Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,767
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 14 ; persiapan bersanding

BAB 14

Persiapan Perkahwinan Dan Menghadiri Perbicaraan

Ada 3 minggu lagi sebelum majlis pernikahan Sim dan Ani berlangsung. mereka dan keluarga Ani sibuk membuat persiapan perkahwinan. Dari mencari baju pengantin, mencari katering, membuat kad jemputan, memanggil jemputan lagi, mencari kompang, mak andam serta cenderahati dan macam-macam lagi barang atau peralatan yang akan digunakan semasa majlis itu nanti. 3 minggu Sebelum majlis persandingan, perkara yang emak mertua Sim lakukan dahulu adalah mencari pakaian untuk majlis bersanding. Setelah 2-3 kedai Datin mencari akhirnya Sim dan ANi bersetuju untuk memilih kedai pengantin milik seorang bapok pertengahan umur. Namanya auntie Su...  nama sebenarnya Suhaidi. Kami juga akan mengambil Auntie Su sebagai mak andam.... menurut kawan-kawan mak Adah, auntie Datin berkenaan dengan cara Sue mengandam dan menghias pengantin.... persis Nurul Shukor jurumekap Siti Nurhaliza tu... bayarannya pun tidaklah mahal.. siap pelamin, andam dan sewa baju hanyalah 1,500... Sim mengikut sahaja... janji dia Vogue waktu persandingan nanti. Hari ini tibalah masanya untuk kami mencuba baju. Sedang Sim mencuba kot untuk digunakan dalam majlis memotong kek ;

“Adui mak… hensemnya menantu Datin. Tergoda I. Macam Remy Ishak” kata bapok Sue. Sim sebenarnya baru memotong rambut dan telah membuat rawatan muka bagi nampak hensem sikit masa persandingan nanti. Sim juga diakui mempunyai badan yang agak berketul sikit.... Remy Ishak ker muka aku ni?

“Dah.. kau jangan nak tergoda lak Su. Tu laki orang tu. Bininya ada dalam bilik persalinan. Dengar kat bininya, mengamuk bininya tu nanti” Datin Adah memberi amaran kepada bapok itu tadi.

“Hahahahahahahaha. Gurau jela Datin. Janganlah ambil hati... saja nak menceriakan suasana. Macamana baju Cik Kassim? Ok?” tanya bapok tu kepada Sim.... aduh patahnya bapok ni... geli aku ;

“Seluar ni agak longgar sikit. Sama dengan kat bahu ni. Kalau boleh ketatkan sikit Suhaidi” kata Sim lagi...

“Ala you ni.. panggil I Su la. Panggil Suhaidi pulak. Meh sini I ukur” lalu Su mengukur pinggang dan bahu Sim

“Ok! Dah... longgar sikit jer. Nanti Su betulkan” habis jer Su berkata begitu... Ani keluar dari ruang persalinan. Sim terkesima. Ani keluar memakai baju pengantin dan bertudung. Pertama kali aku melihat bentuk badannya. 

“Wah. Cantiknya kau Ani. Manis, comel dan bergetah... selalu la pakai baju macamni. Ini tadi datang pakai Jeans dan t shirt serta kasut. Pakai macamni barulah nampak keayuannya” gomel mak andam tu... Sim bersetuju dengan kata mak andam tu... Ani cantik dan ayu berpakaian begini.

“Tolong sikit. Ni pun aku pakai sebab nak bersanding jer. Aku manalah biasa pakai baju macamni. Rimas tahu tak... panas. Kulit aku pun gatal-gatal.”

“Betul cakap Su tu. Pakai macamnikan lawa. Kau tu ada laki dah, tunjuklah keperempuan kau tu. Betul tak Kassim” Datin menanyakan Sim.... Sim hanya tersenyum.

“Meh sini duduk rapat-rapat” Su menarik tangan Ani di sebelah Sim.

“Ya ampun! Bagai pinang dibelah dua. Betul tak Datin?.”

“Betul. Memang sama cantik dan sama padan.”

“Ini kalau ada anak ni mesti comel giler.”

“Hahahahahahahahaha” gelak Datin. Sim dan Ani hanya tersenyum sahaja. Selepas itu kami mencuba beberapa jenis baju yang bersesuaian untuk majlis. Hampir 3 jam lah mereka bertiga berada di situ untuk mencuba baju. Sim dan Ani bersetuju untuk menyewa 3 pasang baju... satu digunakan untuk bersanding.. satu semasa majlis memotong kek dan satu lagi sebagai baju semasa mengambil gambar kahwin di pelamin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.