Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,453
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 27 B ; Fazzul meminta maaf

Sim yang baru keluar dari pintu Mahkamah ditegur oleh Peguam abang Fazzul ;

“Encik Kassim.. tunggu dulu” Sim menoleh semula ke dalam Mahkamah dan masuk semula ;

“Ya... ada apa Encik Pandian?.” Tanyanya,

“Encik Fazzul mahu jumpa Encik Kassim sekarang.”

“Nak jumpa saya? Untuk apa? Nanti isterinya marah saya berjumpa dengannya” memang dia bimbang melihat reaksi kak Rohani tadi.

“Itu saya tidak tahu. Tapi ini permintaan Encik Fazzul.. saya cuma menjalankan amanahnya.”

“Bila?”

“Sekarang... di bilik tahanan Mahkamah”

“What? Now? Isterinya ada Encik Pandian... mana boleh. Tadi pun dia mana ada bercakap dengan saya.”

“Tolonglah Encik Kassim... sekali ini sahaja. Dia memang benar-benar mahu berjumpa dengan awak. Pliz” adui... ini yang lemah ni.

“Ok” Sim akur.

“Mari ikut saya” Sim menuruti Peguam itu keluar dari bilik persidangan Mahkamah dan terus ke bilik tahanan. Sampai ke bangunan yang menempatkan Bilik Tahanan.. Peguam meminta Sim menunggu sebentar di luar. Dalam 5 minit dia menyuruh Sim masuk ke dalam bilik di mana Fazzul ditempatkan... Sim menuruti Pandian ke sebuah bilik yang dia rasa bilik perbincangan di antara pesalah dan Peguam.. masuk sahaja Sim ke dalam bilik tersebut... Sim disergah oleh bini abang Fazzul ;

“Ni apahal kau datang kat sini? Tak sudah lagi bagi keterangan kat depan Hakim.. kau nak ganggu suami aku ni kat sini pulak.”

“Abang suruh dia datang ke mari. bang hendak bercakap sedikit.”

“Abang watpe panggil si bangsat ni? Pasal dialah abang meringkuk kat sini tau.. pasal dialah habis aset kita kena sita.... memang mangkuklah kau ni!” wah! Ini sudah lebih! Nasib baiklah perempuan.. kalau tak dah makan penampar... sabar Sim.. sabar ;

“Kak Rohani.. saya datang ni sebab abang Fazzul panggil... bukan saya sesaja je nak datang sini” terang Sim .

“Tak yah la panggil laki aku ni abang. OOOoooo... dulu masa kau susah.. siapa yang ambik kau kerja? Siapa yang tiap-tiap minggu bagi kau makan yang aku masak? Siapa? Ni kau buat taik pulak lak... pastu datang sini buat-buat baik... nak mintak maaflah kononnya tu.”

“Ni... sudahlah tu abang kata! Abang yang panggil Sim ni ke sini. Abang nak cakap sikit dengan dia ni. Boleh tak tolong mengucap... istifar... boleh tak tolong biarkan abang dengan Fazzul bercakap kejap... tolong Ni... tolong duduk di kerusi sana. Tolong” abang Fazzul merayu isterinya memberi peluang untuk kami bercakap. Akak Rohani beristifar beberapa kali. Kemudian dia duduk di kerusi tidak jauh dari mereka... Sim duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan abang Fazzul ;

“Fazzul... maafkan pasal isteri abang. Mungkin dia beremosi tadi.. maafkan dia yer.”

“Takpelah bang.. biasalah.”

“Abang tak salahkan kau... sebenarnya abang yang bersalah. Abang nak kaya cepat sangat... itu yang abang buat bisnes ni... abang mintak maaf kepada Sim dan Mid kerana sebab abang hidup kamu susah.. diburu oleh pelabur” abang Fazzul menghulurkan tangannya yang bergari... Sim menyambut salamnya.

“Saya maafkan abang.”

“Satu lagi...... sebenarnya memang niat abang dari dulu lagi nak mempergunakan kamu berdua..... abang baik dengan kamu sebab ada tujuan tertentu. Selama abang dalam dalam tahanan abang insaf akan perbuatan abang.. abang selalu hadiri ceramah agama yang dianjurkan oleh imam penjara... abang memang benar-benar bersalah Sim. Begitu banyak dosa-dosa abang dah abang lakukan. Abang sebenarnya dulu along cekik darah. Abang peras peminjam abang habis-habisan.. sipa tak bayar abang pukul.. abang kacau keluarganya. Abang sabatoj perniagaannya... sampai ada yang bunuh diri sebab tak tahan dengan perlakuan abang.. abang kejam Ni” abang Fazzul menekup mukanya.. dia menangis... Sim tidak terkejut dengan pengakuan abang Fazzul kerana  mengetahui bahawa modal perniagaan halalnya memang diperoleh dari kegiatan along. Tapi mungkin akak Rohani tidak tahu tentang kegiatan haramnya. Mungkin akak Rohani hanya tahu abang Fazzul hanya mempunyai kedai makanan dan bengkel kereta sahaja dan perniagaan haram yang diketahui mungkin menjual barang tiruan dan VCD cetak rompak. Aktiviti seperti gengsterisme dan pinjaman ah long mungkin tidak diketahui oleh isterinya.

“Baguslah abang dah insaf. Yang lepas tu sudahlah bang... janganlah lagi dikenang-dikenang. Selepas ini abang bertaubat betul-betul... jika abang dibebaskan kelak, carilah rezeki yang halal.”

“Ni... kamu janganlah salahkan Sim ni.. abang yang salah. Abang yang mempergunakan Sim ni dengan tujuan yang tidak baik. Masa abang lari dulu, dia yang kena teruk dengan pelabur. Ini mungkin balasan terhadap semua dosa yang abang lakukan dulu. Mungkin orang yang pernah abang aniaya masa abang buat pinjaman ah long dulu berdoa supaya abang dibalas Allah dengan dugaan yang teruk. Abang terima Ni.. abang terima..... anggaplah hukuman ini sebagai balasan terhadap dosa-dosa abang. Abang bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat. Maafkanlah Kassim ini. Dia tidak bersalah” akak Rohani bangun dan memeluk suaminya... mereka menangis.

“Maafkan Ni bang... Ni tidak tahu perkara yang sebenar” Ni meleraikan pelukannya dengan abang Fazzul.

“Sim... maafkan akak kerana bersangka buruk dengan engkau. Kakak dipengaruhi emosi Sim.. kakak ingat kau yang sengaja buat abang Fazzul dipenjarakan... maafkan kakak Sim.. maafkan kakak atas layanan buruk kakak tadi.”

“Saya maafkan kakak. Tidak apa-apa... saya tahu orang yang sedang dikuasai akan bertindak sedemikian.”

“Baiklah... jika tiada apa-apa lagi boleh kita tamatkan sesi perjumpaan ini... saya ada perkara yang hendak dibincangkan bersama Encik Fazzul” Peguam India itu menyampuk.

“Baiklah bang... izinkan saya pergi... semoga hukuman abang akan diringankan. Kalau ada masa saya akan melawat abang nanti” Sim bersalaman dan berpelukan dengan Abang Fazzul.. kemudian Sim terus keluar dari bilik tersebut. Sesungguhnya memaafkan dia antara satu sama lain adalah lebih baik dari terus bermusuhan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.