Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,831
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 29 ; Raya

Raya

Mereka bertolak dari Bangi tepat pukul 6.30 pagi selepas solat subuh... kereta Sim penuh dengan barangnya dan Ani. Sim membawa kereta sederhana perlahan sahaja.... maklumlah berat. Sim memasang CD yang mengandungi kompilasi lagu-lagu raya... barulah rasa suasana Raya tu... Ani layan jer... sesekali menyanyi lagu raya kesukaannya ( lagu Raya dulu-dulu mempunyai nilai yang lebih sentimental dan bermakna berbanding lagu-lagu raya sekarang... kadang-kadang boleh menangis mendengarnya.. syahdu gitu. lagu Raya sekarang yang penulis rasa terbaik hanyalah lagu-lagu nyanyian Siti Nuhaliza dan Raihan.. yang lain tak apa-apa... takde jiwa ). 

Di hentian Tapah mereka berhenti untuk buang air dan mengisi minyak. Kemudian Ani yang mengambilalih memandu kereta Sim ke Kedah. Brutal betul si Ani ni bawa keretanya. Sim cuba untuk menegurnya, dia kata.... awak dudukla diam-diam.. bawa lambat bila nak sampai. Lagipun kereta awak ni power. Sedap memandu kereta awak ni. Sim baring dan terus tertidur... kalau kena saman kau bayar sendiri. Mereka sampai di rumah ayah Ani dalam pukul 1 petang, bapa mertuanya tiada di rumah kerana pergi ke Masjid, manakala abang-abang ipar SIm sedang merebus ketupat dan memasak rendang di belakang rumah ( masak banyak kerana selalunya orang-orang bapa mertuanya yang tidak dapat balik kampung akan singgah beraya pada hari pertama lagi ).

Sim dan Ani akan ditugaskan memasak nasi impit dan kuah kacang dan akan memasak petang ini... selepas meletak barang dan menukar baju. Mereka mula memasak.... mula-mula Sim menolong abang-abang iparnya mengacau dodol. Memang bersenam betul mengacau... panas lak tu.... bila sudah kenyal sekuat tenaga aku kena kerah nak mengacaunya. Inilah pertama kali aku mengacau dodol. R Sim bertanya kepada abang sulungnya, ramai ker orang yang akan datang pada hari pertama, Abang iparnya menjawab  memang ramai. Dalam 100 orang lebih, maklumlah ayah mertuanya seorang pegawai kanan Polis peringkat Negeri. Ramai orang yang akan datang adalah terdiri daripada ahli politik, pegawai-pegawai Polis dan pasukan bawahannya, kerabat Istana dan ahli-ahli perniagaan.

Abang iparnya berkata hanya pada hari Raya ketiga baru kami boleh balik beraya kampung di Sabak ( Patutlah banyak memasak... ramai yang datang makan ). Kemudian Sim membantu Ani merebus nasi impit segera Adabi... kena masak sekurang-kurang 4 jam... barulah tahan lama dan tak cepat basi. Tapi seronok jugak gotong royong ramai-ramai macamni... meriah. Sim tidak pernah merasa suasana seperti ini.... memang dapat feel suasana Raya betullah... tapi lagi best kalau buat kerja ini kat kampung.. lagi terasa. ....ada Mid pun ok gak. Tapi dia sibuk dengan kerja. Lagipun katanya dia segan nak beraya dengan keluarga Sim. Dia akan beraya di rumahnya makciknya... Raya kedua sudah kena kerja balik.. sian Mid.

hendak masuk Maghrib baru semuanya selesai... kami berbuka dengan rendang ayam dan hati yang sudah siap dimasak oleh orang perempuan. Perghhhh.. mantop... 3 kali Sim menambah... tidak pernah Sim merasa rendang sesedap ni.. memang masakan mak mertuanya terbaik. Sim memperli Ani supaya belajar memasak rendang dengan maknya. Ini asyik nasi bungkus jer. Mereka semua ketawa dan Ani memukul bahu Sim. Kemudian selepas berbuka Sim mandi dan solat... selepas itu mereka sekeluarga menonton televisyen untuk melihat pengumuman raya. Apabila Raya diumumkan pada hari besok.... Sim dan abang-abangnya bersorak ( macam budak-budak ). Selepas itu mereka menyambung memasak semula.. Sim dan Ani memasak kuah kacang ( dan semestinya mak Adah yang menyediakan bahan-bahan... Kalau Ani tah-tah kuah dal yang jadi nanti.... kami tolong apa yang patut seperti mengacau ).

