Sebaik sahaja Sim dan Mid keluar dari bilik mesyuarat kelihatan abang Ali dan
beberapa pelabur sedang duduk menunggu di luar untuk memberi keterangan. Sim menyapa Abang Ali ;
“Assalaimualaikum bang...
bagi keterangan jugak ke?” tanyanya ramah.
“Waalaikumussalam...
a’ah. Polis panggil buat keterangan. Dah habis beri keterangan ker?” mereka berdua bersalaman.
“Sudah. Kami bagi semua
maklumat yang Polis mahukan. Malah kami kena jadi saksi pada perbicaraan nanti”
jelas Sim.
“Baguslah. Jangan lepaskan
Dato penipu tu! Sial punya Fazzul... habis duit kami dibawanya lari. Ingat lari
ke Thailand polis tak dapat tangkap. Padan muka! Aku harap lepas ni duit kami
ini dipulangkan. Kami ini bukannya kaya sangat, ada yang meminjam dengan ceti..
saudara mara... kawan-kawan malah yang buat pinjaman bank atau koperasi pun
ada. Semua tengah kejar kami ni sekarang. Aduyai” abang Ali mengeleng-gelengkan
kepala.
“Maafkan saya kalau
tindakan kami terlibat dalam skim ini menyusahkan abang-abang semua. Kami tak
tahu pun skim ini adalah satu skim yang menipu orang ramai. Kami pun turut
ditabur janji-janji palsu dan ditunjukkan bukti pelaburan ini halal dan
mendapat kelulusan Bank Negara” kata sim menyesal.
“Takpelah. Ini semua
pengajaran bagi kami dan kamu berdua juga. Kita semua nak jadi kaya sangat. Nak
duit banyak. Hendak kaya tapi tidak mahu berusaha. Mudah dipengaruhi.... lain
kali kami semua akan memastikan akan periksa samada pelaburan yang kami buat
diiktiraf oleh kerajaan” abang Ali menyatakan kekesalannya.
“Encik-encik dan
Puan-puan, sila masuk ke bilik mesyuarat. Sesi mendengar keterangan Tuan dan
puan akan berlangsung sebentar lagi” kata seorang pegawai polis pangkat rendah
kepada mereka yang sedang berkumpul di situ.
“Oklah bang selamat
memberi keterangan. Ada rezeki kita jumpa di mahkamah” kata Sim sambil bersalaman
dengan abang Ali.
“Ok. Terima kasih kerana
beri keterangan juga” Mereka berdua bersalaman dengan abang Ali diikuti dengan
bersalam dengan geng-geng pelabur lain yang ada di situ. Kemudian seorang Inspektor
muda berjumpa dengan Sim dan Mid ;
“Saudara... saya
Inspektor Hairi... pembantu kanan Cif Inspektor Azizi. Saya telah diarahkan
untuk membawa tuan berdua ke bilik tahanan Fazzul. Kami ingin menggunakan
pendekatan psikologi untuk menakutkan suspek seterusnya membuatkannya mengaku
bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya. Bila dia tahu tuan berdua telah
memberi keterangan dan sanggup menjadi saksi pada perbicaraan nanti,
semangatnya akan punah. Ini kerana tuan berdua menyimpan semua rahsia besarnya
seperti mana tuan berdua beritahu kepada bos saya tadi” terang pegawai itu
panjang lebar. Sim memandang Mid, Mid mengangguk tanda setuju.
“Jadi apakah peranan atau
apa yang kami perlu buat kat sana nanti?” tanya Sim teruja... sedap gak nak gertak orang
ni.
“Gertak dia...
berterus-terang bahawa cik berdua telah bongkarkan kegiatan Fazzul dan sedia
memberi kerjasama. Atau apa sahaja yang boleh menakutkannya” jelasnya.
“Baiklah. Bawahlah kami
ke bilik tahanan” Sim dan Mid mengikuti Inspektor muda itu ke bilik tahanan yang
terdapat di tingkat bawah. Sampai di sana mereka berdua terus dibawa ke sel dimana Fazzul ditempatkan. Dari
luar selnya yang bergerigi kelihatan Fazzul sedang baring... penat agaknya
disoal-siasat semalaman. Rambutnya kusut masai, berbaju oren yang dikhaskan
untuk tahanan. Berbeza dengan dahulu, rambut bercacak kemas... berseluar
slack... sentiasa berkot dan bercermin mata hitam... dengan gaya yang
menyakinkan pelabur.. tapi sekarang Fazzul tidak ubah seperti orang-orang
gelandangan. Inspektor muda itu meneriak ;
“Fazzul... ni ada orang
nak jumpa kau ni” Fazzul menoleh ke arah Sim dan Mid. Dia terus bangun dan berjalan ke
arah Sim ;
“Sim, Mid.... lama tak
jumpa! Apa khabar? Hang nak jamin aku ker?” Fazzul bersalaman dengan mereka berdua... Sim menyambut salamnya. jamin?
