Sudahlah aku duduk di
Bangi, nak ulang alik ke Alor Setar punyalah jauh... kalau dapat claim takpelah
jugak... banyak wang terpaksa aku keluarkan nanti. Selepas sesi pembentangan
kes dan pendakwaan, Puan Hakim ( Hakim yang membicarakan kes itu adalah wanita..
pertengahan umur... malayu dan bertudung ) mula menanyakan soalan kepada Fazzul
;
“Encik Fazzul... adakah
Encik Fazzul ingin mengaku salah di atas semua pertuduhan pendakwaraya?” Fazzul
diam seketika... semua mata di dalam mahkamah tertumpu kepada Fazzul.
“Saya ulangi... adakah
Encik Fazzul mengaku salah atas semua pertuduhan?” ulang Hakim wanita tersebut
tegas. Fazzul yang masih menunduk seolah-olah sedang memikirkan sesuatu akhirnya
mengangkatkan kepalanya.
“Saya Fazzul Bin Omar
mengaku salah atas semua pertuduhan dan meminta perbicaraan bagi mengurangkan
hukuman” ahhhh... lega. Kes ini akan cepat habis.... Hakim mengangguk.
“Tuan Pendakwa... ada
bantahan?” tanyanya kepada pegawai Pendakwaraya.
“Tiada bantahan yang
Arif” pendakwaraya bangun dan menjawabnya.
“Tuan Peguam... ada
bantahan?” tanya Puan hakim kepada pihak pembelaan. Fazzul mengupah dua orang
Peguam.. seorang Peguam India ( berumur dalam awal 40an ) dan seorang
pembantunya yang juga Peguam India.. nampak berwibawa ;
“Tiada bantahan yang Arif...
mohon perbicaraan bagi meringankan hukuman diadakan” peguam India yang diupah
Fazzul memohon kepada Puan Hakim. Puan Hakim mencatatkan sesuatu dalam kamarnya
dan kemudian berkata ;
“Baiklah... kerana OKT
mengaku salah... perbicaraan akan ditangguhkan pada pukul 2 petang ini. Ini
memberi masa kepada pihak pembelaan dan pendakwaan untuk melakukan persiapan
bagi perbicaraan seterusnya sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah bersurai” Puan
Hakim mengetuk kayu pengetuk. Setelah Hakim beredar, Peguam India itu mendapatkan Sim dan Mid.
“Encik Hamid dan Encik
Ali.... kami menyoal Encik berdua sebagai saksi pembelaan petang ini. Boleh?” Sim berpandangan dengan abang Ali. Kemudian Pendakwaraya datang ke arah kami.
“Ada apa ni?” tanyanya
tegas.
“Peguam ini mintak kami
menjadi saksi pembelaan” jawab Sim.
“Ok... tiada masalah.
Kalau sudah mengaku salah... hukuman akan tetap dijalankan. Tapi mungkin akan
dikurangkan kerana OKT bersetuju untuk membuat beberapa perkara. Lagi cepat
selesai kes lagi bagus. Saya ada kes yang lebih besar yang sedang dalam
siasatan sekarang ini. Saya bagi lampu hijau” kata Pendakwaraya lelaki
tersebut kepada peguam Fazzul
“Baiklah kami setuju” Sim dan Mid bersetuju untuk menjadi saksi pembelaan kemudia mereka terus beredar dan menunggu perbicaraan pada pukul 2 petang nanti. Sim dan
Mid hanya melepak di sekitar mahkamah sahaja... berdebar-debar jugak jantung Sim ini. Maklumlah aku ni tak pernah jadi saksi... entah apa soalan yang bakal
ditanya oleh peguam Fazzul ini. Dulu aku pernah tengok cerita pasal perbicaraan
di Mahkamah, saksi diserang bertubi-tubi oleh Peguambela.. semuanya dilakukan
untuk meragui krebiliti saksi. Bila krebiliti saksi telah diragui... maka
keterangan saksi boleh disanggah oleh pihak Peguambela. Jadi selain daripda
nasib untuk melepaskan diri dari tuduhan.... Peguam yang dapat mengenepikan
krebiliti saksi di dalam Mahkamah memainkan peranan yang penting. Jadi sebab
itulah ada kes-kes yang mempunyai bukti yang kuat diketepikan kerana keterangan
saksi diragui... selalunya peguambela akan mempertikai krebiliti saksi dalam
mengingati masa dan tarikh... selalunya saksi tidak ingat masa dan tarikh
dengan tepat. Ini adalah kelompangan dalam sisitem mahkamah yang harus
diperbaiki oleh badan Kehakiman. Aduh.. lepas ini aku pulak yang kena. Harap
jangan panik....... kalau panik habislah aku. Tepat pukul 2.00 petang Sim sudah
berada di tempat duduk saksi. Puan Hakim masuk dan duduk di kamarnya... selepas
itu berkata ;
“Baik... peguam OKT...
