Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,404
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 19 B ; Sim terharu dengan bantuan mertuanya

Selepas makan malam. bapa mertua Sim memanggilnya untuk berbincang sesuatu di kerusi malas hadapan rumah di mana tempat ia selalu duduk Setiap malam. Katanya angin di situ sejuk sedikit selain ia menjadi tempat bapa mertuanya membaca buku atau laporan yang dia perlu semak. Dato Malek memulakan bicara ;

“Barang-barang sudah dikemas Kassim?”.

“Sudah bapak. Hampir separuh sudah dikemaskan... barang-barang kat rumah sewa pun sudah saya kemas tadi... banyak juga barang yang hendak dibawa esok ini ke Bangi” jawab Sim.

“Kalau tak muat... bapak boleh pinjamkan lori Polis. Kau bayarlah duit minyak dan tolnya. Bapak nak cakap sikit pasal kes Fazzul tu. Hakim telah menjatuhkan hukuman... penjara 10 tahun dan denda 5 juta ringgit. Peguam Fazzul akan merayu di mahkamah rayuan. Fazzul juga sudah memulangkan semula 30% dari wang pelaburan kepada pelabur. Lagi 30% akan dibayar selepas rayuan. Jadi Kassim tidak perlu takut lagi. Mungkin masa rayuan nanti Kassim akan dipanggil menjadi saksi pembelaan. Seperti biasa, peguam bela memastikan Kassim bersimpati dan memihak kepada Fazzul. Jadi berhati-hatilah... jangan terperangkap. Peguambela Fazzul tu licik sikit.”

“Yelah bapak... saya sudah belajar dari pengalaman saya menjadi saksi dahulu. Saya telah diperangkap dengan soalan peguam India tu. Peguam itu sungguh licik. Sedaya upaya peguam itu akan memastikan kita memihak kepada pihak pembelaan. Tapi saya mengharapkan Fazzul insaf akan perbuatannya. Sudah lama dia mencari rezeki dengan cara yang tidak halal. Biarlah di dalam nanti dia akan menginsafi dirinya.”

“Satu lagi bapak nak tanya. Macamana Ani?” soalan yang tidak dijangka oleh Sim.

“Ani? Kenapa bapak?.”

“Ani dah menerima kau sebagai suami?” aduyai soalan cepumas.

“Belum lagi bapak” jawab Sim jujur.

“Belum? Astafirullahalazim. Ani... Ani” bapa mertuaku mengelengkan kepala.

“Bapak jangan marahkan dia. Beri dia ruang dan peluang untuk terima saya. Biarlah saya cuba menambat cinta dan sayangnya dahulu” bapa mertuanya terdiam sejenak.

“Baiklah.. sebagai suami pandai-pandailah kau menambat cintanya. Bapa mendoakan kamu berdua berdua bahagia. Untuk pengetahuan kamu bapa akan meminta pertukaran semula ke Selangor atau Bukit Aman.”

“Kenapa bapak?.”

“Mak kamu tu lah... dia kata sunyi duduk kat sini. Semua anak-anak duk KL.... saudara mara pun ramai kat Sabak. Dia kata kesunyian nanti duduk sini... maklumlah bapak sentiasa sibuk dengan kerja. Tapi sebenarnya dia rindu anak kesayangan sorang ni. Lagipun sudah 2 tahun kami duduk sini. Bapak pun lagi 3 tahun nak pencen. Ingat nak buat rumah kat kampung Sabak tu. Bapak nak berkebunlah pulak... duduk sesaja nanti bosan lah pulak. Tanah pun bapak dah beli 10 tahun dulu... sekarang ni tanam getah. Pak su kau yang menoreh. Bapak sebenarnya tak betah dok bandar ni.”

“Owh.... baguslah bapak.... lagipun anak menantu semua duduk sini. Kesian Mad Adah tu... kalau dia rindukan cucunya boleh datang melawat... dah tak jauh dah. Lagipun sedara mara dekat.. kat Sabak tu jer. Saya ada satu soalan pak... tak kisah ke bapak menerima saya sebagai menantu?” inilah persoalan yang menghantui Sim selama ini.

“Eh! Apa pulak kau cakap macamtu?” bapa mertuanya memandang Sim dengan kerutan.