Mana aku nak cekau duit jamin kau? Dah buat taik dengan kami... nak kami jamin
engkau pulak... boleh blah la.
“Jamin? Siapa nak jamin
kau Fazzul? Kami ni datang beri keterangan kepada Polis... semua aktiviti
engkau kami dah bongkarkan kepada pihak Polis. Kau takkan terlepas Fazzul” Sim mula memainkan peranannya.
“Apa! Apa korang buat ni?
Aku ni boss korang tahu tak! Aku banyak tolong korang... berapa banyak duit
yang aku dah taburkan! Ini korang balas!” marahnya.
“Oi langau... kau bagi
kami berapa? Satu juta? 2 juta? 3 juta?. Kau makan berapa banyak? 60 juta kau
tahu tak! 60 juta.... kau makan sedap duit 60 juta... kami dapat apa? Si Sim ni
kena hentak dengan geng pelabur yang marah kau tahu tak! Mana kau pergi masa
kawan aku ni kena hentak... aku kena kejar oleh pelabur. Kau lari ke Thailand
kan... sedap-sedap dengan bini muda kau tu! Kami yang dapat bala tahu tak!” Mid
melepaskan geramnya. Fazzul terdiam....
“Sekarang ni siapa yang
boleh pertahankan kau Fazzul. Dokumen syarikat aku dah serahkan kepada Polis...
begitu juga dengan CD ceramah masa kau berceramah skim cepat kaya ni. Semua
pelabur sedang beri keterangan di tingkat atas mengenai engkau.... aku dan Mid
pun dah beri keterangan... kami pun sanggup menjadi saksi. Kami akan bongkarkan
habis-habisan aktiviti haram kau ni tahu tak!” kata Sim tegas.
“Korang tolonglah aku...
tolong... kesian lah aku. Aku ada anak bini kat rumah... tolong Sim dan Mid.
Aku dah takde sesiapa yang boleh tolong aku ni. Aku harapkan kau ni... kau
jamin aku dulu... dah keluar nanti aku bayar 3 kali ganda duit korang. Tolong” menggunakan cara psikologi pula si Fazzul ni...i ;
“Inspektor... berapa
banyak duit nak jamin Fazzul ni?.”
“Disebabkan oleh kerana
Fazzul terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram... paling kurang pun
100,000 ringgit wang jaminan perlu disediakan. Ini kerana Fazzul mungkin
berpontensi tinggi untuk melarikan diri ke sempadan... mungkin juga boleh
mencapai 1 atau 2 juta.” Terang anggota Polis tersebut.
“Kau dengar tu. Mana aku ada
duit sebanyak tu. Komisen dan gaji kau bagi berapa sen sangat... gabung aku dan
Mid punya pun tak sampai 100,000. Lagipun takkan kami nak jamin kau ni...
buatnya kau lari mampus kami ni. Lagipun kau nak bayar dengan apa? Duit kau
separuh pun dirampas polis. Dengar cerita aset kau pun sekarang ini sudah
disita. Apalah kau buat macamni... kesian anak bini kau.”
“Korang tolonglah aku...
apa cara sekalipun tolonglah. Aku merayu kat engkau ni.”
“Ada satu je jalan nak
tolong kau ni.... kau mengaku salah... pulangkan duit pelabur. Insya Allah
hukuman kau akan diringankan. Betul tak tuan Inspektor” tuan Inspektor itu
mengangguk. Fazzul terduduk ;
“Itu sahaja jalannya
Fazzul.. memang kena penjara jugak.. tapi takdelah sampai puluh-puluh tahun. Hukuman
kau tentu akan diringankan. Pulangkan sahaja wang mereka... duit tu tak berkat
Fazzul. Duit haram... kau nak bagi anak bini makan duit haram ker? Cukuplah kau
seorang yang penyangak... jangan besok satu keluarga jadi penyangak” Sim menasihati Fazzul. Fazzul terduduk dan termenung... mungkin pendekatan psikologi
yang mereka berdua gunakan sudah berjaya.
“Ok lah Fazzul. Kami
mintak diri dulu... semoga kau memikirkan semula kata-kata kami ini. Sampai
bila kau berdegil tidak mahu mengaku salah. Semu bukti dah mengarah bahawa
engkau bersalah. Bertaubatlah Fazzul. Assalaimualaikum” Sim dan Mid beredar
meninggalkan sel.. biarlah Fazzul memikirkan secara mendalam kata-kata itu tadi. Setelah keluar dari pusat tahanan ;
“Macamana Tuan? Best tak
lakonan kami?” Mid bertanya.
“Terbaik... bagus-bagus.
Saya rasa tidak lama lagi tentu Fazzul akan mengaku salah. Terima kasih atas
peranan kamu berdua tadi” kata Tuan Inspektor tersebut. Kemudian Sim dan Mid terus
bersalaman dan meninggalkan IPK untuk balik ke rumah.