sila mulakan pembelaan” Peguambela India Fazzul bangun dan mula berkata;
“Terima kasih yang Arif... saya menjemput... saksi pembelaan pertama.
Encik Kassim Bin Abdullah. Sila ke kamar pembelaan” Sim bangun dan duduk di kandang
pembelaan dengan diiringi Bentara Mahkamah. Kemudian Sim mengangkat sumpah..
selepas mengangkat sumpah yang mengatakan Sim mesti memberi keterangannya yang
benar... Sim mula ditanya sejurus aku duduk dan telah mengangkat sumpah ;
“Baiklah Encik Kassim...
berapa lama anda kenal dengan Encik Fazzul” Peguam tersebut mula bertanyakan
soalan.
“5 tahun” jawab Sim.
“Apakah hubungan di antara
Encik Kassim dengan Fazzul?.”
“Hubungan antara majikan
dengan pekerja” jawab Sim yakin.
“Sepanjang 5 tahun ni...
pernah atau tidak Encik Fazzul menganiaya kamu... seperti tidak membayar
gaji?.”
“Tidak pernah.. gaji
dibayar tepat pada masa.”
“Kamu pernah berkata yang
kamu menganggap Encik Fazzul seperti abangnya. Malah kamu tidak keberatan
bahawa mengatakan kamu rapat dengan keluarga Encik Fazzul.” Peguambela mula
memasukkan jarumnya ;
“Ya pernah... saya dan
Hamid dahulu diainaya oleh majikan kami dahulu... Fazzul lah yang
bertanggungjawab mengambil kami bekerja dan melayan kami dengan sewajarnya.
Lagipun dia tua dari saya... dari segi adat melayu... sebagai menghormatinya
kenalah memanggilnya abang” disusuli gelak ketawa para hadirin. Sim melihat Fazzul
turut tersenyum.
“Kamu mengikutnya bekerja
di sini sejak setahun yang lalu? Sebagai apa?.”
“Sebagai pembantu
peribadi merangkap orang kanannya di dalam syarikat pelaburan yang baru ditubuhkan
di sini.”
“Benarkah saya katakan
bahawa antara tugas anda dan saudara Hamid ini mengutip wang dari para
pelabur?.”
“Benar... kami masuk ke
kampung-kampung untuk mengutip wang pelaburan. Kemudian kami masukkan wang ke
dalam Bank yang berhampiran.”
“Jadi yang Arif.....
Encik Kassim ini turut memainkan peranan yang penting dalam syarikat ini. Dia
turut sama mempengaruhi orang ramai dan mengutip wang pelaburan ini. Kenapa
Encik Fazzul seorang sahaja didakwa... ini tidak adil kepada pelanggan saya!
Yang lain terlepas begitu sahaja!” sial! Soalan perangkap....
“Bantahan yang Arif....
pihak pembelaan cuba mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan. Saya mohon
mencelah” ketua pendakwaraya bangun membantah... lega Sim dengan tindakan pendakwaraya.
“Puan Hakim... saya hanya
membangkitkan isu kenapa pelanggan saya sahaja yang didakwa.. sedangkan yang
lain masih bebas di luar sana. Ini tidak adil... takkan pelanggan saya seorang
yang menanggungnya” terang peguambela India itu atas tindakannya itu yang cuba
mengheret Sim.
