Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,824
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1 ; Sinopsis dan prolog

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda bernama Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan. Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana mereka berdua diambil bekerja.

Selepas setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja. Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempaun yang berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan merawatnya.

Pelabur yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.

Tapi akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..


Bab 1


Diburu

Siot!……. Mana aku nak lari ni? Sim duduk bersandar termengah-mengah sebentar di tembok sebuah rumah. Baru sahaja sekejap tadi Sim terlepas dari dikejar oleh pelabur-pelabur yang berang apabila mendapat tahu skim pelaburan yang Sim uruskan sebenarnya tidak wujud dan hanyalah penipuan semata-mata. Nasib baik aku sempat lari tadi, kalau tak… mampus aku. Dekat 20 orang kejar aku dengan motor. Kenapalah korang cari aku? Bukan aku pun pemilik syarikat tersebut. Aku ni cuma pembantu peribadi je pun. Pemiliknya dah lari tah kemana. Hampas betul! Orang lain sedap makan duit pelabur…. Aku pula kena maki dan kena kejar dengan pelabur-pelabur yang marah. Sim kini  berada di Alor Setar negeri Kedah Darul Aman. Sim tercampak ke sini apabila seorang ahli perniagaan yang selalu mengupahnya dan Mid ( kawan baiknya sejak dari kecil lagi ) di Kuala Lumpur memberi tawaran mereka berdua bekerja di sini setahun yang lalu. Tugas Sim adalah menjadi pengawal keselamatan merangkap pembantu peribadi Dato pemilik syarikat pelaburan tersebut di sini. mereka berdua tertarik menerima tawaran tersebut kerana upahnya yang lumayan dan ada komisyen. Sim mengambil fonsel dari dalam poket seluar dan menelefon seseorang.

“Helo. Oi Mid! Kau kat mana tu?” tanya Sim kepada Mid  yang turut kena kejar oleh pelabur yang marah tadi.

“Aku dah setel down dah! aku menyorok kat rumah kawan aku kat Taman Alor. Kau kat mana Sim?” Sim adalah singkatan namanya bagi Kassim. Namanya yang sebenar Kassim Bin Abdullah…. Panggil Sim komersil sikit.

“Aku depan taman permainan Taman Angsa. Gila la diorang ni. Mengamuk habis macam nak bunuh orang. Sanggup kejar aku… tak cukup tanah aku lari” Sim menarik nafas….. penat berlari tadi masih terasa…. jantungnya berdegup kencang

“Eh kejap! Ada orang datang” Sim melihat geng motor yang mengejarnya tadi sedang berlegar-legar dengan motor masing-masing di hadapan taman tempatnya bersandar. Sim panik dan lantas bersembunyi di dalam longkang. Yakkk! Busuknya…. Bau cam haram. Nyawa punya pasal aku turutkan. Kalau mereka nampak aku nanti di sini mampus aku dikerjakan oleh mereka… mana aku nak lari lagi… dah tak larat. Mereka memang benar-benar sedang marah ;

“Apahal?” tanya Mid.

“Bangang betul diorang ni. Kejar aku sampai taman permainan ni? Macamana aku nak lari ni? Aku rasa diorang dah kepung taman ni” Sim dah mati kutu.

“Memang orang tengah marah gila. Selagi tak dapat kau dan aku selagi itu la diorang cari. Walaupun sampai ke lubang cacing.”

“Macamana kau dapat lari ha?” tanya Sim kepada Mid.

“Masa kita berpecah tadi… aku nampak teksi. Aku tahan teksi tu dan suruh apek tu pecut. Aku bagi duit 2 kali ganda kalau apek tu bawak laju… diorang kejar aku dengan berlari… makan asap lah diorang.. hahahahahahahahaha.”

“Kau ada idea tak Mid? Aku tak tahu nak buat apa ni” tanya Sim… manalah tahu Mid ada idea. Kepala otak aku ni dah tak boleh pikir secara waras.

“Aku rasa dorang cari kau sampai dapat kat area situ. Aku syorkan kau cari rumah-rumah kosong yang takde orang duduk. Rumah yang kena tinggal ker. Kau sembunyi dulu sampai besok pagi. Besok pagi aku suruh kawan aku ambik kau. Deal?” Mid memberi cadangannya.

“Betul ni? Kau jangan tak ambil aku pulak. Aku makan malam pun belum lagi ni. Besok kau tak ambil mahu kebulur aku nanti. Ok deal… aku setuju ” nak taknak Sim terpaksa bersetuju dengan cadangan Mid… dia sudah tiada yang pilihan lain lagi;

“Deal. Iye… aku ambik engkaunya… janganlah kau risau. Kita dah lama kawan… sejak dari kecil lagi. Takkan aku nak biarkan engkau. Tapi pastikan rumah tu betul-betul takde orang. Tapi kalau berhantu atas risiko sendiri la. Hahahahahahaha” siot jer.

“Siot kau Mid! Takutkan aku pulak! tapi aku rasa lebih rela jumpa hantu dari jumpa orang. Kalau jumpa orang konfom kaw-kaw aku kena belasah. Kalau jumpa hantu setakat kena sakat tu ok lagi. Ok ! besok kau telefon aku. Jangan kau tak telefon pulak” tegas sim.

“Iye. Aku telefonlah nanti” kami menamatkan perbualan. Sim menjenguk di sebalik longkang. Aku perlu tunggu dahulu sehingga keadaan betul-betul line clear… Sim mengimbau kembali kenangan bagaimana aku boleh bekerja di Alor Setar ini sehingga menjadi buruan pelabur yang marah ;

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.