“Kadang-kadang saya rasa macam tak layak pulak menjadi menantu dalam rumah ni. Menantu-menantu bapak semuanya berjaya. Kerja bagus-bagus. Saya ni SPM pun takde... saya ni pun besok dapat kerja kuli je kot.. macam Mid.. dapat kerja sebagai pemandu”  dipintas oleh bapa mertuanya ;

“Bapak tak pernah membeza-bezakan menantu bapak. Walau kamu ni ada lulusan SPM, lulusan STP atau UPSR... kamu dah jadi menantu bapak. Bapak akan menerima seadanya. Bapak nak kau berusaha... mulakan semuanya balik. Bermula dari bawah... berniaga ke dulu. Pernah dengar nama mendiang Boon Siew? Dia tu membaca pun tak tahu... tahu baca tulisan Cina jer. Tapi dia adalah pengedar utama Honda dan seorang multi Bilion di Malaysia. Bapa baca memoirnya, dia kata usaha gigih dan tanpa mengenal penat lelah menyebabkan ia berjaya. Bapak mahu kamu jadi begitu, cari peluang perniagaan. Bapa tahu kamu mempunyai sedikit modal. Sementara nak membangunkan perniagaan kamu tu, carilah kerja sementara dulu” Dato Malek berhenti sejenak sambil menghirup kopi.

“Itulah rancangan saya bapak. Selepas ini saya ingat nak cari kerja... saya pun dah mula cari peluang perniagaan melalu internet. Ada 2-3 idea yang melekat kat kepala saya ni... saya juga telah membaca buku-buku berkaitan perniagaan.. terutama buku berkaitan e-dagang” kata  Sim  jujur... memang sejak 2 minggu lalu Sim memang membuat penyelidikan mengenai peluang perniagaan internet.... ialah.. kalau hendak mengharapkan kerja tanpa SPM kerja apalah yang dia akan dapat ;

“Baguslah. Bapak juga sebenarnya dah carikan kamu kerja.”

“Kerja apa itu bapak? Bapak ini susah-susah jer menolong saya” tanya Sim terharu... bapa mertuanya mengeluarkan sesuatu dari diari kerjanya. Sekeping kad bisnes. Dia menghulurkan kepada Sim.

“Ini kad bisnes kawan bapak. Namanya Dato Khaidir... pemilik rangkaian kedai Dobi dan mesin layan diri... selain itu Dato ini banyak terlibat dalam perniagaan lain seperti pembinaan dan perkhidmatan. Dato ni nak pakai orang menguruskan perniagaan mesin layan dirinya” Sim mengangguk faham.

“Bagaimana tu pak kerjanya?” tanya Sim berminat.

“Maksud bapak mengambil wang dari mesin layan diri dan memasukkan dalam bank. Sebelum ni dia ada pekerja yang membuat kerja ini. Tapi mengelapkan wang syarikat dan telah diberhentikan. Telahpun didakwa.”

“Saya menguruskan dan mengambil wang dari mesin? Kerja yang merbahaya tu pak... nanti kena rompak pulak tengah jalan.”

“Ya... tapi bukan kamu seorang yang pi ambil duit tu. Kamu akan ditemani oleh seorang pengawal bersenjata dan seorang juruteknik serta seorang pembantu... kamu ini dikira sebagai team leader la. Lagipun kalau kamu kena rompak, bapak akan cari perompak itu sampai dapat... kamu lupa ker sapa bapa mertua kamu ni?” terang Dato Malek lagi.

“Hahahahahahahahaha.....Oh begitu. Kalau ada pengawal takpelah. Baiklah... saya akan hubungi Dato ni bila saya dah duduk di Bangi nanti” bagus gak kerja ni.

“Nanti kalau dah dapat.... kerjalah dengan bersungguh-sunguh. Jujur dan amanah dalam pekerjaan. Jangan malukan nama bapak. Boleh? Bapak yang perkenalkan kamu kepadanya, buktikan padanya kamu pun boleh berjaya walaupun kelulusan kamu tidak seberapa”.

“Insya Allah, boleh pak” Sim berjanji kepada bapa mertuaku.

“Bagus... kamu tentu nak berkemaskan? Pergilah masuk bilik tidur. Bapak ada kerja sikit... maklumlah, pegawai kanan Polis ini banyak dokumen nak kena semak... dokumen siasatan lagi... kerja tak pernah habis.”

“Terima kasih bapak. Bapak banyak membantu saya... budi bapak akan saya balas suatu hari nanti” kataku sambil bangun dan memeluk bapak mertuanya. Terharu seh......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.