“Bantahan pendakwaraya diterima....
dan dibenarkan mencelah” peguambela merungut dan duduk di tempatnya...
pendakwaraya datang ke arah Sim dan mula melakukan celahan ;
“Saksi ini bekerja dengan
syarikat pelaburan milik Fazzul. Saya ulangi terma pekerja... sebagai pekerja
beliau perlu patuh dengan arahan majikan. Kalau majikannya menyuruh beliau
menemani melakukan promosi.. beliau perlu lakukan. Kalau majikannya mengarahkan
memandu kenderaan atau melakukan kerja-kerja pejabat.. beliau juga perlu
lakukan kerana beliau diupah oleh majikannya untuk membantu menguruskan
syarikat pelaburan haramnya itu. Seperti mana Tuan Peguam pembelaan bekerja
dengan Encik Fazzul membela di mahkamah yang mulia ini. Walaupun Encik Fazzul
salah, tetapi tugas Peguam tetap membelanya... bukankah begitu pihak pembelaan?”
kata lelaki pendakwaraya tersebut sambil memandang sinis Peguambela ;
“Saya membantah yang
Arif, pendakwaraya cuba mengaitkan anak guam saya seolah-olah jatuh salah”
bantah Peguambela.
“Bantahan ditolak... kamu
tidak tahukah sekarang ini kita di dalam perbicaraan pembelaan dalam
menjatuhkan hukuman? Bukankah pagi tadi Encik Fazzul sudah mengaku salah?” Puan
Hakim menempelek Peguambela.
“Maafkan saya Puan.. saya
bersemangat sangat tadi hingga lupa akan perkara tersebut” padan muka. Peguam
itu kembali duduk di kerusinya.... malulah tu.
“Teruskan celahan
pendakwaraya.”
“Jadi... sebagai seorang
pekerja... tugasnya adalah untuk melakukan arahan yang diberi Encik Fazzul
sebagai seorang majikan. Jika Encik Fazzul menyuruhnya mengutip wang... maka
menjadi kewajipan sebagai seorang pekerja yang patuh seperti Encik Kassim pergi
mengutip wang ke tempat yang dia arahkan. Kami dah siasat akaun mereka berdua
iaitu Encik Kassim dan Hamid. Tiada wang berjuta-juta masuk ke dalam akaun
mereka. Hanya wang gaji dan sedikit komisen sahaja. Dalam siasatan pihak Polis
pula, didapati nama mereka berdua bukan Pengarah syarikat ini... jadi mereka berdua
bukanlah mastermind dengan izin bagi skim pelaburan ini. Ini dokumen
membuktikan mereka tak bersalah” Bentara pergi ke meja tuan pendakwaraya untuk
mengambil bahan bukti dan memberikan kepada Puan Hakim. Puan Hakim mengambilnya
dan membaca sejenak... mencatatkan
sesuatu dalam failnya :
“Celahan diterima...
pihak pendakwaaan... sila menggunakan terma pekerja merujuk kepada saksi ini.
Tidak dibenarkan melakukan perbicaraan di dalam perbicaraan. Pihak pembelaan
boleh menyoal terus saksi ini lagi”. Puh! Lega aku.... siot punya peguam...
nasib baik pihak pendakwaraya ni power. Peguam India itu bangun dari kerusinya
dan pergi ke arah Sim di kandang pembelaan ini.
“Baiklah... Encik
Kassim.. maafkan saya menuduh Encik Kassim sebagai rakan subahat Encik Fazzul” Sim mengangguk.
“Encik Kassim... benarkah
jika saya berkata.... sepanjang Encik Kassim bekerja dengan Encik Fazzul...
Encik Fazzul adalah seorang yang baik, mengambil berat akan kebajikan Encik
Kassim dan Hamid, malah memberikan Encik Kassim dan Hamid rumah untuk diduduki
sebelum ke Kedah? Malah isterinya tiap-tiap minggu memasak untuk diberikan
kepada kamu berdua?.”
“Saya mengakuinya.”
“Bolehkah Encik Kassim
memaafkan Fazzul dan relevankah jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan
terhadapnya?.”
“Saya boleh memaafkannya
dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang ringan kepada Fazzul tapi dengan syarat.”
“Apakah syaratnya?.”
“Pulangkan wang pelabur
dan jangan ganggu hidup saya lagi” hadirin mula berbisik-bisik sesama mereka.
“Baiklah. Itu sahaja
soalan saya yang Arif” Peguambela itu duduk di tempatnya. Hakim menoleh kepada
pendakwaraya.
“Ada soalan yang hendak
ditanya pihak pendakwaan?” tanya Puan Hakim kepada pihak pendakwaan.
“Ada yang Arif.. sedikit
sahaja soalan yang saya hendak tanya kepada saksi.”
