BAB 8
Pernikahan
Tepat pukul 2.00 petang, dua orang abang Ani bersama isteri masing-masing
sampai di rumah bapa mertuaku. Mereka terus ke meja makan manakala orang
perempuan ke bilik pengantin perempuan untuk mendandan Ani. Semasa di meja
makanlah Sim berkesempatan berkenalan dengan abang-abang Ani. Yang sulong
bernama Shamsuddin... panggil Din sahaja... berusia 32 tahun dan telah
berkahwin sejak 6 tahun dahulu. Dikurniakan dua orang anak lelaki... yang
sulong 4 tahun manakala yang bongsu berusia setahun. Abang Ipar Sim yang sulong
ini bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta manakala isterinya Guru Shah
Alam di sebuah sekolah menengah di. Kini menetap di rumah Guru di Shah Alam.
Abang Ipar Sim yang kedua pulak berusia 28 tahun. Bekerja
sebagai pegawai tentera berpangkat Kapten. Isterinya pegawai akaun di syarikat
swasta. Sudah dikurniakan seorang anak berusia setahun. Namanya Osman Bin
Malek. Kini tinggal di Cheras. Sepanjang perbualan, SIm tidak merasa kekok
bergaul, abang-abang Ani amat mesra melayaninya. Seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku antara mereka atau menyentuh kejadian malam semalam. Selepas makan, Sim meminta izin untuk masuk ke bilik untuk
melakukan persiapan. Selepas mandi dia mula memakai Baju Melayu kepunyaan abang Sim yang diberikan oleh ayah Ani tadi. Sim dibantu
oleh abang-abang iparnya untuk memakai baju melayu tersebut. Malah mereka menceritakan pengalaman akad nikah pada
masa lalu. Sim ketawa apabila ada perkara yang melucukan timbul. Pukul 4 petang
siap Sim telah siap dan segak berbaju melayu beliau duduk di ruang tamu sambil menanti Ari. Apabila pengantin perempuan turun, Sim menolehnya... Mak Ai... lawanya Ani. Dah macam pelakon Fiza masa muda-muda. Tak sangka aku,,,, kata Sim di dalam hati. Tidak sangka Sim Ani atau
Ari secantik dan ayu apabila dimekapkan dan memakai baju perempuan. Sebab pagi semalam
Ani hanya memakai seluar jeans dan t shirt serta topi. Tidak terserlah langsung
kecantikkannya.. yang terserlah hanyalah kelakiannya ;
“Ai... jangan pandang
lama-lama. Macam hendak makan saja pandang adik abang tu” abang Din yang sulong
menegur Sim.
“Heheheeheheh” Sim tersengih macam kerang busuk.
“Sudah.... mari ambil
gambar satu keluarga” kata Dato Malek. Mereka semua mengambil gambar keluarga di ruang
tamu dan di luar rumah. Selepas itu mereka sekeluarga bergerak ke Surau untuk majlis akad
nikah Sim dan Ani.
{{{{{{{{{{{{{{{
“Aku terima nikahnya Ariani Suzana Binti Malek dengan mas kahwinnya 80
ringgit tunai” akhirnya dengan sekali lafaz Sim sah menjadi suami kepada Ani. Sim dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya. Selepas bacaan doa dan sumpah taklid
maka tibalah masanya untuk acara menyarung cincin ( Cincin milik Datin Saadah
yang tidak pernah dipakai kerana ketat ). Selepas upacara menyarungkan cincin, Ani
lantas mencium tangan Sim dan Sim terus mencium dahi Ani. Selepas itu
sesi mengambil gambar. Majlis dihadiri oleh jiran-jiran dan ahli keluarga
pengantin perempuan yang terdekat. Diikuti pula dengan sesi bergambar dengan ahli keluarga
yang jurufotonya abang-abang Ani. Kemudian selepas sesi tersebut kami balik ke
rumah kerana jamuan makan diadakan di sana. Tiada khemah yang dipasang... hanya
tikar dihamparkan ke ruang tamu. Malah makanan pula diambil dari beberapa kedai
mamak sekitar taman yang dibeli oleh pembantu Dato Malek. Kemudian selepas
majlis berakhir Sim di arahkan oleh Dato untuk bertukar baju di bilik Ani. Sim akur dan memasuki bilik Ani untuk mandi dan bertukar baju . Sedang Sim memakai
baju Ani masuk ke bilik. Dia yang masih bertudung memarahi Sim ;
“Apa pasal tadi kau cium
pipi aku?” dengan nada marah tapi suara diperlahankan.... takut keluarganya
dengar.
“La.... tadikan sesi
bergambar. Aku kenalah pose macam orang kahwin selalu pose” Sim memberi alasan.
