BAB
4
Khalwat
Pukul 3.30 pagi, Ari yang sedia dengan senjata berhampirannya telah
mengambil semangkuk air. Tujuannnya hendak menyedarkan mamat di hadapannya.“1,2
dan 3” lantas menyembur semangkuk air ke muka Sim. Sim yang terkejut terkena
semburan air itu lantas bangun terduduk dan tangannya cuba mengesat muka. Tapi
gagal kerana tangannya telah diikat. Sim mengesat matanya dengan hujung jari...
mula-mula kabur penglihatannya lepas itu semakin baik. Pemandangan di arahkan
kepada lelaki yang menyemburkan air tersebut ke mukanya. Wajah yang dia tidak
kenal dan tak pernah jumpa.
“Kau ni siapa ha? Main
simbah-simbah air kat muka aku! Dah la orang-orang kau belasah aku. Ini ikat
aku pulak... korang ni nak bunuh aku ker?” bentak Sim yang menyangka orang di
hadapannya geng abang Ali.
“Oi! Kau cakap apa ni?
Aku dah tolong selamatkan kau. Banyak bunyi plak! Terima kasih pun takdak..
menengking-nengking pulak!” tengking Ari.
“Habis yang kau ikat
tangan aku ni pehal? Ni apahal suara kau macam pondan ni? Halus jer” sambil Sim
menunjukkan tangannya yang terikat.
“Manalah tahu... kau ni
perompak nak merompak. Sesaja berlakon pengsan depan rumah orang. Macam yang
selalu kuar kat berita tu. Jadi sebagai persediaan, aku ikatlah tangan kau. Aku
ni perempuanlah! Bukan pondan!” Sim memandang dari atas sampai ke bawah Ari.
Perghhh... nampak sebijik macam lelaki. Dadanya sahaja menyerlahkan
kewanitaannya.
“Sorila. Aku ingatkan kau
ini lelaki. Gaya dah macam lelaki. Terima kasih sebab selamatkan aku. Aku ni
bukan perompak la... aku ni dipukul orang. Dipukul pun bukan sebab merompak.
Ada orang tak puas hati. Buka jelah ikatan aku ni. Takdenya aku nak bunuh kau”
rayu Sim.
“Aku boleh bukak... kau
pergilah tukar baju atau mandi ker? Apasal busuk sangat bau kau ni? Bau macam
longkang.... pi mandi pastu bersihkan luka kau ni sendiri. Nanti aku ambik
first aid. Tapi ingat! Kalau kau lakukan apa-apa kat aku. Siap kau! Ni nampak
ni cota... lagipun ayah aku Timbalan Ketua Polis Kedah. Tu gambar tu. Apa-apa
yang berlaku dekat aku ayah aku cari kau sampai lubang cacing” sambil
menunjukkan cota dan gambar ayahnya di ruang tamu. Aduyai! Ini dinamakan lepas
mulut Singa masuk mulut Harimau. Ayahnya polis pulak.....
“Iye... aku janji. Lepas
aku mandi dan tukar baju aku blah. Ayah kau takde rumah ker?” aku agak bimbang
sebenarnya.
“Takde... lusa baru
balik. Aku seorang kat rumah. Ayah aku ada kerja di Ipoh. Bawak mak aku sekali”
Kata Ari sambil membuka ikatan Sim. Selepas ikatan dibuka, Sim lantas berdiri.
“Kau tunggu kat dapur.
Ada bilik air. Nanti aku ambilkan tuala dan baju abang aku”.
“Ok” kata Sim ringkas.
Ari lalu pergi ke bahagian atas menaiki tangga. Mungkin mengambil tuala dan
baju abangnya. Aku melihat-lihat gambar.... banyak gambar keluarga budak ni
digantung. Keluarga bahagia. Seketika kemudian Tomboi tersebut turun dengan membawa tuala dan baju.
“Nah! Tuala dengan baju..
lu pi mandi. Ni First Aid. Lu rawat la luka lu sendiri. Wa takde masa nak layan
lu” Sim mengambilnya.
“Nama kau siapa?” tanya
Sim.
“Panggil je aku Ari. Kau?”.
“Aku Kassim... panggil
Sim. Anyway... terima kasih”.
“Dah! Cepat mandi.....
lagi cepat kau berambus lagi bagus” kata Ari dengan kasar. Amboi.... menghalau
nampak. Sim lantas menuju ke bilik air. Di bilik air dia mandi dengan
sepuas-puasnya. Walaupun pedih, tapi ditahannya juga. Kemudian Sim menyapu ubat
luka ke atas luka-lukanya. Nasib baik lebam di pipi tak berapa jelas kelihatan.
Kalau lebam dah tak hensem lagi aku.. pakai cermin mata sepanjang masa. Nasib
baik tak mati kena belasah tadi. Kalaula aku dapat abang Ali tu... siap la kau
aku kerjakan... bentak Sim dalam hati. Setelah siap Sim keluar dari bilik air.
Lantas memakai baju yang diberi oleh Ari. Agak besar tapi bolehla.
“Ari.... ada plastik tak?