“Silakan” pendakwaraya
menuju ke hadapan Sim.
“Encik Kassim... ada tak
kemungkinan Encik Fazzul akan menipu atau membuat perniagaan yang tidak sah
lagi selepas keluar dari penjara? Atau mengulangi lagi perbuatannya?” soalan
yang akan membuatkan Hakim tidak akan jadi memberikan hukuman yang ringan...
bijak Pendakwaraya ini...
“Bantahan yang Arif...
soalan pihak Pendakwa hanya membuat spekulasi semata-mata. Masa depan yang
tidak pasti... mana boleh bertanyakan soalan mengenai masa depan yang kita tahu
apa yang akan terjadi. Hanya ramalan semata-mata” Peguambela tidak setuju
dengan soalan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya.
“Pihak pendakwa.....
relevannya soalan kamu ini?” tanya Puan Hakim.
“Selepas dijawab oleh
saksi soalan ini dan satu lagi soalan yang akan saya kemukakan. Puan Hakim akan
mengetahui kerelevannya” Puan Hakim mengangguk.
“Bantahan digantung
sehingga soalan dijawab” peguambela duduk semula ke kerusinya sambil
mengelengkan kepala... tanda masih tidak puashati dengan keputusan Puan Hakim.
“Saya tidak tahu... saya
berharap jika Encik Fazzul insaf akan perbuatannya apabila menjalani hukuman..
itulah harapan saya.”
“Benarkah saya katakan
menipu adalah salah satu ciri-ciri yang ada pada diri Encik Fazzul? Sebagai
contoh dia pernah disabitkan dalam penipuan rekod syarikat, menipu dalam
menggunakan pangkat Dato, pernah menipu pelabur asing dan menipu dalam syarikat
pelaburan ini... termasuk menipu kamu supaya bekerja dalam syarikat ini? Dengan
mengatakan syarikat ini pelaburannya adalah halal dari segi undang-undang” Sim terdiam... memikirkan sejenak apa yang hendak dijawabnya ;
“Ia... saya rasa. Tapi
saya harapkan selepas dia keluar... agar dia insaf. Harap dia tidak melakukan
kesilapan lagi. Jadilah warganegara yang bertanggungjwab” jawab Sim.
“Bantahan ditolak.
Pendakwaraya menggunakan ciri-ciri pelaku untuk memastikan hukuman yang diterima
setimpal dengan perbuatan OKT.”
“Baiklah. Itu sahaja
soalan saya yang Arif” pendakwaraya duduk di kerusinya.
“Baiklah... jika tiada
lagi soalan diminta panggil saksi pembelaan seterusnya” arah Puan Hakim. Sim kembali ke kerusi para saksi. Abang Ali dipanggil ke hadapan dan duduk di
kandang pembelaan. Abang Ali ditanya bertubi-tubi oleh barisan pembelaan dan
pendakwaan. Pihak pembelaan lebih menjurus kepada matlamat untuk mengurangkan
hukuman manakala pihak pendakwaraya kalau boleh ingin menghukum Fazzul dengan
hukuman yang maksimum. Pihak pembelaan tidak langsung mempersoalkan krebiliti
saksi seperti yang Sim selalu baca di suratkhabar. Pihak pembelaan kalau boleh
mahu saksi simpati kepada anak guamnya atau meyebelahi pasukan pembelaan.
Perbicaraan tamat pukul 5 petang. Kami bersurai dan berjumpa di luar mahkamah
dengan Abang Ali ;
“Macamana Abang Ali?”
tanyaku.
“Perghhh... berpeluh juga
aku nak jawab.. sial betul Peguambela tu... pandai dia buat soalan perangkap.
Nasib baik Pendakwaraya tu bagus. Boleh patahkan hujah Peguambela.”
“Itulah... saya pun
terperangkap gak.... biasalah. Mesti dia nak anak guamnya mendapat hukuman yang
ringan. Dia akan sedaya upaya membuat kita memihak kepada dirinya.”
“Takpelah... seksa kita
dah habis.. lepas ni saksi-saksi pulak yang akan dipanggil. Tapi harapan abang
duit abang akan dipulangkan secepat mungkin. Itu sahaja”.
“Saya harap pun begitu
juga. Oklah abang... kami mintak diri dulu” kami bersalaman dan meminta diri
untuk pulang. Hari yang memenatkan....