“Sekali cukupla. Ini 2-3
kali pulak.... melampaula... ambik kesempatan atas diri aku. Geli arrr” marah
Ani.
“Aik! Dengan isteri sendiri
pun ambik kesempatan jugak ker? Tapi kau cantiklah tadi. Ayu kau bertudung...
tidak sangka aku kau cantik juga bila disolek” jujur Sim berkata.
“Kau ingat aku ini hendak
sangat menjadi isteri kau? Aku terpaksa tahu tak? Banyaklah kau punya cantik...
rimas aku pakai makeup dan tudung ni” Ani membuka tudungnya...dah tak comel....
terserlah pula kelakiannya dengan rambut pendeknya tu;
“Sudah la. Tidak payahlah
kita nak gaduh.... nanti dengar pulak keluarga kau. Aku nak mandi dan tukar
baju ni” terang Sim.. malas hendak memanjang-manjang lagi.. penat
“Sudah blah! Aku nak
mandi dan salin baju ni dulu... nanti aku dah sudah... aku turun. Baru kau
mandi.”
“Yela-yela” lantas SIm keluar dari bilik tersebut... malas nak bertekak dengan Ani. Selepas itu sesi
sembahyang jemaah di antara keluarga diadakan, diikuti dengan bacaan Yassin dan
tahlil. Kemudian kami bersembahyang Isyak. Selepas Sembahyang diikuti pula
dengan makan beramai-ramai, lauk petang tadi masih ada. Kemudian kami membuat
hal masing-masing, Sim melayan anak-anak buahnya melihat DVD kartun Upin dan
Ipin di tingkat atas. Pada pukul 11.00 malam ayah mertuanya memanggil untuk
berbual di halaman rumah. Aku menurutinya ;
“Macamana ini dah akad
nikah?” tanya ayah mertua Sim.
“Lega bapak...
Alhamdullilah dengan dua kali lafaz sahaja saya sah menjadi suami Ani.
Berdebar-debar jugak tadi. Maklum secara mengejut macamni. Tapi semuanya
berjalan lancar.”
“Macamana layanan Ani?.”
“Masih dingin lagi bapak”
kata Sim kecewa.
“Sabarla Kassim....
lama-lama nanti dia boleh terima kau sebagai isterinya. Hatinya keras seperti
kerak nasi... kerak nasi pun kalau diletakkan air lama-lama akan lembut juga.
Pandai-pandailah kau lembutkan hatinya” nasihat Dato Malek.
“Saya akan cuba bapak”
kata Sim ringkas.
“Ini... bapak panggil
hendak berbincang tentang kes kau ni. Ayah sudah suruh pegawai bapak cari bekas
bos kau tu. Maklumat awal yang kami terima mengatakan bos kau sudah menyeberang
sempadan Thailand. Kami sudah bekerjasama dengan Interpol Thailand untuk
menjejakinya. Mungkin dalam masa terdekat kami akan dapat menangkapnya”.
“Terima kasih bapak
kerana buat semua ini. Harap Fazzul tu dapat ditangkap.. pasal dialah saya
terjerumus dalam pelbagai masalah sehingga melibatkan bapak.”
“Ni bapak buat semua ini untuk
membersihkan nama Kassim. Bapak tidak mahu Kassim terus menjadi buruan
pelabur-pelabur yang marah. Kassim dijadikan kambing hitam oleh bos Kassim. Itu
yang bapak marah..... dia makan duit juta-juta, Kassim pulak yang kena
menanggungnya. Selepas bos Kassim ditangkap, Bapak akan memanggil semua pelabur
dan menerangkan perkara yang sebenar. Selepas itu Kassim bebas dari mereka.
Tapi pertolongan bapak ini dengan satu syarat” ;
“Syarat apa tu bapak?”
tanya Sim kehairanan.
“Bapak hendak kau jaga
Ani dengan sebaik-baiknya. Berikan nafkah zahir dan batin secukupnya. Janganlah
kau ceraikannya secepat mungkin. Bersabarlah dengan karenah dan keras kepalanya
itu. Bapak tahu kamu berdua tidak rela untuk disatukan. Tapi bapak juga tidak
pernah kenal atau bercinta dengan Mak Adah kamu... tapi kami bahagia. Bercinta
selepas berkahwin lebih manis dari bercinta sebelum kahwin” jelas bapa mertua Sim panjang lebar.
“Saya faham Bapak... saya
akan cuba menerima isteri saya seadanya. Saya berjanji akan menjaga dan
mencintai Ani sepertimana bapak menjaganya” janji Sim.
“Alhamdullilah Kassim.
Bapak hendak cerita sikit latar belakang Ani... mungkin berguna untuk Kassim
nanti.”
“Ceritalah bapak. Saya
mendengarnya.”