Aku nak letak baju kotor aku ni” tanya Sim kepada Ari ke ruang tamu. Ari lantas
pergi ke dapur.
“Ada.... jap” lantas Ari
pergi ke kabinet dapur. Diambil plastik sampah warna hitam dan dihulur kepada
Sim.
“Kau ingat ni sampah ke?
Ini baju kotor la...” kataku.
“Wah.... banyak bunyi pulak.
Ini je yang aku tahu. Dah cepat berambus” Sim lantas memasukkan baju ke dalam
plastik tersebut. Tiada pilihan... tiba-tiba
loceng rumah berbunyi. Sim dan Ari berpandangan ;
“Ayah kau da balik ker?”
tanya Sim.
“Eh! Kata lusa... mampus,
kau tunggu sini. Biar aku bukak pintu” lantas Ari menuju ke tingkap.
{{{{{{{{{{{{{{{{{
Ari melihat di sebalik tabir tingkap... kelihatan beberapa orang seperti
Pak Aji berada di luar tingkap.
“Apahal lak ni.... nak
ajak ayah aku sembahyang subuh ke kat surau... tapi baru pukul 4 pagi” Ari terus membuka pintu pagar utama yang
automatik dan membuka pintu rumah dan grill. Kumpulan pak aji seramai 5 orang
tu pun masuk.
“Ye pak aji... apa boleh
saya bantu? Ayah saya takde pak aji. Dia ada kerja kat Ipoh bawa mak saya. Pak
aji nak panggil ayah saya pergi masjid ker?” tanya Ari.
“Sebenarnya cik.... saya
menerima laporan ada aktiviti khalwat dalam rumah ni. Tu yang kami nak siasat”
Ari terperanjat... apa khalwat???? Mampus! Si Sim ada kat dalam. Harap si Sim
dah lari.
“Eh! Itu laporan palsu je
tu. Saya sorang je ada kat rumah ni” tamat sahaja Ari berkata, pak aji yang 3
orang lagi menyerbu ke dalam rumah. Ari tak sempat menghalangnya. Beberapa
minit kemudian mereka membawa Sim yang sudah ditangkap.
“Apa ni cik... saya cuma
tumpang mandi jer ni. Adoyai! Main tangkap-tangkap pulak ni” Sim meronta-ronta.
“Anda berdua dituduh
berdua-duaan atau berkhalwat dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah ni” kata
ketua pak aji.
“Apa! Berkhalwat? Pak Aji tengokla skit... takkan saya nak
berkhalwat dengan dia ni.... gaya pun dah macam lelaki... kasar pulak tu...
takde selera saya der” bentak Sim.
“Wah...wah... wah. Sedap
mulut. Yang kau tu bau longkang... kau ingat aku selera. Kalau aku tahu tadi...
aku biarkan je ko tepi jalan tadi. Biar kau mampus” bentak Ari marah.
“Sudah-sudah! Ni apa ni
gaduh-gaduh. Dengar kat jiran-jiran nanti lagi malu. Dari tak tahu jadi tahu. Dah
jom semua pi pejabat agama. Buat keterangan. Nanti bising-bising tau
jiran-jiran... siapa yang malu. Cik. Sila kunci pintu, mari ikut kami ke Balai
Agama” Sim dan Ari terpaksa mengikut pegawai-pegawai agama untuk memberi
keterangan. Mereka menaiki Van agama. Lepas satu, satu lagi bala yang
menimpa... takkan aku nak kahwin dengan tomboi ni.... ni mesti abang Ali punya
kerja.... siot betul, bentak Sim dalam hati!
{{{{{{{{{{{{{{{{
Sampai di Balai Agama Sim dan Ari disoalsiasat, puaslah Ari menerangkan
perkara sebenar. Sim hanya diam sahaja takut tembelangnya lari dari geng
pelabur yang sedang marah terbongkar. Besar pulak jadi kesnya nanti. Sim hanya mengatakan dirinya
dipukul oleh orang tak dikenali dan diletakkan di situ apabila telah pengsan.
Pegawai Agama tersebut memberitahu Ari bahawa ayahnya telah diberitahu mengenai
hal ini dan akan datang bila-bila masa sahaja. Setelah Sim disoal siasat maka
dia ditempatkan di sebuah bilik mesyuarat untuk menanti ketibaan ayah Ari.
Mampus aku kalau ayah Ari ni masuk campur... Timbalan Ketua
Polis Negeri tu. Silap-silap dia caj aku kerana menceroboh rumahnya. Tah-tah
aku didakwa atas pertuduhan wang haram.... adoi apala malam nasib aku malam ni-
Sim bermonolog.
Ari pula ditempatkan di
bilik tetamu Pegawai Agama Daerah. Dia yang bengang ditangkap khalwat menyumpah
seranah Sim,
Celaka punya mamat.... dah kena tangkap basah aku. Nantilah aku suruh
ayah aku jelkan ko. Ko ingat aku nak kahwin dengan ko.... sori sikit...dahla
busuk. Kalau aku tahu macamni tadi. Aku biarkan ko mati bawah pokok. Puas hati
aku.