Kemudian  orang lelaki mengalih pula perabot di ruang tamu supaya lapang sikit ruang tamu untuk mnenerima tetamu. Maklumlah tetamu besok datang berduyun-duyun... nanti sempit jadinya ruang tamu rumah Dato nanti. Selalunya pukul 2 petang baru tetamu datang kerana pada paginya bapa mertuanya akan berada di rumah terbuka Menteri Besar dan Ketua Polis Negeri atau rumah ahli-ahli politik yang lain. Orang perempuan juga menukar langsir dan mengemas halaman rumah. Orang perempuankemudian  sibuk di dapur membuat kek dan manisan.Merekalah orang lelaki memasukkan kuih dalam bekas ( sempat aku merasa kuih yang mak Adah buat.... memang betul-betul rasa biskut berbanding beli kat luar yang hanya rasa tepung sahaja ) dan menghias rumah seperti memasang lampu kelip-kelip ( 5 lampu perlu di sambung... mak ai panjangnya... tapi hasilnya memang cantik ). 

Sim mengambil kesempatan bermain bunga api dan mercun... Ani kata macam budak-budak ( abang dia yang main sama takdelah pulak dia kata macam budak-budak ), Sim teringat dahulu semasa beraya berdua dengan Mid di Kedah... mereka akan ikut sama budak-budak taman bermain mercun... kamilah  beli banyak mercun... dan budak-budak akan bermain... tetapi masa itu kami tidak kisah... duit komisen banyak.. budak-budak taman pau mercun kami.... Hahahahaahaha. Pagi besoknya Sim dan Mid akan beraya ke rumah MB atau rumah mana orang-orang besar yang membuat rumah terbuka,,, maklumlah, mereka tidak ada kampung hendak balik. Dekat pukul 12 tengahmalam barulah kerja Sim dan Ani habis. Sim terus masuk ke bilik dan mandi. Apabila keluar dia melihat si Ani tengah berbaring di atas katil ;

“Penat ker?” tanya sim sambil mengambil baju di dalam almari.

“Hari rayalah yang paling memenatkan saya... macam-macan nak masak... nasib baik tak masak lemang tahun ni. Kalau tak mampus.... sayalah jadi mangsa jaga api dan balikkan buluh lemang” Ani mengadu.

“Memang tiap-tiap tahun macamni ker? Memasak ramai-ramai... kacau dodol... perghh! Kacau dodol yang paling seksa... banyak guna tenaga. Masak ketupat pun sampai 4 jam. Kena jaga api.”

“Ye ar... sejak dari kecil. Ayah saya tak suka membeli. Katanya tak sedap... masak sendiri lagi sedap. Kuih raya jer beli... itupun mak saya tetap buat kek atau 2 jenis biskut... Almond London dan semperit. Kuih kesukaan ayah dan saya. Tahun lepas lagila. Abang semua takde sebab balik ke kampung isteri masing-masing. Sayalah jadi mangsa nak menolong. 3 hari saya tak dapat berehat. Ada jer kerja.. nak buat itu.. nak buat ini.. nak memasak... nak mengemas... aduh. Bengkok pinggang saya bila balik Sabak. Duduk rumah atuk jer. tidak kemana-mana”

“Tahun ni ada saya ada boleh ringankan beban awakkan.Hahahahahaha.”

“Tolong sikit yer... awak tu bukannya tahu memasak. Tadi pun mak saya yang menunjuk ajar.”

“Kuah kacang memanglah saya tidak tahu masak. Tapi yang ringkas-ringkas bolehlah. Alah... macamla awak ni pandai sangat memasak. Dahla... pi mandi.... bau oven la awak ni.”

“Suka hati jer. Jangan tidur atas katil yer... tido bawah. Nanti lekat bau asap kayu api.”

“Aik? Nak raya pun kena tidur bawah lantai juga ker? Ingatkan boleh raya.”

“Peduli apa saya. Raya tak raya... tetap tidur bawah.”

“Yelah...” Sim mengambil toto dan terus baring sebentar di bawah..... melepaskan lelah sebelum mandi. Ani masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.